Penyanyi rap wanita tanah air, Bunga Isme dikhabarkan sudah pun sah bergelar isteri kepada komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri pada 14 Oktober 2023.

Menurut sumber, majlis pernikahan mereka telah diadakan secara tertutup di sebuah villa di Kuang, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN : Konsert Coldplay: Walau ‘Diperlekeh’ Netizen, Ramai Juga Zahir Rasa Bangga Buat Bunga Isme

Bunga Isme Sudah Sah Bergelar Isteri Amzar Sabri?

Menerusi kad jemputan yang diedarkan, penyanyi berusia 24 tahun itu turut menggariskan beberapa syarat untuk dipatuhi tetamu.

IKLAN

Antaranya tidak dibenarkan merakam gambar atau video sepanjang majlis selain larangan memuat naik sebarang hantaran berkaitan pernikahan dalam laman sosial.

Masih tidak diketahui alasan merahsiakan berita itu kepada peminat, namun sekitar Syawal lalu Amzar seakan-akan memberi bayangan mereka sudah pun bernikah.

Bunga Isme Sudah Sah Bergelar Isteri Amzar Sabri?

IKLAN

Memuat naik gambar mesra berbaju raya sedondon biru di platform Instagram, dilihat Bunga melentok manja di bahu penyanyi berusia 28 itu, selain menyertakan kapsyen seperti mengesahkan dirinya sudah bergelar seorang suami.

“Alhamdulillah, kerana doa keluarga dan sahabat, kami bersatu akhirnya,” coretnya menerusi kapsyen pada hantaran bertarikh 10 April lalu.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai pihak tertanya-tanya status terkini pasangan yang sudah bercinta sejak lima tahun lalu itu.

IKLAN

Bunga Isme Sudah Sah Bergelar Isteri Amzar Sabri?

Sekadar info, pasangan ini melangsungkan majlis merisiknya pada Februari tahun lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Bunga Isme & Kosmo! online

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI