Selepas tular isu seorang remaja, S Sathiswaran ditemui mati akibat dihempap kerusi terbang dari langit, isu penghuni rumah flat yang dikatakan kurang menjaga kebersihan persekitaran hal ini mendapat perhatian paling serius dari penghuni rumah flat sendiri.
Buktinya, selepas kediaman flat mereka agak panas kerana insiden baling kerusi, penghuni dua blok 100 dan 102 di Flat PPR Sri Pantai telah mengadakan goyong royong membersihkan kediaman mereka.
Menurut Ketua Blok 100, AzamanMan, semalam mereka telah mengadakan gotong royong perdana membersihkan dua buah blok demi memastikan kebersihan flat ini berada di tahap paling tinggi.
“Sebagai penghuni di sini, kami semua memandang serius isu kebersihan. Lagi pun bukan semua tidak menjaganya, hanya segelintir tetapi saya sangat berterima kasih kepada penghuni blok yang sama-sama berganding bahu membersihkan persekitaran rumah.
“Semalam kami telah membersihkan setiap tingkat demi memastikan penduduk berada dalam keadaan selesa. Insiden yang menimpa mendiang remaja ini sebenarnya membuatkan semua pihak berbicara mengenainya. Jadi kami mengambil keputusan untuk membersihkan keseluruhan dua blok rumah flat ini,” katanya memaklumkan Pengerusi Penduduk Flat PPR Sri Pantau, Puan Tusiah Sino turut hadir. Hadir sama adalah Ketua Blok 102 yang diketuai oleh Mat Nor.
Jelas Azamanman lagi, dia mengharapkan menjaga kebersihan adalah keutamaan penduduk di rumah flat ini kerana mereka sendiri tidak mahu melihat adanya peristiwa berulang di flat berkenaan.
Lebih kurang dua minggu lalu, seorang remaja, S Sathiswaran maut ditimpa kerusi terbang dari tingkat 21 dan sehingga kini, menurut polis, suspek yang membaling kerusi berkenaan belum ditangkap.