Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini selepas didapati bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

BACA: Bunuh Zulfarhan, Enam Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung Sampai Mati – REMAJA

Begitupun mengikut sistem perundangan negara, enam orang tertuduh yang masing-masing berusia 28 tahun itu masih boleh melakukan rayuan ke atas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan di hadapan panel tiga orang hakim hari ini.

Bunuh Zulfarhan: Enam Tertuduh Masih Berbaki Dua Kali Rayuan

Menurut perkongsian seorang peguam jenayah di laman aplikasi X iaitu @irwansumadi, tertuduh terdiri daripada Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Alif Najmudin Azahat, Mohamaf Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali boleh membuat rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan di hadapan lima orang hakim.

Sekiranya hukuman gantung masih dikekalkan, sebagai banduan akhir atau BA, enam orang tertuduh  boleh membuat rayuan terakhir iaitu melalui pengampunan diraja dengan cara menghantarkan petisyen ke Lembaga Pengampunan.

Ia seperti yang tertera di bawah Perkara 42 (1) Perlembangaan Persekutuan di menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk mengampun, menunda dan melegakan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Manakala Raja atau Yang Dipertua Negeri memiliki kuasa sama bagi kesalahan yang dilakukan di negerinya.

Sekiranya petisyen berkenaan diterima, hukuman gantung tadi kebiasaannya akan ditukar kepada hukuman penjara seumur hidup.

Selagi petisyen berkenaan tidak ditolak, selagi itulah hukuman gantung tidak boleh dijalankan.

Sebagai info, terdapat 32 kesalahan di bawah lapan akta berbeza di Malaysia yang memperuntukan hukuman mati.

Antaranya termasuklah kesalahan seperti membunuh, pengedaran dadah, aktiviti keganasan, menculik, mencemar bekalan air dengan niat membunuh dan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Daripada 32 kesalahan itu, 11 daripadanya memperuntukkan hukuman mati mandatori di mana hukuman mati adalah satu-satunya hukuman yang boleh dijatuhkan dan wajib dikenakan ke atas tertuduh yang didapati bersalah.

11 kesalahan itu termasuklah sembilan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh, aktiviti keganasan dan tebusan sehingga menyebabkan kematian serta dua kesalahan di bawah Akta Senjata Api melibatkan tembakan senjata api dengan niat membunuh atau mencederakan.

BACA: Kerajaan Setuju Mansuh Hukuman Mati Mandatori, Mengapa Keputusan Ini Penting? – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI