Bukan Untuk Fesyen, Ini Rupanya Sebab Atlet Terjun Rata-Rata Pakai ‘Gelang’ Ditangan

Share

Hari ini merupakan hari terakhir buat atlet penerjun negara Pandelela Rinong Pamg berjuang mendapatkan sebarang pingat di aksi final 10m platform individu di sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas mengakhiri saingan separuh akhir di kedudukan ketujuh daripada 18 pesaing.

Tapi korang perasan tak, rata-rata atlet penerjun yang terlibat dalam sukan akuatik ini memakai sesuatu dipergelangan tangan mereka. Kenapa kena pakai ‘gelang tangan’ ni sebab nak nampak stylo ke?

Mesti pernah menjadi persoalan di fikiran korang bukan? Nak tahu kenapa? Ini penjelasannya.

Rata-rata atlet terjun yang menerjun daripada platform 10 meter akan meluru masuk ke dalam air dengan kelajuan hampir 40 mph kira-kira 65 kilometer per jam.

Menurut American Academy of Pediatrics, kelajuan itu dapat berisiko mematahkan tulang dan menyebabkan kecederaan pada sendi. Ini bermakna, terjunan yang mengagumkan yang anda tonton dalam sukan Olimpik ini memerlukan kekuatan yang sangat besar dan beberapa langkah berjaga-jaga.

Foto Kredit : Pandelela Pamg of Malaysia in action REUTERS/Molly Darlington

Penerjun yang bersaing akan memasuki air dengan tangan yang lurus, bagi memastikan ‘entry’ yang cantik untuk diikuti oleh badan mereka.

Sambil mengagumkan untuk ditonton, ‘entry’ dengan tangan yang lurus ini dapat menyebabkan kecederaan yang berulang jika langkah keselamatan tidak diambil.

 

@usadivingReply to @bigpistolstarta they keep their wrists from bending too far back and breaking! ##divetok ##championsareforgedinwater ##themoreyouknow♬ Summermode – Official Sound Studio

Yang paling biasa dapat dilihat di Olimpik adalah ‘wrist guards’. Dalam satu video TikTok yang dikongsikan menerusi akaun @usadiving ini, seorang atlet terjun daripada pasukan Amerika Syarikat bernama Brandon Leschiavo ada menjelaskan bahawa dia memakai ‘wrist guards’ itu untuk mengelakkan pergelangan tangannya menghadapi risiko mengalami kecederaan serius seperti patah tulang.

Ha, rupanya ada sebab kenapa mereka pakai ‘gelang tangan’ ni. Ingat saja-saja nak nampak stylo.hehe

Moga dengan informasi ini dapat memberikan pencerahan buat korang yang tertanya-tanya selama ini.

 

Published by
Nana