Buku Tahunan Financial Times 2018 Bakal Disirikan, Tentang Rasuah & Skandal 1MDB

Share

Masalah rasuah ternyata melangkaui sempadan agama, jantina dan latar belakang seseorang. Korang masih ingat lagi ke kes rasuah berprofil tinggi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlaku pada tahun 2015 dan masih belum selesai sehingga kini?

Foto Via BBC

Nampaknya cerita mengenai kes 1MDB yang melibatkan usahawan dan kini buruan utama Malaysia dan antarabangsa Jho Low dan bekas Perdana Menteri Malaysia bakal disiri dan diterbitkan. Pencipta House Of Cards Beau Willimon dan rakan penerbitnya di Westward, Jordan Tappis akan membuat siri yang berkisar mengenai skandal rasuah terbesar di Malaysia.

Menurut Hollywood Reporter. buku yang ditulis pada tahun 2018 oleh wartawan Wall Street Journal, Tom Wright dan Bradley Hope, Billion Dollar Whale menawarkan sudut pandang dalaman skandal terbesar pengubahan wang haram, kekayaan kaum elit, perbankan, Hollywood, dan politik.

Sumber Gambar : Twitter

Watak utamanya, sudah tentu Jho Low yang menjadi dalang kepada rompakan besar-besaran melibatkan USD$ 5 bilion. Malah, lelaki ini juga kini turut menjadi buruan antarabangsa termasuk Singapura, Luxembourg, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Buku Billion Dollar Whale, ini juga menjadi buku terlaris New York Times dan dinamakan sebagai Buku Tahunan Financial Times 2018. Lebih setengah juta salinan berjaya dijual di seluruh dunia, termasuk lebih seratus ribu salinan berjaya dijual di Asia dan sehingga kini kekal sebagai buku terlaris.

Sumber Gambar : The Strait Times

Laporan Wright dan Hope mengenai aktiviti rasuah tersebut telah menyumbang kepada pendakwaan di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, kes ini turut memain peranan penting dalam pilihan raya lalu, di mana bekas perdana menteri, Najib Razak tewas teruk dan didakwa di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN : GEMPAR! Najib Jawap Semua Tuduhan Terhadapnya & Keluarga, Akui Beg Tangan Mewah Hadiah Kahwin Anak, Tiada Kaitan IMDB

“Di Westward kami tertarik dengan cerita yang mencerminkan kerumitan zaman yang kita hadapi, berpusat pada watak yang membingungkan dan mengejutkan,” kata Willimon dan Tappis dalam satu kenyataan. “Kami juga tertarik untuk menghidupkan cara inovatif bagi menghasilkan kerja dalam landskap hiburan yang berubah dengan cepat. Dengan David Henry Hwang menerajui, dan SK Global di pihak kami, projek ini membolehkan kami melakukan kedua-duanya.”

ARTIKEL BERKAITAN : Pernah Dibayar Lebih RM100k Oleh Jho Low, Ini Tip Badan Seksi Emily Ratajkowski

John Penotti dari SK Global, Charlie Corwin dan Marcy Ross akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Willimon dan Tappis dalam siri ini. Selain itu, bintang kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh difahamkan bakal turut membarisi kerusi penerbit.

Rata-rata netizen menyatakan teruja dan tak sabar ingin tahu siapa para pelakonnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana