Bulu Ayam Berpotensi Jadi Sumber Makanan Alternatif, Tapi Apa Hukum Bagi Orang Islam?

Share

Sebelum ini, bulu ayam akan dibuang begitu sahaja ketika proses membersihkan ayam sebelum di masak. Namun, atas inovasi dan kreativiti seorang bekas penuntut ijazah sarjana di London, Sorawut Kittibanthorn, 30, yang mahu mengubah komponen nutrien pada bulu ayam sebagai makanan.

“Bulu ayam mengandungi protein. Kita dapat mengurangkan sisa bulu ayam jika ia dapat menghasilkan sesuatu yang berguna dan mendapat permintaan ramai,” ujarnya merujuk kepada kira-kira 2.3 juta tan bulu ayam yang dibuang di Eropah pada setiap tahun.

Bulu ayam tersebut diproses secara klinikal serta ditambah dengan rempah ratus untuk menambahkan rasa dagingnya. Katanya, rasanya memang sedap. Malah, seorang blogger, Cholrapee Asvinvichit turut memuji makanan dihasilkan daripada bulu ayam tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN :

Resipi ‘Kulit Ayam’ Guna Bahan Telur, Rasanya Memang Sama & Lebih Sihat

“Teksturnya sangat kompleks. Hidangan stik bersama kentang lecek dan salad ini adalah sesuatu yang tidak mungkin anda dapat bayangkan. Ia seperti menu di restoran eksklusif,” menurutnya yang teruja dengan rasa unik hidangan dihasilkan daripada bulu ayam itu.

Profesor Sains Makanan di Universiti Kasesart, Hathairat Rimkeeree juga terkejut dengan olahan hebat Sorawut.

“Saya rasa ia berpotensi menjadi sumber makanan alternatif pada masa depan,” katanya. – Agensi

Namun begitu, bagaimana pula dengan kita yang beragama Islam? Hukumnya halal atau tidak. Bagi menjawab persoalan ini, menurut meja Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bulu daripada haiwan yang halal dimakan boleh dimanfaatkan untuk kegunaan manusia seperti perhiasan dan perkakas berdasarkan firman Allah SWT.

وَمِنْ أَصْوَافِهَا وَأَوْبَارِهَا وَأَشْعَارِهَا أَثَاثًا وَمَتَاعًا إِلَىٰ حِينٍ

Maksudnya: “Dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.”

Surah an-Nahl (80)

Bulu-bulu haiwan ternak yang halal dimakan juga boleh dimanfaatkan untuk dijadikan makanan dan pakaian berdasarkan firman-Nya:

وَالْأَنْعَامَ خَلَقَهَا ۗ لَكُمْ فِيهَا دِفْءٌ وَمَنَافِعُ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

Maksudnya: “Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.”

Surah an-Nahl (5)

Selain itu, ulama mazhab Syafie berpandangan bulu haiwan yang terpisah dari binatang yang halal dimakan, hukumnya suci (sama ada terpisah ketika hidup atau pun setelah mati).

Perkara ini dijelaskan oleh al-Nawawi:

فِي أَجْزَاءِ الْحَيَوَانِ: الْأَصْلُ أَنَّ مَا انْفَصَلَ مِنْ حَيٍّ فَهُوَ نَجِسٌ، وَيُسْتَثْنَى الشَّعْرُ الْمَجْزُوزُ مِنْ مَأْكُولِ اللَّحْمِ فِي الْحَيَاةِ، وَالصُّوفُ، وَالْوَبَرُ، وَالرِّيش، فَكُلُّهَا طَاهِرَةٌ بِالْإِجْمَاعِ

Maksudnya: “Hukum asal pada apa sahaja yang terpisah daripada yang hidup (haiwan) adalah najis kecuali rambut binatang yang boleh dimakan yang dicukur ketika hidup dan termasuk bulu tebal, bulu roma tipis dan bulu kepak dan semuanya adalah suci menurut ijmak ulama.

 (Rujuk Raudah al-Tolibin wa Umdatun Muftin 1/15)

KESIMPULAN

Menurut mazhab Syafie, status bulu haiwan yang dagingnya halal dimakan adalah suci, sama ada bulunya terpisah semasa hidup, mahupun terpisah selepas kematian.

Ayam yang disembelih mengikut hukum syarak, bulunya juga adalah suci.

Bulu ayam itu boleh dimakan sekiranya ia dijadikan bahan makanan alternatif yang mampu memberi protein serta tidak memberi kesan mudarat.

Jangan risau, namun segala proses bulu ayam untuk dijadikan bahan makan atau daging lestari itu hendaklah dipastikan tidak tercemar daripada sebarang najis dan bersih.

Korang teringin tak untuk merasai keenakan steak bulu ayam ni…hehe

BACA LAGI : Viral Nasi Ayam KFC Cara Jepun, Simple Betul Nak Buat Tapi Sedap!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Sinar Harian , scmp.com

Published by
Nana