Bunga Isme Kongsi Kegembiraan Beli Rumah Pada Usia 21 Tahun

Share

Semakin ramai remaja telah membuktikan kemampuan mereka untuk membeli rumah pada usia muda dengan hasil titik peluh sendiri.

Jika sebelum ini, penyanyi Masya Masyitah berjaya memiliki rumah sendiri seawal usia 19 tahun, kini kejayaan yang sama telah dikecapi oleh rapper berhijab tempatan iaitu Bunga.

ARTIKEL BERKAITAN : Pandai Kumpul Aset, Masya Masyitah Beli Rumah Kedua Di Usia 21 Tahun

BACA LAGIMampu Beli Rumah ‘Cash’ Ketika Usia 19 Tahun, Ini Rahsia Masya Masyitah

Setelah dua tahun bergiat dalam industri muzik tanah air, Bunga akhirnya meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki rumah pada usia 21 tahun.

Dia yang terkenal dengan imej berbaju kurung semasa melakukan persembahan di atas pentas juga turut berkongsi berita gembira itu di laman Instagram dengan kapsyen yang berbunyi, “Rumah pertama. Alhamdulillah, terima kasih kakak-kakakku yang membantu Bunga terutamanya Kak @shira3q dan Kak @aqilahazmy. Proses dan servis yang cepat dan mesra!”

Rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti mengucapkan tahniah dan turut berbangga dengan pencapaian yang diraih oleh pemilik nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jailani ini.

Jika ada usaha pasti kejayaan akan mengiringi kita. Semoga kisah Bunga menjadi inspirasi buat lebih ramai remaja di luar sana untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan pada usia muda. Tiada apa yang mustahil tau! Namun, bagi mereka yang masih belum mampu untuk mencapai cita-cita, jangan pula korang berasa sedih dan rendah diri. Rezeki orang lain-lain, mungkin Allah hendak berikan korang rezeki yang lain pula kan?

Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai pengalaman pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha pula semasa dia membeli rumah pertamanya.

BACA LAGI : “Nasihat I, Jangan Rush..” Daiyan Trisha Berjaya Beli Rumah Ketika 25 Tahun – REMAJA

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman