
Cuti tapi tak ada pelan? Why not..
Hanya pada harga tiket masuk RM31 untuk dewasa dan RM21 bagu kanak-kanak, korang boleh melawat taman tema bernama Segar City.
Haa, ini mesti merupakan kali pertama korang pernah dengar mengenai sebuah taman rekreasi di Port Dickson. Bukan je yang pertama tetapi juga terbesar di Dataran Segar, Lukut di sana.
Antara tarikan yang ada ialah Wild West Cowboy yang mempunyai permainan taman tema indoor bersesuaian dengan korang dan adik-adik kecil.
Bagi kami, yang menarik ialah Drift Cart dan Flying Fox bagi yang inginkan sesuatu yang ekstrem. Pergi juga ke muzium 5D yang mirip dengan efek 4DX yang mungkin pernah korang lihat.
Di samping itu, korang juga boleh memuat naik foto OOTD apabila berada di muzium Alive 3D Art Gallery. Jadi stok seminggu foto Instagram lah, hihi!
Kami juga recommend korang dan kawan lain untuk mencuba kamar Escape Room mirip yang ditawarkan di Lembah Klang.
Jadi kalau korang yang tak tahu nak ke mana pada cuti hujung minggu panjang ini, cer lah ke sana.
SUMBER: Instagram
Benarkah Binatang Korban Akan Jadi Tunggangan Kita Di Akhirat? Ustaz Beri Penjelasan

Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji atau disebut juga sebagai hari raya korban. Sudah ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung bagi meraikan sambutan yang menjadi kebesaran umat Islam untuk meraikannya.
Berbanding hari raya aidilfitri yang bermaksud kemenangan selepas berpuasa sebulan di bulan Ramadan, hari raya korban pun diraikan dengan melakukan ibadah korban yang merupakan sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Tujuan ibadah korban ini dilakukan oleh sebahagian mereka yang mengambil bahagian ke atas binatang ternakan, adalah salah satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bagaikan sudah menjadi satu budaya bagi masyarakat di sini, sebahagian dari mereka yang mengambil bahagian ibadah korban akan mengusap binatang korban yang mana disebut juga akan menjadi binatang tunggangan kita di akhirat kelak?
Adakah benar binatang korban akan menjadi tunggangan kita sebagaimana kita tahu atau hadis ini hadis lemah atau palsu?
REMAJA menemuramah Ketua Imam Masjid Al-Ikhlasiah Bukit C2 Pantai Dalam, Ustaz Wan Mohd Rahim bin Wan Yusoff mengenai benarkah binatang korban yang kita korbankan akan menjadi tunggangan di Titian Siratulmustakim kelak?

Menurut Ustaz Wan Rahim berdasarkan penilaian pakar dan sarjana hadith antaranya Ibn Solah mengatakan bahawa ada salah seorang perawi hadith ini tidak dikenali. Hadith ini dinilai sebagai matruk dan tidak sahih. Hal yang sama dipersetujui berdasarkan pandangan Ibn Hajar dan ramai sarjana hadith yang lain.
“Kesimpulannya, boleh kita katakan binatang korban ini akan jadi tunggangan di akhirat kelak adalah hadith yang sangat lemah dan tidak boleh menjadi sandaran hukum dan keyakinan kepada hadith ini tidak berasas.


Tambah Ustaz Wan lagi, melakukan ibadah korban adalah sunat yang amat dituntut. Ini sebahagian dari bentuk pengorbanan kita sebagai mana Nabi Ibrahim as diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail as.
‘Namun ibadah korban ini bukanlah sampai memerlukan kita berhutang untuk melakukannya atau tak boleh bayar duit kereta, rumah dan sebagainya. Kalau jadi begitu, ia sudah tidak dituntut di dalam Islam. Ibadah korban ini boleh dilakukan saban tahun bagi yang berkemampuan dari segi kewangan dan masa yang sama, ia juga boleh dinilai adakah kita juga “berkira” mengeluarkan belanja untuk melakukannya.
“Tidak dinafikan, sebahagian dari kita mungkin tidak berkira membeli telefon bimbit yang mahal-mahal tapi kita berkira-kira dalam melakukan ibadah korban. Jika Nabi Ibrahim diuji, ibadah korban ini juga ujian bagi mereka yang memehaminya,” katanya ketika ditemui.
Bagaimana korban di luar negara, boleh ke?
Jelas Ustaz Wan Rahim, dibolehkan lakukan korban di luar negara malah sejak puluhan tahun ramai di antara kita yang berkemampuan dari segi kewangan melakukannya bagi membantu umat Islam di negara-negara kurang berkemampuan.
“Ibadah korban yang kita lakukan ini adalah sebahagian syiar Islam. Ia bermula dari tolong menolong ketika binatang korban disembelih, kemudian kita akan mula melapah, membungkus kemudian mengagih daging, memasak dan sebagainya yang mana syiar Islam itu dapat dilihat dalam masyarakat,” katanya mengakhiri perbualan.
Aween Ismail Selesa Hidup Solo, Mahu Lebih Fokus Peragaan & Bisnes

Isi Kandungan
TogglePelakon dan model, Aween Ismail, kini mengutamakan dunia peragaan berbanding lakonan.
Menurut Aween, dia lebih berminat dalam bidang peragaan kerana ia tidak memerlukan komitmen masa yang sama seperti lakonan.
“Sekarang ini jika orang tanya saya minat apa, saya kini lebih kepada peragaan.
BACA: #AJL39 Aina Abdul Cipta Sejarah, Miliki Semua Trofi Anugerah Juara Lagu
“Sebabnya dah tiga job lakonan saya tolak kerana masa yang tak sesuai dan jumlah bayaran,” katanya kepada Remaja.
Selain itu, bekas peserta Dewi Remaja 2018/19 itu turut menjelaskan bahawa lakonan memerlukan perasaan dan jiwa, berbeza dengan peragaan yang lebih fokus kepada posing di hadapan kamera.
“Lakonan memerlukan perasaan, karakter dan jiwa. Kalau sebagai model, kita hanya perlu pose di depan kamera dan tak perlukan komitmen masa yang begitu lama seperti lakonan.
BACA: Solekan Cair Dibakar Mentari? Muna Bella Tegah Remaja Lakukan Perkara Ini Ketika ‘Make Up’
“Lagi pun, saya dah setahun lebih tidak bekerja di bawah tekanan apabila di set pengambaran.
“Saya pula dah berkecimpung dalam dunia peragaan sejak di bangku sekolah, jadi industri ini adalah ‘easy money’ bagi saya,” tambahnya lagi.
Walaupun begitu, Aween tidak menutup pintu untuk kembali berlakon.
“Saya bukanlah tidak mahu berlakon terus, saya akan come back juga dengan Syahmi Sazli untuk filem, Insya-Allah.
“Tapi buat masa sekarang, saya memang sibuk dengan bisnes dan peragaan,” ujarnya.
Mengenai soal percintaan, pelakon filem popular Mael Totey The Movie itu mengakui sudah beberapa tahun hidup solo dan tidak memikirkan hubungan romantik buat masa ini. Dia lebih fokus pada karier, keluarga, dan dirinya sendiri.
Bagaimanapun, Aween tetap terbuka kepada kemungkinan bertemu jodoh suatu hari nanti.
“Sejujurnya saya dah beberapa tahun hidup single. Buat masa sekarang ini saya tak fikir sangat mengenai percintaan kerana saya ingin fokus dulu dengan karier, keluarga dan paling penting diri saya.
“Kalau ada, adalah kan… tetapi ialah kita ini juga manusia kadang kala rasa sunyi, bagaimanapun kita harus fikir semula apa visi dan misi kita,” katanya lagi.
Aween turut menambah bahawa dia mengambil peluang untuk melaksanakan tanggungjawab besar dalam keluarga, memandangkan adik-beradik lain sudah mempunyai kehidupan masing-masing.
Selain, dia berharap agar jodohnya sampai pada waktu yang tepat dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Jadi saya rasa selagi saya tinggal bersama keluarga terutama kedua ibu bapa saya, maka saya menjalankan tanggungjawab yang besar dalam rumah itu kerana kesemua adik beradik tidak lagi tinggal bersama kerana ada kehidupan sendiri.
“Jadi saya mengambil kesempatan untuk tidak bercinta buat masa sekarang. Tetapi kalau ada, boleh cuba berkenalan sebab kita tidak tahu bila jodoh kita sampai kan… cuma ke next step itu saya hanya berserah kepada Allah,” tuturnya panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
7 Selebriti Bollywood Ini Rupanya Bukan Warganegara India

Isi Kandungan
ToggleFilem dan lagu Bollywood sering kali mendapat perhatian daripada masyarakat di Malaysia kerana keunikan hasil karya mereka yang kaya dengan lagu-lagu serta tarian yang mengayikkan.
Tidak dinafikan, pelakon Bollywood juga memiliki paras rupa yang menarik kerana kecantikan asli mereka. Namun begitu, rupa-rupanya ada diantara mereka yang sebenarnya bukan dilahirkan di India dan bukannya warganegara tersebut.
Ha, mungkin ada yang korang baru tahu kan?
Jom kita lihat siapa mereka..
1. Akshay Kumar
Pelakon legenda Bollywood ini sebenarnya memegang passport Kanada. Walaupun dilahirkan di India, namun pada 2011 dia diberikan kewarganegaraan Kanada daripada kerajaan disana atas penghargaan pelakon ini yang menguatkan hubungan antara India-Kanada dalam sektor perfileman dan pelancongan.
2. Nargis Fakhri
Filem pertamanya Rockstar diterbitkan pada 2011 dan Nargis adalah antara selebriti yang menempa nama dalam industri Bollywood walaupun dia merupakan pemegang passport Amerika Syarikat.
3. Alia Bhatt
Pelakon ini memperoleh warganegara England kerana ibunya, Soni Razdan berasal dari negara tersebut.
4. Katrina Kaif
Sama seperti Alia, Katrina juga berbangsa Inggeris kerana ibunya, Suzanne Turquotte berasal dari England. Namun begitu, selebriti ini dilahirkan di Hong Kong dan dibesarkan di India.
5. Imran Khan
Anak saudara kepada Amir Khan, Imran memulakan kariernya di Bollywood tetapi sebenarnya dia adalah pemilik passport Amerika Syarikat.
6. Deepika Padukone
Pelakon Bajirao Mastani ini dilahirkan di Copenhagen, Denmark dan dibesarkan di Bangalore, India.
7. Jacqueline Fernandez
Pelakon wanita ini dilahirkan di Bahrain dan merupakan warganegara Sri Lanka. Malah, Jacqueline turut pernah memenangi pertandingan kecantikan Miss Universe Sri Lanka pada tahun 2006 dan terus memulakan kariernya sebagai aktres di Bollywood.
Sumber: intipseleb.com