Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga sudah cukup membuatkan rakyat kreatif mengisi masa lapang masing-masing.
Carian di Google mendapati setiap perkongsian resipi akan mendapat rating tinggi dan menjadi viral di media sosial. Mana yang jarang memasak namun disebabkan resipi itu viral, kita akan teruja untuk mencubanya.
Namun tidak semua resipi yang kita cuba itu menjadi. Seperti kata orang, hidup tak semestinya indah setiap hari.
Jika sebelum ini kita tahu blog Masak Apa Hari Ini yang viral disebabkan perkongsian resipinya tetapi rupanya ada satu lagi blog masakan dinamakan MASAK APA TAK JADI HARI NI #MATJHN
Haha. Terhibur rasa hati melihat perkongsian dari mereka yang membuat perkongsian di blog ini.
Lucu melihat “rupa” dan bentuk masakan-masakan di syer ke page ini. Benar-benar terhibur jadinya.
Tapi kalau tak cuba masak tak tahukan dan sampai bila tak akan pandai. Kata orang biarlah belajar dari pengalaman, baru kita akan memahami erti kehidupan.
Jom tengok resipi dikongsi tapi kurang menjadi. Apa yang penting kita dah cubakan dan jangan mengalah membuatnya.