Rakyat Malaysia Memang Prihatin, Ramai Bantu Mangsa Banjir Tanpa Harap Ganjaran

Share

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Begitulah perumpaan paling tepat untuk bercakap mengenai situasi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sekarang.

Bencana banjir yang kini melanda beberapa negeri masih pada tahap kritikal memandangkan air yang naik mendadak menyebabkan orang ramai tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing. Lalu apabila melihat kisah rakyat yang berdepan kepayahan hidup sekarang, ramai yang tampil dengan hati yang ikhlas untuk menghulurkan bantuan.

Ini dapat dilihat menerusi hantaran seorang pengguna Facebook bernama Helmi Erdy yang telah menangkap layar (screenshot

) kompilasi perkongsian warganet di media sosial mengenai bantuan yang dihulurkan orang ramai.

Perkongsian ini jelas menunjukkan bertapa prihatinnya rakyat Malaysia dalam soal membantu tanpa mengenal perbezaan di antara kita. Memang terharu dibuatnya!

Inisiatif badan bukan kerajaan (NGO), orang awam dan pihak berkuasa sememangnya harus dipuji apabila semua pihak sama-sama berganding bahu memberi bantuan.

Paling mendapat perhatian adalah seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Azwan. Dia dilaporkan sanggup datang dari Melaka dengan memandu Perodua Viva yang membawa bot persendirian demi membantu mangsa banjir!

ARTIKEL BERKAITAN : Banjir Kilat Landa Lembah Klang, Tip Elak Baiki Kereta Dengan Kos Tinggi Jika ‘Air Naik’

Perkongsian yang dibuat oleh akaun Twitter yang dikenali sebagai @KulupKudin bertukar tular apabila dia memuat naik foto Abang Azwan yang gigih membawa botnya di bahagian atas kereta.

Jom lihat beberapa lagi perkongsian yang menunjukkan pelbagai pihak yang sudi berkongsi bantuan kepada yang terjejas. Macam-macam bantuan dihulurkan. Tak percaya? Jom lihat di bawah:

 

 

 

 

 

 

 

 

*

*

Biarpun bencana banjir pada tahun ini merupakan satu ujian besar bagi rakyat Malaysia, ia juga secara tidak langsung menjadi bukti kepada semangat kebersamaan dan kasih sayang masyarakat tempatan terhadap golongan yang terkesan, khususnya dalam kalangan warga Lembah Klang.

Semoga bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa terjejas.

REMAJA percaya ramai lagi yang telah tampil menghulurkan bantuan. Contoh di atas ini hanyalah sebahagian daripada kelompok yang lebih besar. #KitaJagaKita kan, syabas semua!

BACA LAGI : Ini Cara Untuk Buat Tuntutan Insurans Bagi Kereta Ketika Musim Banjir

Sumber : Facebook Helmi Erdy

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana