Jasmin Hamid Bengang Disindir Masih Suap Anak Remaja 20 Tahun Makan

Share

 

“Bukan suap suami awak pun..”

 

Jika ada keluarga yang duduk semeja setiap kali tiba waktu makan, ada juga keluarga yang lebih selesa makan bersendirian.

Jika ada keluarga yang akan mencium tangan dan mengirim salam sebelum keluar rumah, ada juga yang bertindak sedikit ‘ekstra’ dengan memberikan pelukan mesra dan mencium pipi. Tak salahpun kan.

Lain keluarga, lainlah tradisinya.

Justeru, apabila ada warganet menyindir pelakon drama senior, Jasmin Hamid yang masih mempraktikkan tradisi menyuap anak-anak remajanya makan walaupun mereka sudah mencecah usia 20-an, tentulah Jasmin bengang jadinya.

Iyalah, siapa yang tidak marah apabila timbul puak yang melabel perbuatan ini sebagai menggelikan.

Jasmin tampil menjelaskan dari mana hadirnya tradisi suap-menyuap dalam keluarganya itu menerusi tiga hantaran baharu di akaun Instagram dan menunjukkan bagaimana dia sudah terbiasa dengan tradisi itu hasil didikan ibu bapanya sendiri.

“Geli juga ke tengok saya suapkan mak bapa saya? Kalau anak-anak saya boleh suapkan, apatah lagi kedua pintu syurga saya, ladang pahala saya (ibu bapanya).

“Saya bersyukur pada Allah sebab saya dan adik-adik dipilih untuk berbakti kepada arwah ibu bapa kami hingga ke akhir hayat mereka (pada tahun 2016).

“Pada yang masih ada ibu bapa, berbaktilah kepada mereka selagi Allah masih beri peluang kepada kita.”

“Jadi tak payah nak pelik bila tengok saya suap makan dekat family saya. Kami anak beranak sudah diajar untuk saling sayang-menyayangi. Buanglah penyakit hati tu,” pesan Jasmin kepada warganet yang pernah mencerca perbuatan menyuap anaknya yang berusia 20 tahun,

Ian Haziq Macquistan.

Terdahulu, Jasmin pernah menjelaskan bahawa dia akan teruskan tradisi ini hinggalah mereka sudah tua selagi finalis pencarian Dewi Remaja 1990/1991 itu diberikan kudrat.

Tambahnya, sebagai seorang ibu bekerjaya, beliau mempunyai masa terhad untuk diluangkan bersama anak remajanya. Tradisi menyuap adalah caranya memanjakan anak-anak apabila bersama mereka.

“Ada yang kata, ‘Dah bermisai, berjambang pun masih nak makan bersuap lagi, geli tengok.’

“Tapi bila tengok girlfriend boyfriend bersuap-suap, sweet pula ya? Dunia akhir zaman. Kalau tak suka jangan tengok. Saya suap anak sayalah, bukan anak orang lain atau suami awak pun.

“Anak-anak saya sedikit pun tak malu dan tak rasa kekok bila saya suap dan cium mereka walaupun depan orang kerana family kami sudah diajar untuk saling menyayangi antara satu sama lain mengikut batasan.

“Saya maafkan awak (warganet) sebab telah menyinggung perasaan saya. Moga awak diberikan kebahagian dunia dan akhirat,” simpul Jasmin.

Haa, kan dah kena setepek guys.

Usahlah kita sibuk persoalkan cara orang menguatkan hubungan anak-beranak atau adik-beradik. Mereka punya cara tersendiri. Dan sekiranya korang tidak suka melihatnya pun, unfollow sajalah. Kan senang.

Published by
FZ