Avocado. Foto Via Pexels

Rasanya semua orang tahu, Si cantik Blackpink Jennie turut mengamalkan diet avocado untuk bentuk badan sempurna.

Hal ini dipetik dari Cosmopolitan, Jennie mengatakan bahawa walaupun tengah break, dia tetap bersenam dan menjaga apa yang dia makan. Menu pilihannya adalah avocado salad.

ARTIKEL BERKAITAN : Stail Jennie Blackpink Di Acara Fesyen Chanel Sentiasa ‘Trending’ Sejak 2018

Dalam pada itu, ramai antara kita pasti mahu tahu apakah makanan atau buah-buahan yang sesuai diamalkan untuk mereka yang ingin kurus dan tampak muda dari usia. Tahukah korang, buah avocado sangat sesuai diamalkan kalau mahu cantik. Walau harganya sedikit mahal tapi apa salahnya, janji nampak muda. Betul tak?

Baca perkongsian dibuat oleh Dr Fatimah Salim dari fb Makmal Makanan (MaMa) mengenai khasiat buah avocado.

Avocado Makanan ‘superfood’ 

Avocado atau nama saintifiknya Persea americana Mill, boleh di kategorikan sebagai makanan ‘superfood’ kerana ianya kaya dengan pelbagai nutrisi dan fitokimia kimia yang perlu untuk kesihatan umum badan. Umumnya avocado mengandungi 73% air, 15% lemak, 8.5% karbohidrat di mana kebanyakkannya adalah serat dan 2% protein.

Ads
Bukan Setakat ‘Superfood’, Buah Avocado Rupanya Boleh Buat Kurus & Tampak Muda Dari Usia
Pokok buah Avocado. Foto Via Pexels

Setiap 100 g avocado mengandungi 6.7 g serat, 0.66 g gula (jenis glukosa, fruktosa, sukrosa dan galaktosa), 480 mg potasium, 8 mg sodium, 29 mg magnesium, 0.2 mg kuprum dan vitamin (A, C, E, B, K).

Kaya Dengan Lemak Sihat

Menariknya kandungan lemak avocado adalah lemak sihat di mana 71% daripadanya adalah dari jenis monounsaturated fatty acids (MUFA), 13% polyunsaturated fatty acids (PUFA) dan selebihnya 16% adalah saturated fatty acids (SFA). Lemak sihat ini boleh membantu mengurangkan triglycerides dan kolesterol jahat (low-density lipoprotein- LDL) secara signifikan dan meningkatkan kolesterol baik (high-density lipoprotein-HDL) dalam darah.

Lemak baik ini juga boleh membantu menyerap vitamin dan fitokimia larut lemak dari makanan lain yang diambil bersama avocado.

Ads
Bukan Setakat ‘Superfood’, Buah Avocado Rupanya Boleh Buat Kurus & Tampak Muda Dari Usia
Fot Via Pexels

Antara fitokimia yang terdapat dalam avocado ialah carotenoids iaitu lutein dan xeaxanthin yang baik untuk kesihatan mata, serta sterol, acetogenin dan flavonoid yang bertindak sebagai antioksida yang membantu dalam mengekalkan kesihatan sel-sel badan.

Beberapa kajian klinikal peringkat awal menunjukkan perkaitan baik memakan buah avocado dengan kesihatan jantung dan peredaran darah badan. Dapatan beberapa kajian awal pula mencadangkan avocado mungkin boleh membantu dalam mengawal berat badan, membantu dalam proses penuaan yang sihat (healthy ageing) dan mengurangkan sakit sendi (arthritis).

Pun begitu, avocado juga mengandungi karbohidrat jenis tidak hadam (fermentable oligo-, di-, monosaccharides and polyols- FODMAPs) oleh sesetengah individu yang mana akan menjadi makanan kepada bakteria dalam usus. Dan boleh menyebabkan pengumpulan gas (kembung) atau kerap buang angin. Maka, mereka yang ada masalah ‘angin’ perlu mengelakkan pengambilan.

Sesetengah individu juga boleh mengalami alahan kepada getah avocado (latex allergy) yang mana boleh menyebabkan gejala seperti sakit kepala dan sakit perut.

Ads

***

Nota: Mengambil avocado dengan susu sememangnya akan memberikan rasa yang sedap disebabkan keserasian komposisi keduanya. Namun penambahan gula daripada susu akan menurangkan manfaat yang sepatutnya diperolehi daripada avocado itu sendiri.

BACA LAGI : Sedikit Mahal Tapi Berbaloi, Avocado Perbaiki Mood & Jaga Kesihatan Mental

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI