Bukan Semua Lelaki Kacak ‘Buaya’ & Gemar Curang, 8 Selebriti Ini Buktikannya

Share

 

Kita selalu mendengar bahawa perempuan dinasihatkan untuk mengelak diri mereka daripada jatuh cinta terhadap lelaki kacak demi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa curang dan kecewa di kemudian hari.

But guys, bukan semua lelaki kacak itu sebenarnya bersifat buaya dan akan mengakhiri hubungannya disebabkan orang ketiga. Rasa cinta itu lahir dari dalam, bukannya berasaskan rupa luaran semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN5 Petanda Besar Kelakuan Lelaki Bakal Curang Wajib Kamu Tahu – REMAJA

Buktinya, 8 orang pelakon terkenal dan yummy kacak ini telah berjaya mempertahankan perkahwinan masing-masing untuk tempoh yang cukup lama.

 

Denzel Washington

Sebagai seorang suami yang berjaya mempertahankan perkahwinannya untuk bertahan selama 4 dekad, pelakon filem Flight & The Equalizer ini kekal bersama isterinya, Pauletta Pearson. Mereka bertemu di set penggambaran filem Wilma pada tahun 1977 dan sejak itu memiliki empat orang anak yang sedang mengikut jejak langkah Denzel.

Tahun Perkahwinan : 1983

 

Dato’ Rosyam Nor

Mereka sememangnya sweet! Dato’ Rosyam Nor mengahwini teman wanitanya, Runika Mohd Yusoff pada waktu beliau baru 3 tahun bertapak dalam industri seni dan membuktikan bahawa status sebagai pelakon lelaki yang sudah berkahwin tidak sesekali akan merudumkan kerjaya seni sesiapa. Sehingga kini, mereka telah dikurniakan 5 orang anak perempuan.

Tahun Perkahwinan : 1989

 

Tim McGraw

Oh such country sweethearts! Duo hebat dalam industri muzik Country iaitu Tim McGraw dan Faith Hill bertemu semasa sama-sama menjayakan jelajah konsert Spontaneous Combustion pada tahun 1996 dan terus berkahwin pada tahun yang sama! Sejak itu, masing-masing tidak dapat menidakkan rasa kasih sesama mereka selama 25 tahun dan kini mempunyai 3 anak perempuan. Tim dan Faith masih aktif berkolaborasi dan pernah melancarkan album bersama berjudul The Rest of Our Life pada tahun lalu.

Tahun Perkahwinan : 1996

 

Hisyam Hamid

Wajah kacak Hisyam yang menghiasi skrin televisyen Malaysia dan Singapura sering membuatkan ramai orang percaya dia seorang yang masih single. Namun memasuki 2021, Hisyam dan isterinya Rosmawati Hanafi telahpun mempertahankan perkahwinan yang dibina selama 15 tahun!

Ada masanya, Hisyam mengakui hubungan mereka diuji. Dia lebih selesa duduk berbincang dengan isteri berbanding mencari pertolongan orang lain. Agak sedih apabila Hisyam yang kini berkerja di Kuala Lumpur sudah terpisah selama beberapa bulan dengan keluarga di Singapura disebabkan wabak COVID-19.

Tahun Perkahwinan : 2006

 

Kevin Bacon

Tiga tahun bukanlah tempoh masa yang sekejap, namun pasangan selebriti Kevin Bacon dan Kyra Sedwick berjaya mengharungi segala cabaran sebagai pasangan. Menariknya, pada mulanya Kyra tidak begitu tertarik dengan Kevin setelah mereka berlakon bersama-sama menerusi filem Lemon Sky. But hey, love is blind.

Kevin pernah berkongsi tip bersama majalah People berkenaan rahsia mereka berdua masih bersama. “Dia tidak bersifat kompetitif apabila melihat graf karier saya. Kami sama-sama adalah pelakon tetapi kami tidak cuba untuk bertanding. She takes my successes as hers; I am the same way.

Tahun Perkahwinan : 1988

 

David Beckham

Okay, ‘Power Couple’ ini pernah berdepan dengan pelbagai skandal termasuklah satu dakwaan bahawa David pernah mencurangi Victoria sekitar tahun 2004. Ingat lagi dengan bekas pembantu peribadi David, Rebecca Loos?

Namun, masing-masing belajar daripada insiden yang hampir meruntuhkan rumah tangga mereka itu dan sehingga kini, Posh dan Becks masiih bertahan selama lebih 22 tahun dan memiliki 4 orang cahaya mata. Malah, David juga dikatakan cukup sentimental dan masih menyimpan tiket penerbangannya di mana tercatat nombor telefon yang diberikan oleh Victoria.

Tahun Perkahwinan : 1999

 

Won Bin

Banyak sebenarnya selebriti kacak dari Korea Selatan yang telah memilih untuk berkahwin seperti Rain, Yeon Jung Hoon, Taeyang Big Bang, Lee Sang Woon dan ramai lagi. Namun kami merasakan perkahwinan pelakon popular, Won Bin kepada Lee Na-young setelah 3 tahun bercinta adalah sesuatu yang istimewa.

Masing-masing lebih selesa untuk menjaga privasi hubungan mereka. Won Bin juga sudah lama tidak muncul dengan projek baru sejak memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik bagi filem The Man From Nowhere dan dikatakan menolak peluang membintangi produksi K-drama premium pada tahun lalu. Namun dia masih aktif menjadi duta jenama dan dipercayai dibayar sehingga USD806,000 bagi satu iklan!

Tahun Perkahwinan : 2005

 

Datuk Aaron Aziz

18 tahun membina bahtera perkahwinan, pelakon Datuk Aaron Azizi dan Datin Diyana Halik sememangnya merupakan di antara sweet couple dalam industri hiburan negara. Kata Aaron dalam satu temu ramah tak lama dahulu, beliau menganggap ketiga-tiga orang anaknya merupakan sebab utama mereka berdua boleh bertahan.

Hubungan mereka tidak pernah diganggu orang ketiga kerana kuota berkahwin untuk tiga lagi itu sudah dipenuhi oleh anak-anaknya. “Saya berpegang pada 3 prinsip iaitu cinta, kasih dan amanah yang dipertanggungjawabkan.”

Tahun Perkahwinan : 2003

Published by
FZ