Bunian Ajak Kahwin Tapi Lepas Tolak, Lelaki Ini Dapat “Anugerah”, Sejak Itu Dia Boleh Nampak…

Share

Allah menciptakan langit menurut lapisanNya. Ada tujuh petala langit dan 7 petala bumi dan setiap satunya dihuni oleh kesemua makhluk ciptaan Allah, Sang Pencipta alam semesta.

Selain manusia, alam ini turut dihuni oleh para malaikat yang dijadikan dari cahaya, manusia dari tanah dan jin dari api. Kesemuanya dipisahkan menurut aturan dan menjaga ketenteraman yang ditetapkan. Namun ada sesetengah manusia  boleh masuk ke alam bunian bukanlah satu cerita dongeng kerana telah banyak diceritakan. Kisah yang dikongsi oleh Ashikin Nofal  di twitternyaini mengenai sahabatnya, BOY yang diajak kahwin oleh bunian dan bila ditolak, hijab matanya dibuka. Setiap kali ada makhluk halus melintas atau melintas, anak matanya akan bergerak-gerak, seakan memberi signal, adanya kehadiran makhluk halus di situ telah mendapat 8322 retweet.

Baca kisahnya…

 

 

 

 

Kisah bermula apabila Boy telah pergi ke satu kawasan gua di Gua Musang, Kelantan. Duduk di barisan belakang tetapi Boy perasan ada wanita muda telah mengekorinya. Bila cuba toleh, dia terus disepak sehinga jatuh sebelum diajak kahwin oleh wanita muda itu.

Rentetan itu, mulalah terbongkar salah silah keluarganya termasuk cubaan keluarga untuk mengesan pakcik mereka yang sudah lama hilang dipercayai disorok oleh bunian jahat.

 

 

 

 

Rentetan dari kejadian itu, Boy mula perasan, dia ada anugerah lain yang selama ini tidak pernah dia terfikir. Setiap kali kehadiran makhluk halus, anak matanya akan berair seakan menangis tetapi ketika itulah dia boleh nampak hantu seperti pocong dan sebagainya.

 

 

 

Rupanya wei, pocong ini muka ngeri, berlubang-lubang dan kehitaman, bau seperti bangkai terlalu busuk. Loncatannya laju dan tidak seperti diselalu diceritakan dalam wayang dan sebagainya yang mana pocong melompat perlahan-lahan.So memang seramlahkan. Minta dijauhkan sama sekali bertemukan…

 

 

 

Tapi rupanya best juga dapat anugerah niekan. Kita tahu jer gerai mana yang guna jin sebagai pelarisnya, tahu je mana jin dah ludah dan kencing. Sebab itulah sesetengah kedai orang sangat ramai pada hal makanannya taklah sedap mana pun. 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros