Petang semalam hujan lebat dan ribut telah melanda kawasan Lembah Klang terutamanya di sekitar bandaraya Shah Alam, Selangor.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petang susulan hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, hasil pemeriksaan mendapati 13 bumbung buah rumah penduduk di Kampung Kebun Bunga Seksyen 22, Shah Alam tercabut; selain sebuah kedai cuci kereta turut mengalami nasib sama.
Menurut perkongsian wargamaya, kejadian ribut semalam turut mengakibatkan satu kepingan bumbung di tingkat dua bangunan kampus Management & Science University (MSU) terjatuh ke bawah. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Orang ramai diminta untuk lebih berhati-hati dan diharap agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Bagi mereka yang tidak mempunyai urusan penting, elakkan berada di luar ketika hujan lebat berlaku.
Berita Baik! Kerajaan Akan Kreditkan RM50 Dalam E-Wallet Akhir Bulan Ini
Jika sebelum ini kerajaan negara kita telah pun mengumumkan bahawa akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna melalui Program e-Penjana, kini masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-wallet pengguna mulai bulan ini.
BACA: Galak Guna Perkhidmatan Bayaran Tanpa Sentuh, Bantuan E-Wallet RM50 Bakal Diterima Julai Ini
Menurut Berita Harian, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata butiran termasuk mekanisme pengkreditan ke e-wallet pengguna akan diumumkan nanti.
Jelasnya, pihak kerajaan akan mengkreditkan jumlah wang tersebut dalam bulan ini atau sehingga hujung bulan.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi program e-Penjana bernilai RM750 juta bermula bulan ini. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 15 juta rakyat bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan bayaran tanpa sentuh.
Bagi korang yang belum mendaftara aplikasi MySejahtera, bolehlah lakukan sekarang kerana bimbang trafik akan menjadi sesak disebabkan ramai yang masih belum mendaftar bagi mendapatkan kredit RM50 ini. Hiks!
BACA: Catat Rekod! 700,000 Orang Daftar Aplikasi MySejahtera Dalam Tempoh Seminit
BACA: MySejatera Perlu Didaftar, Ini Cara Yang Korang Perlu Buat Supaya Aplikasi Ini Selamat Diguna
Diberi 10 Minit Tatap Jenazah Isteri, Banduan Sebak 6 Anak Kecil Rangkul Kaki
Al-Fatihah untuk arwah.
Namun perkongsian majikan ini Hamidah Sulaiman di fbnya yang berkongsi nasib pekerjanya yang maut dalam kemalangan semalam begitu menyentuh hati.
Kalau ada usaha kita untuk membantu, bantulah agar nasib anak-anak ini dipelihara apatah lagi dua hari lagi kita akan melalui bulan Ramadan.
Baca kisah dikongsi majikan arwah.
Ini kisah anak-anak arwah staff saya yang meninggal dunia semalam. Mereka 6 beradik.
Sulung darjah 6 yang bongsu satu tahun setengah. Hari ini mereka kehilangan mama tersayang. Kematian yang amat menginsafkan.
Ini kisah mereka sekelurga.
Saya dan suami sampai ke rumah abang ipar arwah selepas solat Jumaat tadi. Jenazah belum sampai. Masih di hospital.
Suaminya di dalam penjara. Sebelum ini telah beberapa kali ditahan dan arwah yang membayar wang denda sehingga lah yang kali terakhir ini arwah sudah tidak sanggup dan tidak mempunyai wang untuk membayar denda. Arwah, mama hebat. Siapa sangka seawal jam 10 malam sudah mula membuat persiapan menyiapkan nasi lemak. Arwah menghantar nasi lemak setiap pagi ke Stesen Petronas. Pulang semula ke rumah menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Bayangkan bagaimana kalutnya setiap pagi.
Selesai menghantar anak ke sekolah, beliau terus ke tempat kerja. Bekerja sebagai cleaner di sebuah bank. Jarak perjalanan ke tempat kerja antara 30-45 minit.
Setiap sabtu dan ahad arwah akan part time pula di Sultan Salai. Juga jarak perjalanan antara 30-45 minit.
Baru saya tahu. Tiada sehari pun hari rehat buat beliau. Arwah bekerja siang dan malam untuk menampung hidup beliau 7 beranak.
Sedihnya Ya Allah bila tahu anak sulung baru berusia 12 tahun perlu menjaga sendiri adik-adik bila pulang dari sekolah. Tiada mak yang menghidangkan makan dan minum apabila balik dari sekolah. Semuanya telah disediakan mamanya dari awal pagi.
Hari ini, rezeki Allah beri pada kami. Dapat menunggu jenazah sampai ke masjid. Sepanjang menunggu saya mendengar cerita-cerita baik tentang arwah.
Sehinggalah selesai solat jenazah, apabila imam berkata bagaimana keadaan jenazah? Jemaah menjawab ‘baik’. Imam bertanya lagi. Bagaimana keadaan jenazah? Jemaah menjawab baik. Kata Imam,
Ini adalah pengajaran untuk kita yang masih hidup. Sementara kita menunggu suami arwah tiba, boleh la melihat dan mencium arwah buat kali terakhir.
Hiba.
Anak-anak arwah dipimpin oleh saudara mara ke hadapan. Mereka, usianya tidak lebih 12 tahun apatah lagi si bongsu masih menyusu badan. Hampir pasti tidak faham langsung apa yang berlaku. Ajaibnya apabila melihat wajah mama mereka terkujur kaku dan tersenyum anak-anak ini menangis semahunya.
Selesai saudara mara dan sahabat melihat wajah untuk kali terakhir, kami semua diminta duduk. Menunggu sahaja ketibaan suami arwah.
Sebak
Tiba-tiba terdengar esakan dan jeritan anak arwah. Mereka meluru dan memeluk susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berjalan masuk dari pintu masjid. Tangannya bergari sebelah. Ditemani 2 orang pegawai penjara.
Allah.. air mata ini tidak dapat aku tahan. Sungguh, cerita seperti ini hanya dalam drama. Tetapi ini benar-benar terjadi kepada orang yang aku kenali.
Suaminya terus dibawa ke hadapan jenazah. Menangis semahunya menatap wajah isteri, kemudian dibawa ke tepi dinding. Masa ini semua anak arwah memeluk ayah mereka. Barangkali rindu teramat kepada lelaki bergelar ayah ini. Si kecil juga sempat didukung ayahnya. Suasana di dalam masjid bertukar sangat hiba. Hampir semua yang ada sebak dan menangis menyaksikan momen ini.
Tidak sampai 10 minit, lelaki ini terpaksa pergi. Dia terpaksa pulang ke tempat sementaranya, penjara! Tidak dapat menghantar arwah isteri ke tempat rehatnya yang abadi.
Wahai pekerjaku yang baik budi dan berdedikasi, engkau meninggalkan senyuman di wajahmu. Sudah kerap kali kau mengadu penat pada kawan mu sekalipon tidak pernah engkau ceritakan masalah ini kepada majikanmu.
Semalam, Allah SWT merehatkan mu. Habis sudah penat mu di dunia ini bekerja siang malam, menguruskan anak-anak dan menjaga maruah suami mu sehinggakan aku majikan mu tidak tahu langsung kamu bekerja seorang diri menyara keluarga.
Wanita hebat,
Semoga Allah SWT lapangkan kuburmu menempatkan rohmu bersama orang-orang soleh.
Kuatkan lah hati anak-anak ini. Masih terniang perbualan terakhir saya bersama arwah minggu lepas di Sultan Salai, akak hantar semua anak-anak akak masuk sekolah cina. Sebab akak nak anak-anak akak pandai berdikari.
Sehingga cacatan ini ditulis, sebak masih ada. Siapalah yang akan menjaga 6 orang anak arwah sementara ayah mereka di dalam penjara. Arwah sudah tidak mempunyai bapa, ibu mertua dan ayah mertua.
.
.
Catatan saya ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa, ambillah pengajaran daripada kisah benar ini.
Sebelum melakukan apa-apa yang boleh merosakkan diri sendiri, ingat juga kesan yang akan terjadi kepada anak-anak dan isteri akibat perbuatan diri sendiri.
Allah SWT susun jalan cerita seperti ini untuk memberikan pengajaran kepada kita semua yang masih bernyawa.
*SUMBANGAN DAN BANTUAN IKHLAS*
Assalamualaikum..
Terima kasih pad yg cakna & alert tentang
*6 BERADIK KEHILANGAN IBU DALAM KEMALANGAN MOTOR*
Pada 25 April 2019 (Khamis) ketika baru pulang dari tempat kerja sebagai cleaner di sebuah bank di rembau..
Anak yang sulung berumur 12 tahun (darjah 6) dan Yang bongsu berumur (setahun).
Buat sementara waktu mereka kini tinggal bersama pakcik saudara di Kampung Legong Ulu, Kota, Negeri Sembilan.
Sebarang pertanyaan lanjut atau mahu membuat sumbangan ikhlas pada anak-anak tersebut boleh berhubung dengan penjaga waris :
*NORAZILA BT SAHRAN*
(IBU SAUDARA)
No Tel: 0167534022
*SAJIRIN BIN KASSIM*
(DATUK SAUDARA)
No Tel: 0193508629
Akaun : CIMB
( 0504 000 5041205 )
Sebarang maklumat selain dari di atas adalah tidak benar sama sekali. Wallahualam..
Sekiranya tidak mampu bantu, bantulah share, semoga ada insan-insan yang dapat membantu anak-anak kecil ini dan keluarga terdekat. Allah kira semua itu walaupun kita hanya sekadar share.
C&P
Semoga semua urusan 6 beradik ni dipermudahkan oleh Allah.. Aamiin.
Al fatehah untuk arwah ibunya.
Anak Najib Razak Terima Ijazah Sarjana Dari Universiti Harvard, Netizen Ucap Tahniah
Tahniah kami ucapkan buat Nooryana Najwa yang merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kini telah pun menerima Ijazah Sarjana dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
Berita ini telah dikongsi sendiri oleh Datuk Seri Najib di laman instagramnya dan meluahkan sedikit kekecewaan kerana tidak berpeluang untuk meraikan kejayaan anak perempuannya di sana.
Nooryana atau lebih mesra dipanggil Gina, antara ahli keluarga yang sering menunjukkan tanda sokongan kepada ayahnya dan tentu sekali tanpa kehadiran orang tersayang disisi, pastinya dia juga turut berasa terkilan.
Namun begitu, ramai yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan anak Datuk Seri Najib. Bukan calang-calang orang boleh sambung belajar di Universiti Harvard, akhirnya segala penat lelah terbayar dengan segulung ijazah.