
Kalau sebut tentang makanan percuma, siapa je yang tak suka kan? Kami pun excited bila tahu Burger King Malaysia nak beri burger percuma hari ini sempena pembukaan cawangan mereka yang ke-100.
Korang boleh beratur seawal jam 10 pagi dan tebusan akan dibuat bermula jam 11 pagi. Siapa cepat dia dapat sebab promosi ini hanya tertakluk kepada 100 pelangan terawal.

Korang juga boleh pilih sama ada nak Tendergrill Burger atau Whopper Burger. Seorang hanya dapat satu burger sahaja. Tak boleh minta lebih. Haip!

Terma & syarat
- Promosi ini sah di semua cawangan Burger King kecuali cawangan Airport dan Sunway Lagoon
- Korang boleh memilih satu burger sahaja (Tendergrill Burger atau Whopper Burger)
- Burger ala carte sahaja
- Terhad kepada 100 pelanggan pertama yang beratur sahaja
- Korang boleh mula beratur bermula jam 10 pagi
- Tebus burger percuma bermula jam 11 pagi
- Hanya boleh tebus pada 18 Januari 2020
Selamat beratur guys!
Selamat Hari Kidal Sedunia, Ini 12 Fakta Menarik Tentang Individu Kidal

Korang tahu tak sebenarnya sejak berada dalam kandungan ibu lagi, kita dah boleh tahu bahawa bayi yang dikandungkan itu kidal atau tidak?
Ya, mungkin semuanya hanyalah satu kebetulan je tapi ia kerap terjadi berulang kali. Bayi yang mengarahkan kepalanya ke kiri cenderung menjadi kidal dan begitu juga sebaliknya, bayi yang mengarahkan kepala pada bahagian kanan akan menjadi individu yang menggunakan tangan kanan.
Kali ini REMAJA ingin membongkarkan 12 fakta menarik tentang individu kidal yang mungkin anda tidak pernah tahu. Check this out!
1. 15 peratus daripada penduduk di seluruh dunia ini adalah bertangan kidal.
2. Bilangan lelaki kidal adalah dua kali ganda berbanding wanita.
3. 20 peratus ahli MENSA (sebuah organisasi bagi individu yang mempunyai IQ tinggi) adalah di kalangan orang kidal.
4. Kebanyakan individu kidal ini mempunyai deria pendengaran yang baik dan kerana itu, mereka mempunyai kelebihan dalam bidang muzik.
5. 40 peratus daripada pemenang pingat emas acara tinju dimenangi oleh golongan kidal.
6. Kebanyakan individu yang berpendidikan tinggi, sebanyak 26 peratus lelaki kidal adalah lebih kaya berbanding lelaki yang menggunakan tangan kanan.

7. Jika kedua ibu bapa adalah kidal, kebarangkalian untuk anak-anak mereka bertangan kidal adalah tinggi.
8. Sebahagian besar kucing betina adalah right-handed, sedangkan kucing jantan kebanyakannya adalah kidal.
9. Orang kidal juga lebih baik dalam menerima rangsangan, jadi tak hairanlah kelebihan ini dapat membantu mereka hebat dalam permainan video.
10. Wanita berumur yang mengandung lebih berpotensi untuk mendapatkan anak yang bertangan kidal.
11. Individu kidal menggunakan tangan kanan lebih kerap berbanding individu tangan kanan, menggunakan tangan kiri. Hanya 50 peratus individu kidal yang memegang tetikus komputer menggunakan tangan kiri.
12. 4 daripada 5 orang yang membangunkan MacBook adalah terdiri daripada individu kidal.
Orang tangan kidal ni juga katanya lebih berseni. Betul ke?
Catatan IPU Menurut Jabatan Alam Sekitar, Rompin Catat Bacaan ‘Sangat Tidak Sihat’

Dah jadi macam satu fenomena bila mana negara kita berhadapan dengan masalah jerebu setiap tahun, terutamanya pada musim panas.
Korang mesti perasan dua, tiga hari ni cuaca tidak berapa baik. Nampak macam ‘berkabus’ je. Itu semua menandakan kawasan korang telah dilanda masalah jerebu.
Antara daerah yang dilanda jerebu teruk menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah Rompin, Pahang yang sudah mula memasuki kategori ‘sangat tidak sihat’ dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 202 setakat 10 malam tadi.

Kawasan lain yang turut terjejas ialah Batu Muda (151) dan Cheras (147) di Kuala Lumpur; Putrajaya (144); dan Petaling Jaya (141), Shah Alam (131), Klang (114), Banting (124) serta Johan Setia Klang (159) di Selangor.
Bacaan IPU tidak sihat turut direkodkan di Nilai (148), Seremban (124) dan Port Dickson (113) di Negeri Sembilan; Alor Gajah (108), Bukit Rambai (109) dan bandaraya Melaka (109) di Melaka; dan Tangkak (125) di Johor.
Manakala, IPU yang dicatatkan di tiga kawasan Sarawak pula tidak banyak berubah dan masih dalam kategori tidak sihat, iaitu Sri Aman (172), Samarahan (135) dan Kuching (161).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Jadi, korang dinasihatkan untuk tidak berada di kawasan luar rumah/bangunan jika tiada apa-apa urusan penting bagi mengelakkan masalah kesihatan akibat jerebu.
Lakukan beberapa amalan seperti jangan merokok, selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar, guna topeng muka (mask) dan banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Kurangkan aktiviti luar guys, paling penting utamakan kesihatan korang terlebih dahulu.
Sumber: msn.com
Gadis Ini Kongsi 6 Resipi Dalgona Yang Best Untuk Korang Cuba

Isi Kandungan
ToggleResipi yang paling hangat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni sudah tentulah dalgona coffee yang viral sejak permulaan PKP ini. Boleh dikatakan hampir semua orang cuba untuk membuat menu minuman ini dan dikongsi di media sosial.
Jika sebelum ini ianya hanya dibuat dengan menggunakan Nescafe, tetapi kini resipi dalgona ini telah pun di variasikan oleh Nur Iylia Ruhaimi yang mendapat lebih kurang 89 ribu perkongsian di laman Facebook.
Jom kita lihat antara beberapa resipi dalgona yang dikongsi oleh wanita ini.
1. Dalgona Milo
Bahan-bahan:
– 2 sudu serbuk milo
– 2 sudu gula pasir
– 2 sudu air panas
– Susu segar
– Ais
Cara penyediaan:
a. Pukul sehingga kembang serbuk milo, gula pasir dan air panas.
b. Setelah bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais.
2. Dalgona Horlicks
Bahan-bahan:
– 1/2 cawan horlicks ikut korang nak letak banyak mana
– Susu segar
– Ais
Cara penyediaan:
a. Pukul sehingga kental
b. Setelah sebati masukkan di dalam gelas yang berisi susu segar dan ais
3. Dalgona Oreo
Bahan-bahan:
– 2 sudu serbuk Nescafe
– 2 sudu gula pasir
– 2 sudu air panas
– Susu segar
– Serbuk oreo
– Ais
Cara penyediaan:
a. Pukul sehingga kembang serbuk Nescafe, gula pasir dan air panas
b. Setelah itu masukkan bahan tadi di dalam gelas bersama susu segar yang dicampur serbuk oreo berserta ais.
4. Dalgona Mocha
Bahan-bahan:
– 1 sudu makan membukit Nescafe
– 1 sudu makan gula (boleh adjust suka)
– 1 sudu makan serbuk coklat atau milo
– Susu full cream
– Ais
Cara penyediaan:
a. Campurkan Nescafe, serbuk coklat dan gula bersama anggaran 2 sudu makan air panas sekadar untuk melarutkan
b. Putarkan sehingga kembang dan boleh la diletakkan ke dalam gelas yang sudah berisi ais bersama susu full cream
c. Siap. Boleh sprinkles serbuk coklat/milo/coklat chip sebagai hiasan
5. Dalgona Teh Susu
Bahan-bahan:
– 2 sudu serbuk teh
– 2 sudu gula pasir
– 2 sudu air panas
– Susu segar
– Ais
Cara penyediaan:
a. Pukul sehingga kembang serbuk teh, gula pasir dan air panas
b. Setelah bahan-bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais
6. Dalgona Coklat
Bahan-bahan:
– 2 sudu serbuk coklat
– 2 sudu krim
– 2 sudu gula pasir
– 2 sudu air panas
– Susu segar
– Serbuk oreo
– Ais
Cara penyediaan:
a. Pukul sehingga kembang serbuk koko, gula pasir dan air panas
b. Setelah itu masukkan krim untuk menjadikannya pekat dan sajikan bersama susu segar dan ais
Nampak sedap kan? Selamat mencuba!