Satu-persatu artis popular antarabangsa ‘berebut’ peluang untuk memiliki filem dokumentari masing-masing pada tahun ini.
Selepas kejayaan dokumentari kumpulan sensasi K-pop, Blackpink menerusi ‘Light Up The Sky’ di saluran penstriman Netflix, kini dua lagi dokumentari baru penyanyi kegemaran ramai telah ditayangkan pada minggu ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Blackpink Tidak Pernah Se-Open Ini
Ia melibatkan penyanyi Stitches, Shawn Mendes menerusi dokumentari ‘In Wonder’ di Netflix dan pemenang anugerah Grammy, Taylor Swift menerusi dokumentari ‘Folklore: The Long Pond Studio Sessions’ di Disney Plus.
Kedua-duanya ada memaparkan adegan di sebalik tabir dalam pembikinan album terbaru mereka.
Kita lihat satu-persatunya, yang mana harus korang tonton terlebih dahulu?
Disclaimer: Penulis hanya telah menonton ‘In Wonder’ manakala ‘Folklore: The Long Pond Studio Sessions’ hanya akan menemui penonton, lewat hari ini.
Shawn Mendes bukan sekadar membawa peminatnya untuk melihat cara pembikinan album terbarunya, Wonder. Malah, penyanyi pop berusia 22 tahun ini membawa kita mendekati beberapa wanita penting dalam hidupnya.
No, not all the exes!
Antara yang dapat kita saksikan adalah hubungan rapatnya dengan adik perempuan berusia 17 tahun, Aaliyah. Kemudian, sudah semestinya ada kelibat teman wanita Shawn, Camila Cabello, 23 beberapa kali.
Antara babak yang penulis gemari adalah apabila mereka melihat semula jurnal yang disimpan oleh Shawn selama beberapa tahun yang lalu.
Dalam jurnal tersebut, Shawn memenuhkan helaian demi helaian muka surat dengan kata-kata positif untuk memberikan dirinya ‘reminder’ dan semangat. Contohnya seperti, “I control my brain with my voice. I sing with no tension. My chest voice is strong and healthy.”
Bagaimanapun, Shawn sendiri tidak dapat mengelak daripada jatuh sakit apabila dia terpaksa membatalkan konsertnya di Sao Paulo dan perlu menerima rawatan serta ujian. Di sini, penonton dapat menyaksikan Shawn bergelut dengan latihan vokal.
Akhirnya, mereka terpaksa membatalkan persembahan itu setengah jam sebelum ia bermula demi mendapatkan semula suara untuk 11 lagi konsert berbaki.
Dalam ‘In Wonder’ juga, kita dapat melihat artis sepopular Shawn juga mampu mengalami meltdown.
Shawn melutut sebelum menangis selepas dia turun dari pentas kerana merasakan tidak melakukan yang terbaik di hadapan peminat.
Taylor Swift suka untuk lakukan kejutan kepada Swifties, kan!
Pada pertengahan tahun ini, Taylor telah melancarkan album Folklore tanpa sebarang promosi kerana merasakan dunia ini memerlukan semangat ketika mengharungi musim pandemik 2020.
Kali ini, Taylor kembali dengan trik sama dan melancarkan dokumentari ‘Folklore: The Long Pond Studio Sessions’ pada hari ini di platform penstriman Disney+. Menurut kenyataan daripada Disney filem ini akan menyaksikan Taylor menyanyikan satu-persatu trek daripada Folklore mengikut urutan album.
Tay Tay juga berkongsi makna dan ‘rahsia’ di sebalik kesemua 17 buah lagu tersebut.
Menerusi klip acah (teaser) yang dimuat naik oleh Taylor di YouTube, kita dapat menyaksikan kolaborasinya bersama Jack Antonoff dan Aaron Dessner yang membantunya menulis dan menerbitkan album Folklore.
“Ini adalah album yang membenarkan kamu merasai perasaan diri sendiri. Ini adalah hasil daripada tempoh saya mengasingkan diri. Masa ini (musim pandemik) boleh membuatkan saya hilang akal. Namun sebaliknya, saya rasakan album ini adalah sesuatu yang kita perlukan. Everybody needed a good cry as well as us,” jelasnya.
*
Jadi, dokumentari yang mana lebih kami gemari?
TBH (dan penulis tidak bermaksud untuk menjadi neutral), kedua-duanya penting untuk kita tontoni. Baik Shawn mahupun Taylor pernah bergelut dalam karier masing-masing. Begitu juga dengan kita insan biasa. Ada harinya, kita akan merasa down, berdepan masalah peribadi dan sebagainya.
Shawn dan Taylor menunjukkan kepada penonton bahawa mereka juga seperti kita dan di akhir dokumentari memberi kita semangat untuk teruskan impian, cita-cita dan kehidupan, in general.