Penggunaan topeng muka merupakan norma baru dan item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan pandemik Covid-19 dan kuman yang terdapat di udara.
Namun, sesetengah daripada cuma menjadikan ‘facemask’ ini sebagai trend fesyen je sebab bila tak pakai nampak pelik. Dan kalau korang perasan juga, kita selalu menurunkan pelitup muka hingga ke dagu dan leher khususnya ketika hendak makan, minum atau menghirup udara segar. Betul tak?
Sebenarnya penulis pun selalu buat macam ni juga…huhuhu
Namun, tahukah korang, perbuatan itu sebenarnya boleh menyebabkan pencemaran?
Ini kerana, ketika memakai pelitup muka, bahagian dalamnya akan menyentuh mulut dan hidung. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kuman serta bakteria tersebar di bahagian dagu dan leher.
Pakar Mikrobiologi Universiti Georgetown, Erin Sorell turut berkata bahawa pelitup muka tidak sepatutnya digantungkan pada leher apatah lagi jika kita sudah menggunakannya.
“Tujuan menggunakan mask (pelitup muka) adalah untuk melindungi mulut dan hidung daripada titisan batuk atau bersin dan ia bagi melindungi orang lain atau diri sendiri,” katanya.
Sementara itu tinjaun kami di laman Twitter Dr. Noor Hisham Abdullah juga turut menjelaskan isu yang sama.
Dr. Noor Hisham Abdullah turut menasihatkan masyarakat untuk memakai penutup muka dengan betul, jika ingin membuka pelitup muka untuk sementara waktu, sebaik-baiknya ia dibuka terus dan diletakkan di tempat yang selamat agar tidak terdedah kepada kuman dari sumber lain.
Rata-rata netizen memuji dan berterima kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan atas info yang diberikan.
Okay, lepas ni jangan buat macam ini lagi k. Ingat bahawa virus pandemik maut ini masih ada disekeliling kita lagi.