Umum mengetahui, keinginan untuk berhenti merokok dalam masa semalaman adalah satu angan-angan yang sukar sekali dipenuhi. Siapa sahaja yang tidak mahu berhenti merokok? Siapa sahaja yang enggan lagi bergantung kepada pengambilan nikotin yang sudah sebati dengan diri mereka?
REMAJA mendekati tiga remaja yang berkongsi kisah ‘pergelutan’ mental dan fizikal apabila mereka berazam untuk menjauhi rokok.
Buat Amirul (bukan nama sebenar), dia mengambil pendekatan menggunakan media sosialnya untuk melakukan cabaran katakan tidak pada rokok atau ‘saying no to cigarettes’ selama seminggu. Fikirnya, apabila dia memperoleh sokongan daripada pengikutnya yang ramai di media sosial, usahanya itu akan bertambah mudah. But the struggle is real, guys!
“Saya lakukan cabaran di media sosial untuk cuba berhenti merokok selama seminggu. Jika berjaya, rakan-rakan perlu belanja saya barangan yang saya inginkan. Akan tetapi, memasuki hanya 10 jam selepas cabaran bermula, saya berfikir kepada diri sendiri, ‘Apa yang aku buat ini?!’ Saya mula rasakan anxiety, kaki dan tangan saya secara tiba-tiba menggeletar dan saya akan menangis tanpa sebab.
“Memasuki hari ketiga, saya jelas berada dalam mood yang teruk. Saya enggan bercakap dengan sesiapa. Saya akan breakdown beberapa kali dalam masa sehari dan saya juga merasa mual.”
“Saya bagaimanapun tetap cuba kuatkan diri untuk mengelak daripada terus merosakkan paru-paru sejak usia muda,” jelasnya.
Tindak balas yang berlaku kepada Amirul ini adalah disebabkan ketagihan terhadap nikotin yang akan mencecah otak 10 saat selepas ia memasuki tubuh perokok dan mengeluarkan rasa adrenalin serta tenaga yang digemari perokok. Perasaan itu kemudiannya membuatkan perokok merasa penat dan mungkin sedikit murung; lantas membuatkan mereka ingin merokok sekali lagi.
Remaja kedua, Chelsea (bukan nama sebenar) pula sedar imejnya sebagai seorang pelajar kolej yang merokok tidak manis untuk ditonton khalayak. Lalu, Chelsea mempunyai cara yang – hhm – sedikit janggal bagi mengelakkan ketagihan merokoknya kembali.
“Percaya atau tidak, kadangkala saya akan keluar dari bilik hostel pada jam 1 pagi atau 2 pagi untuk berlari (jogging) kerana terlalu stres memikirkan keinginan untuk merokok semula. Jogging membantu saya melupakan niat itu tetapi ia adalah cara merbahaya. Apa-apa boleh terjadi semasa kamu berlari seorang diri pada waktu malam.
“Selain itu, dalam tempoh beberapa bulan pertama selepas cuba perlahankan tabiat merokok, saya berdepan dilema sukar melelapkan mata pada waktu malam. Kadangkala mata saya tertutup tetapi kepala saya masih ‘bangun’ memikirkan macam-macam perkara hingga jam 4 pagi ke 5 pagi. Ia memang menganggu rutin saya pada keesokan harinya,” kata Chelsea.
Seorang lagi remaja yang kami temui turut berdepan kepayahan untuk memperlahankan tabiat merokok. Tatkala tubuh Remaya bernama Tina (bukan nama sebenar) mula selesa untuk tidak lagi merokok, nafsu makannya pula membuak-buak!
“Disebabkan nikotin adalah bahan ‘hunger suppresant’ yang menghentikan seorang perokok daripada makan dengan kerap; jadi apabila saya cuba berhenti merokok, saya akan beralih kepada makanan untuk menghilangkan stres.
“Implikasinya, saya akan makan dan makan. Saya akan ‘tapau’ lebih daripada jumlah yang secukupnya saya ambil. Saya tiba-tiba menjadi seorang yang mudah lapar. Saya percaya badan saya hanya ingin memuaskan diri dengan cara mengidamkan sesuatu.. seperti saya mengidamkan nikotin dahulu. Hasilnya, berat badan saya naik dan saya terus hilang semangat untuk berhenti merokok,” kongsi Tina.
*
Macam-macam ya kisah yang dihadapi perokok muda yang cuba memperlahankan tabiat mereka ini!
Ketagihan yang mereka rasai ini adalah disebabkan campuran tembakau dalam perisa asap rokok. Selain itu, nikotin yang wujud dalam daun tembakau pada sebatang rokok juga ditagih oleh mereka.
Secara tidak langsung, ketagihan ini menggalakkan seorang perokok untuk terus-menerus menerima impak daripada 6,000 bahan kimia yang dikeluarkan oleh tembakau. Tambahan pula, 100 daripada bahan-bahan ini telahpun dikenal pasti sebagai punca penyakit kronik yang dikaitkan dengan tabiat merokok seperti kanser paru-paru, penyakit kardiovaskular dan ‘emphysema’.
*
Begitupun, itu tidak bermakna adalah mustahil untuk perokok remaja di luar sana memperlahankan pengambilan bahan tembakau menerusi cara Tobacco Harm Reduction (THR). Ia menggalakkan remaja untuk beralih kepada gaya hidup yang lebih baik boleh mempertimbangkan alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternatives).
THR bukan saja membantu perokok menjauhi daripada kesan sampingan merokok yang memudaratkan, malah ia juga menyelamatkan orang di sekeliling mereka daripada asap rokok yang sama bahayanya.
Di antara produk bebas asap rokok yang popular di pasaran kini termasuklah rokok elektronik (vape) dan produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Product) pada suhu tidak melebihi 350 darjah Celsius.
Kedua-dua produk ini adalah alternatif yang kurang merbahayakan kerana ia memberikan kesan nikotin tanpa melibatkan pembakaran tembakau yang menghasilkan asap. Sebaliknya, kandungan wap yang dihasilkan terdiri daripada air, gliscerin dan nikotin.
Ingat guys, keinginan untuk berhenti terus daripada ketagihan merokok bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Sebagai permulaan, perlahankan dahulu tabiat merokok dengan beralih kepada alternatif Tobacco Harm Reduction ini agar korang boleh mengurangkan implikasi rokok terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling.
ARTIKEL BERKAITAN: Ada Beza Ke Antara Rokok Dan Alternatif Seperti Vape? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.