Whooooooooo live in a pineapple under the sea? SpongeBob SquarePants!
Remaja boleh jamin, korang yang baca artikel ini memang tak logik kalau tak kenal dengan karakter kartun sponge berwarna kuning yang bersuara agak nyaring ini.
Karakter animasi ulung yang dicipta oleh Stephen Hillenburg ini diperkenalkan pada 1 Mei 1999. Bayangkan karakter animasi ini sudah ditayangkan selama 18 tahun! Dalam setiap episod animasinya, kita dapat menyaksikan bagaimana karakter SpongeBob ini cukup unik lalu menjadikannya sebagai antara karakter animasi paling popular di dunia.
Pengikut setia animasi SpongeBob pasti sudah masak dengan karakternya yang cukup rajin, lurus bendul dan berdedikasi. Kali ini, Remaja nak kongsi 10 pengajaran yang korang boleh belajar daripada SpongeBob. Agak-agaknya ada tak sikap terpuji SpongeBob ini dalam diri korang? Okay jom kita tengok.
Are you ready kids?
*sila jawab
Aye, aye captain!
Boleh dikatakan SpongeBob adalah antara makhluk dalam laut yang mempunyai imaginasi paling tinggi. Kena pulak karenahnya selalu dilayan oleh Patrick. Memang menjadi!
Dia merupakan staf Krusty Krab yang paling rajin sekali. Lihatlah bagaimana dia melayani setiap pelanggan. Selalu murah dengan senyuman dan menceriakan orang… walaupun kadangkala dia boleh jadi sangat annoying. LOL
Walaupun Squidward sangat membencinya tetapi SpongeBob sedikit pun tidak pernah membalas rasa yang sama. Malah, dia sentiasa berusaha untuk berkawan dengan Squidward.
Persahabatan antara SpongeBob dan Patrick bolehlah kita ibaratkan bagaikan isi dengan kuku. Memang tak dapat dipisah. Walaupun Patrick itu seorang yang agak ‘slow
‘ namun SpongeBob tak pernah melayannya dengan cara berbeza.Dia tinggal berseorangan di dalam sebuah rumah berbentuk nanas yang sederhana bersama binatang peliharaannya bernama Garry. Walhal orang tuanya merupakan orang yang sangat senang.
Artikel Berkaitan: 10 Adik-Beradik Perempuan Selebriti Malaysia Yang Kalau Lelaki Tengok Confirm Bergetar Tulang Rusuk
Dalam sebuah episod, Squidward meminta Spongebob untuk bermain muzik di sebuah konsert. Pada mulanya dia memang tak boleh bermain gitar, namun selepas itu dia menyanyi melakukan persembahan yang luar biasa!
Motto hidup SpongeBob memang mudah. Happy go lucky! Jika dia happy dalam hidup itu sudah memadai. Malah, SpongeBob cukup mudah terhibur. Cukup bermain menangkap ubur-ubur di padang pun sudah okay.
Tengoklah gayanya, ringkas dengan seluar pendek berwarna coklat, kemeja putih dan bertali leher merah. Namun dia tak pernah gagal tampil dengan penuh keyakinan. Confident
dari dalam itu yang penting!Tengok sahaja bagaimana hubungan SpongeBob dan siput peliharaanya, Garry. Dia tak pernah lewat beri makan, memandikannya bahkan selalu berborak dengan Garry… yang selalu membalas dengan ‘meow‘.
Plankton sering menghantui SpongeBob dengan pelbagai ugutan dan helah semata-mata ingin mengetahui rahsia resepi Krabby Patty. Tetapi sebagai staf yang jujur, SpongeBob tak pernah membongkarkan rahsia syarikat. Memang jujur betul SpongeBob ni.