Bukannya Kecil Lagi, Kasih Leona Pernah Ditegur Azhar Sulaiman Untuk Berubah

Share

 

Bukan mudah sebenarnya apabila seseorang itu bergelar anak kepada seorang selebriti tempatan. Apa saja gerak-geri, tingkah-laku, tutur kata malah cara pemakaian pasti akan ‘diteropong’ khalayak semudah memasuki akaun media sosial mereka.

Menginjak ke usia 20 tahun, mungkin itulah yang dialami oleh Kasih Leona Iris. Normal lah bagi remaja sebaya dengan anak kepada arkitek serta pelakon popular, Azhar Sulaiman ini untuk mengekplorasi setiap sudut kehidupan pada usia ini.

Foto : Instagram @kasihirisleona

Cumanya, bagi mata yang memerhati Kasih Leona dari jauh; mereka berpendapat kadangkalanya gaya lincah dan comel remaja tersebut boleh dianggap sebagai seksi.

Tambahan pula, orang ramai terus mengaitkan cara pemakaian Kasih Leona dengan nama ayahnya, Azhar dan muncul lah kecaman tidak bertempat terutamanya di media sosial.

Buat Azhar yang ditemui rakan media baru-baru ini, dia beranggapan Kasih leona bukan lagi anak kecil dan tentunya sebagai ibu bapa, dia ada menegurnya. Begitupun, pada masa yang sama Azhar percaya Kasih Leona sudah matang dalam menentukan hala tuju kehidupannya.

Foto : Instagram @kasihirisleona
Foto : Instagram @kasihirisleona

“Sebagai ibu bapa, tentunya saya akan menegur. Nak rotan pun, mereka sudah besar.”

“Saya hanya berharap agar Kasih Leona berubah. (Saya juga) berharap Kasih Leona dapat berfikir panjang dan lebih jauh. Setiap apa yang (kita) dilakukan boleh beri impak. Bukan hanya (kepada) Kasih Leona tetapi (juga kepada) saya, ibunya dan seisi keluarga,” ulasnya ringkas.

Tambah Azhar yang bakatnya dicungkil selepas bergelar Naib Juara pencarian Hero Remaja 1990/1991, segala yang dilakukan anak daranya itu di media sosial dianggapnya sebagai proses pembesaran sebagai seorang remaja dan dilakukan Kasih Leona untuk suka-suka.

Beranggapan anaknya sama seperti remaja lain yang mengikuti sebarang perkara yang sedang trending, Kasih Leona bagaimanapun lebih fokus apabila bercakap mengenai bidang kerjaya. Cukup sekadar menjadi pempengaruh di media sosial, Kasih Leona enggan mengekori jejak langkah ayahnya dalam dunia seni. Sebaliknya, dia sedang menjalani latihan praktikal di syarikat penerbangan AirAsia.

Foto : Instagram @kasihirisleona

Untuk pengetahuan, Azhar memiliki dua lagi cahaya mata yang kian dewasa. Kembar Kasih Leona iaitu Andika Rees Pahamin telahpun bekerja di sebuah syarikat guaman maritim dan turut aktif mewakili Malaysia dalam bidang sukan.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Lelaki Azhar Sulaiman Wakili Pasukan Hoki Ais Malaysia Ke Luar Negara – REMAJA

Manakala kakak Kasih Leona dan Rees iaitu Kasih Leia Ixora pula telahpun menamatkan pengajian dan kini bercita-cita ingin menjadi seorang ahli politik.

BACA LAGI : Bakal Lawyer, Anak Kembar Azhar Sulaiman Dapat 7A Dalam SPM! – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ