Berita

Bunuh Zulfarhan, Enam Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung Sampai Mati

Share

Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini selepas didapati bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain (tengah) bersama ibu bapanya, Hawa Osman, 61 dan Zulkarnain Idros, 60.

Enam orang bekas penuntut berusia 28 tahun itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Alif Najmudin Azahat, Mohamaf Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

BACA: Dia Menjerit “Tolong & Panas!” – Kenyataan Saksi Kes Pelajar Ditekap Seterika Buatkan Semua Sebak – REMAJA

BACA: “Aku Rindu Pada Mak & Ayah”, Inilah Ungkapan Akhir Zulfarhan Sebelum Meninggal – REMAJA

BACA: “Kami Hantar Dia Hidup, Dapat Kembali Dah Sejuk…,” Ini Luahan Adik Zulfarhan Boleh Buat Sesiapa Yang Baca Sebak! – REMAJA

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Hadhariah Ismail bersama Mohamed Zaini Mazlan serta Datuk Azmi Ariffin selepas menerima rayuan pihak pendakwaan.

Ia sekaligus mengenepikan hukuman penjara 18 tahun yang pernah disabitkan ke atas keenam-enam tertuduh pada tahun 2021.

Ketika membaca keputusan penghakiman sepanjang 232 perenggan lebih tiga jam, bermula jam 9.10 pagi, Hadhariah berkata, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkhilaf

apabila meminda pertuduhan dihadapi kesemua tertuduh daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Terdahulu pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas penuntut UPNM berkenaan bermula dari tarikh tangkap 1 Jun 2017.

Hukuman itu diputuskan mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan selepas mempertimbangkan pelbagai aspek termasuklah semua pihak yang terjejas terutama keluarga mangsa.

BACA: [TERKINI] 6 Bekas Penuntut UPNM Dipenjara 18 Tahun, Terlepas Hukuman Gantung – REMAJA

BACA: Bapa Arwah Zulfarhan Redha, Sudah Maafkan Tertuduh – REMAJA

SUMBER: Bernama & Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN