Bunga Yang Sesuai Untuk September ‘Babies’ Dan Bulan Kelahiran Korang Juga

Share

Cepat je masa berlalu, rasanya tahun ini kita banyak meluangkan masa di rumah. Tahu-tahu kita dah masuk bulan September 2021. Untuk pengetahuan anda, pemberian bunga sebagai hadiah kecil untuk sambutan Hari Jadi telah diamalkan sejak dari zaman Empayar Rome lagi.

Selalunya kalau nak bagi bunga untuk tersayang dibulan kelahirannya kita akan bagi bunga rose atau mawar kan? Lepas ini korang boleh tukar jenis bunga ikut bulan kelahiran okay?

REMAJA kongsikan jenis-jenis bunga mengikut bulan kelahiran serta maksud bunga mengikut warnanya. Jom kita lihat bunga jenis apa agaknya yang sesuai dengan personaliti individu yang lahir pada bulan September.

JANUARI

Foto Kredit : Pexels

Carnation atau bunga Teluki mempunyai banyak jenis warna.

Putih melambangkan kesucian, cinta dan tuah. Merah jambu pula adalah simbol feminin dan kasih sayang seorang ibu (sebab itu bunga Teluki sering dijadikan pemberian istimewa untuk hari ibu).

FEBRUARI

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Bunga Iris atau Violet yang berwarna ungu ini menggambarkan kebijaksanaan serta kekuatan gerak hati individu yang lahir pada bulan Februari. Ia turut melambangkan sifat rendah hati dan kebajikan.

Bunga ini lazimnya sering dimanfaatkan untuk kegunaan sebagai pewarna makanan ataupun sebagai hiasan menawan .

MAC

Foto Kredit : Pexels

Bunga Daffodil untuk bulan Mac terkenal dengan warna kuningnya yang menonjol namun, ada juga bunga Daffodil yang berwarna putih dan oren.

Ia membawa maksud kelahiran semula sekaligus menjadi simbol kepada kebahagiaan, kehormatan, dan persahabatan.

APRIL


Ini dia bunga kegemaran ramai, Daisy. Ia sering dikaitkan dengan keceriaan, kecantikan, kesucian serta kemurniaan.

Yup! Daisy juga merupakan bunga kegemaran Queen Victoria 🙂

Bunga Daisy mula ditemui di bumi Afrika Selatan meskipun lakaran bunga ini telah ditampilkan sejak 3000 sebelum masihi.

MEI


Lily atau bunga Bakung ini adalah mirip bentuk loceng. Ia menjadi bunga rasmi untuk bulan Mei kerana pada bulan inilah selalunya bunga Lily kian mekar di taman-taman.

Lily simbol kemanisan serta rendah hati.

JUN

Sewaktu zaman penjajahan ratu Queen Victoria, adalah dilarang sama sekali untuk seseorang mengekspresikan perasaannya terhadap individu yang satu lagi.

Oleh itu, mereka menggunakan bunga Ros pelbagai warna untuk menyampaian maksud-maksud yang tertentu.

Merah: Cinta romantis
Merah Jambu: Kelembutan dan kekaguman
Merah Jambu Gelap: Terima kasih dan penghargaan
Putih: Kesucian, persahabatan serta hormat
Kuning: Persahabatan dan ambil-Berat
Jingga: Semangat
Merah Hati:Kecantikan
Hitam: Kematian & ucapan selamat tinggal

JULAI

Cavin Elizabeth Photography – http://www.cavinelizabeth.com

Delphinium menjadi simbol kepada keterbukaan hati, ceria dan boleh dikaitkan dengan perasaan romantik yang kuat. Oh ya! Warna ungu itu juga menjadi simbol kepada cinta pertama 🙂

OGOS

www.gardenloversclub.com

Bunga Gladiola yang mempersona ini menjadi simbol kepada keberahian. Ia turut membawa maksud kekuatan dan ketulusan.

Untuk pengetahuan anda, bunga ini mendapat namanya dari perkataan Latin yang bermaksud ‘pedang’.

SEPTEMBER

Via : Pexels

Merujuk kepada kekuatan badan, minda dan jiwa. Ia turut menjadi simbol kepada kesabaran serta kehalusan sifat seseorang. Dalam masa yang sama, bunga Asters turut digunakan oleh sesetengah budaya mengikut kepercayaan mereka untuk memberi pengikhtirafan dan menunjukkan rasa hormat kepada para pahlawan yang gugur di medan perang.

OKTOBER

Seperti bunga seri pagi, Marigold yang berwarna terang keemasan ini menjadi simbol kepada kasih sayang abadi. Ianya sangat elegen dan melambangkan kelembutan serta kecantikan seorang wanita.

NOVEMBER

Bunga Kekwa ini sering dikaitkan dengan matahari dan bersifat ceria.

Saat kelopak bunganya mula mekar, ia akan kelihatan tersusun menjadikannya sebagai salah satu bunga yang sinonim dengan kesempurnaan.

DISEMBER

Bulan tibanya musim sejuk, dedaun hijau yang ditemani beri berwarna merah saga ini menggambarkan jati diri dan kemanisan. Bahkan bunga yang mekar disaat hujung tahun ini merupakan simbol kepada kebahagiaan dan kejayaan.

Untuk pengetahuan semua, antara selebriti yang menyambut birthday pada bulan ini adalah mommy dan daddy Fatima iaitu Fattah Amin dan Fazura, di samping bekas Dewi Remaja 2015 Izara Aishah, Jungkook BTS,Key SHINee dan ramai lagi.🙂

Published by
Nana