Bukan Setakat Wefie, Pastikan Korang Buat 8 Perkara Ini Di Pameran SANRIO KL

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Childhood memory sangat!

 

Okay, dengar sini peminat Hello Kitty dan seangkatan dengannya.

Bukan senang untuk kita pergi ke mana-mana pameran Sanrio yang bertempat di Jepun. Iyalah, dengan duit tiket penerbangannya, hotel, makanan, pengangkutan and the list goes on.

Jadi apabila Sanrio terutamanya watak popular Hello Kitty sendiri yang akan ada di Kuala Lumpur bermula hujung minggu ini hingga awal Januari depan, penulis sendiri merasakan kita semua tak patut melepaskan peluang berharga ni!

Berjudul Our Sanrio Times in Kuala Lumpur, jom tengok 8 benda menarik di dalam pameran ini. Sediakan checklist

korang..

 

01

Korang perlu mengambil foto banyak-banyak di Sanrio Village. ‘Kampung’ ni dibuat berdasarkan Gift Gate di Hotanda, Tokyo. Di sini, mereka turut menempatkan kereta api mainan Sanrio yang popular sejak dulu lagi.

 

02

Lihat bagaimana pelukis Sanrio dari Jepun yang akan berada di pameran ini untuk melakarkan 9 watak Sanrio terkenal (seperti Hello Kitty) secara live! Kawan Otaku korang guarantee suka.

Mungkin Yuko Yamaguchi tak ada untuk kali ini, tetapi pelukis lain pun sangat berbakat!
Sama kan? Hehe..

 

03

Bukan je boleh tengok secara live, korang pun berpeluang untuk belajar cara melukis watak kegemaran secara mudah oleh mereka. Duduk dan lihat tutorial step by step yang akan ditunjukkan oleh pelukis ini.

 

04

Weh, korang wajib ambil wefie bersama Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter.

 

 

05

Ada juga 2,000 boneka watak Sanrio yang ditempatkan di dalam terowong ‘Sanio Time Tunnel’. Dah macam dalam komik pula bila memasuki kawasan ini kerana mereka memaparkan imbasan throwback watak-watak lama Sanrio sehinggalah watak terbaru mereka.

 

06

Haa, kalau untuk perempuan yang dulu obses dengan permainan anak patung, mesti korang akan sukakan bahagian ‘Paper Doll Fun’.

 

07

Peminat stationery seperti penulis (hehe!) akan suakakn bahagian Vintage Stationary House yang menempatkan macam-macam jenis alat tulis Sanrio. Teringat pula zaman sekolah rendah dulu.

 

08

Dah sampai ke penghujung tu, mestilah nak beli souvenir untuk dibawa pulang kan? Korang boleh dapatkannya di Sanrio Gift Gate, mengikut bajet masing-masing.

 

Jadi, kalau korang tak ada planning apa-apa dari 24 November (Sabtu ini) sehingga 6 Januari 2019, korang bolehlah ke pameran Our Sanrio Times di Dewan 5, Tingkat 5 Quill City Mall, Kuala Lumpur. Ia dibuka dari jam 11 pagi hingga 9 malam pada setiap hari.

Tak sabar nak jumpa karakter ni semua!

 

 

Published by
FZ