Penerbitan Buku ‘Korupsi, Kemunafikan Dalam Politik Melayu’ Berdasarkan Skandal Rasuah Di Malaysia

Share

Rasuah bukanlah perkara kecil, ia melibatkan tentang ekonomi sesebuah negara, jika isu ini tidak pantau ia dapat memberi kesan buruk pada negara dan rakyat. Malangnya, Malaysia juga kini antara negara yang mencatat kadar aktiviti rasuah yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN : 15 Pemimpin Dunia Ini Sudah Didakwa Sebagai Kaki Rasuah, Adakah Malaysia Termasuk Juga?

Permasalahan ini juga pendorong utama buat sarjana akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan untuk menghasilkan buku ‘Korupsi, Kemunafikan Dalam Politik Melayu’.

Ketika menyampaikan sembah titah ucapan pelancaran buku ‘Korupsi, Kemunafikan Dalam Politik Melayu’ di Kumpulan Media Karangkraf yang berlangsung pagi tadi. Jelas Mohd Kamal, selain faktor berkenaan, sebagai seorang Muslim beliau bertanggungjawab kepada ALLAH untuk menunaikan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar.

Foto Via Sinar Harian

“Kemungkaran sudah demikian bobrok terutama setelah meletupnya gunung berapi yang bernama 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), iaitu skandal kleptokrat sebesar itu sepatutnya telah mencetuskan tsunami politik yang akan mengubah landskap politik Melayu dan parti politik Melayu.

“Tetapi malangnya ia tidak menimbulkan transformasi dalaman yang saya harapkan akibatnya kemunafikan berterusan, fitnah-menfitnah, tipu helah dan konspirasi menjadi satu kebiasaan baru dan banyak nilai-nilai dan norma agama yang sudah dianggap tidak penting lagi,” katanya.

Malaysia Negara Korup Di Mata Dunia

Menurut Mohd Kamal lagi , akibat daripada itu negara Malaysia ditanggapi oleh masyarakat antarabangsa sebagai antara negara yang korup di dunia.

Foto Via Malaysia Kini

“Saya bertambah malu dan hati saya berasa akan ditanya di hari pembalasan nanti apa yang kamu buat untuk mencegah kemungkaran seburuk itu.

“Sekian lama faktor ketiga saya percaya jalan keluar daripada krisis yang amat parah ini memerlukan bukan sahaja reformasi politik dan perubahan stuktural dan undang-undang tetapi satu transformasi akhlak dan budi perkerti yang besar besaran,” katanya.

Katanya, sebagai ahli akademik non partisan, beliau sebelum ini tidak pernah terfikir akan menulis buku tentang politik di Malaysia, namun keadaan yang mendesak telah menyebabkannya menghasilkan karya berkenaan.

“Saya telah memetik dalam buku saya, pertama dalam naskhah berbahasa Inggeris dan dalam naskhah terjemahan dalam bahasa Melayu yang ada sekarang, banyak pandangan kritis yang disuarakan melalui media, khususnya dari kalangan intelligentsia yang non-partisan.

“Saya beri perhatian kepada kritikan-kritikan tajam oleh Tun Musa Hitam, Tan Sri Hamid Bador dan lain-lain,” katanya.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli merasmikan pelancaran buku tersebut. Buku terbitan EMIR Research itu merupakan buah fikiran daripada tokoh akademik dan cendekiawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan.

Sebagai tuan rumah pelancaran buku tersebut, Kumpulan Karangkraf turut menganjurkan wacana khas yang disiarkan secara langsung bagi membincangkan isu rasuah di negara ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana