Nama Hana Tajima tidak perlu lagi untuk diperkenalkan. Setelah lebih 10 tahun mencipta identiti sebagai seorang pereka fesyen dan fesyenista berhijab, tempias stail Hana Tajima turut dapat dirasai di Malaysia.
Dari golongan remaja di universiti sehinggalah ke perempuan muda yang sedang bekerja, stail Hana Tajima sentiasa dapat dilihat pada cara kita menata gaya stail harian.
Hana Tajima juga telah beberapa kali berkolaborasi bersama jenama fesyen dari Jepun, Uniqlo untuk beberapa tahun dan untuk 2021, sekali lagi kita dapat memiliki koleksi terbaru daripada Hana untuk dimuatkan ke dalam gerobok masing-masing.
Menariknya berkenaan koleksi Spring Summer 2021 untuk Uniqlo ini, Hana bukan saja mengeluarkan pilihan pakaian dan skaf untuk perempuan berhijab saja. Biarpun ramai yang selalu mengkategorikan gaya Hana ini bersesuaian untuk para hijabi, namun ia tenyata lebih inklusif dan sesuai untuk semua perempuan dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur.
Seperti yang diperkatakan oleh Hana sendiri, “I want to embrace the beauty of all women.”
Bukan identiti seorang perempuan itu yang menjadi keutamaan tetapi bagaimana koleksi Spring Summer 2021 ini mampu menonjolkan diri pemakai. Ia boleh dipakai untuk ke mana saja dan paling penting, sentiasa memberikan keselesaan. Sama ada berhijab atau tidak, semua orang boleh kelihatan bergaya dengan koleksi ini.
Jom lihat mengapa REMAJA menggemarinya.
.
.
.
Printed Square Stole, RM59.90 setiap satu
Bidang skaf yang selesa untuk seseorang menggayakan dalam pelbagai cara. Sama ada mereka selesa dengan ikatan bawal tiga segi biasa, simpulan kreatif atau ingin menjadikannya sebagai ikatan turban, semua itu boleh dilakukan.
.
.
Apabila disarungkan ke badan, pakaian terletak rapi dan menyerlahkan lagi fizikal seseorang dengan cara modest.
.
.
Nampak minimal tapi elegan.
*
Koleksi Hana Tajima for UNIQLO Spring Summer 2021 kini boleh didapati di stor Uniqlo Fahrenheit88, KLCC, IOI City Mall Putrajaya dan di LAMAN WEB Uniqlo.