Macam-macam cara ucapan Aidilfitri disampaikan oleh segenap pelusuk dunia dan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa tidak terkecuali mengucapkan salam hari raya dengan pertunjukan LED di bangunan yang tersergam indah itu.
Pihak berkuasa tempatan Dubai menggunakan pelbagai cara inovatif untuk merayakan dan memperingati Aidilfitri tahun ini di kala kebimbangan ancaman wabak COVID-19.
Menurut Gulf Today, pihak kerajaan Dubai mengawasi semua hotel di sana selama cuti Aidilfitri ini bagi memastikan rakyat mematuhi langkah-langkah keselamatan dan keamanan masyarakat dalam menangani pandemik COVID-19.
Awal bulan ini, Burj Khalifa bergabung dengan mercu tanda global lain dalam memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan yang bergelut memerangi penularan jangkitan koronavirus.
So guys, korang janganlah bersedih kalau tak dapat pulang ke kampung. Bukan kita sahaja yang terpaksa berkorban pada raya tahun ini, malah seluruh masyarakat dunia turut berjaga-jaga dalam memastikan wabak ini tidak berleluasa.
Semoga kita boleh berjumpa lagi pada Aidilfitri tahun hadapan dan dapat menyambutnya dengan lebih terbuka dan meriah.
InsyaAllah.
Selangor Alami Ledakan COVID-19, Hanya Dua Daerah Kuala Selangor & Sabak Bernam Zon Hijau
Jika semalam negara dikejutkan dengan seramai 260 kes positif COVID-19, hari ini berlaku ledakan lebih besar apabila 287 kes baharu dicatatkan. Sekaligus menjadikan sebanyak 1540 kes aktif di negara ini.
Sesuatu yang jelas lagi menakutkan, jumlah mereka yang positif COVID-19 semakin ramai sekaligus membimbangkan ramai orang akan berlaku peningkatan lebih banyak kes.
Dalam kenyataan terkini, KKM mengesahkan sudah wujud tiga kluster dari Selangor iaitu kluster Seri Anggerik sebanyak 14 kes, kluster Seri Setia 4 kes selain kluster Jalan Meru 9 kes.
Semalam Selangor merekodkan 13 kes tempatan baharu semalam menjadikan kes aktif keseluruhan di negeri itu berjumlah 66 kes. Jika ditambah hari ini menjadikan kes aktif COVID-19 di Selangor adalah sebanyak 80 orang.
Menerusi perkongsian Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) di laman web amirudinshari.com, daripada jumlah itu, 49 kes membabitkan individu yang mendapat jangkitan di negeri lain.
"Malaysia juga merekodkan sebanyak 260 kes baru pada hari ini (semalam) iaitu jumlah kedua tertinggi sejak Februari 2020.
"Warga Selangor perlu mengambil iktibar dari maklumat ini dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal serta kerap membasuh tangan," katanya.
Dalam pada itu, berdasarkan maklumat di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), 13 kes yang direkodkan semalam membabitkan tujuh kes daerah Petaling iaitu empat kes saringan pulang dari Sabah di Damansara, dua kes saringan pulang dari Sabah di Sungai Buloh serta satu kes saringan pulang dari Sabah di Petaling.
"Lima kes direkodkan di Klang (tiga kes saringan kontak rapat dan dua kes saringan pulang dari Sabah) serta satu kes di Sepang membabitkan satu kes saringan pulang dari Sabah di Dengkil," katanya.
Sehingga semalam, hanya dua daerah yang bersih daripada Covid-19 iaitu Kuala Selangor dan Sabak Bernam manakala tujuh daerah lain merekodkan kes aktif.
Klang mencatatkan kes aktif tertinggi iaitu 22 kes, Petaling (19), Hulu Langat (15), Hulu Selangor (6), Sepang (2) dan masing-masing satu kes aktif di Kuala Langat dan Gombak.
Sejumlah 2,284 kes COVID-19 direkodkan Selangor iaitu 2,007 adalah kes tempatan, 277 kes luar negara, manakala kematian pula mencatatkan 24 orang.
Stay safe, stay at home ya. Smber : Harian Metro
Komando Biasa Guna Peluru Hidup Dalam Latihan, Tapi Baju Kalis Peluru Tembus KES LUAR BIASA
Insiden seorang anggota tentera maut tertembak ketika mengadakan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu pagi tadi sememangnya amat menyedihkan.
Allahyarham pegawai GGK, Mejar Mohd Zahir Armaya disahkan meninggal dunia selepas baju kalis peluru dipakainya tembus selepas terkena tembakan dalam demonstasi yang diadakan.
Asalnya allahyarham yang berlakon sebagai pengganas dilihat rebah selepas beraksi ditembak oleh anggota tentera. Mangsa yang rebah kemudian diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan. Bagaimanapun, mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan mukanya berlumuran darah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Queen Elizebeth, Kota Kinabalu Sabah selepas insiden ini.
Ternyata insiden luar dari kebiasaan ini mendapat perhatian ramai pihak termasuk Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji yang mengulas insiden ini seperti dilaporkan oleh Harian Metro.
Menurut beliau, menjadi kelaziman pasukan komando Rejimen 11 Gerak Khas (GGK) menggunakan peluru hidup ketika latihan atau demonstrasi. Namun agak luar biasa vest kalis peluru boleh tembus sehingga insiden ini terjadi. Malah Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad meminta agar insiden ini disiasat.
Katanya lagi mengenai penggunaan peluru hidup, ia bertujuan untuk menyediakan anggota pasukan dengan situasi sebenar berperang selain membina kecekalan, keyakinan dan keberanian mereka sebelum memasuki medan peperangan sebenar.
Katanya, tiada situasi yang dibuat-buat apabila komando berlatih tetapi mereka sudah terlatih dan pakar untuk memastikan keselamatan setiap anggota dijaga.
“Akan buat betul-betul, memang nak bunyi tetapi setiap tembakan yang dilepaskan akan dipastikan selamat dan menuju kepada baju kalis peluru yang dipakai, bukan tembak di kepala,” katanya hari ini.
Beliau mengulas insiden tertembak membabitkan pegawai GGK, Mejar Mohd Zahir Armaya sebelum disahkan meninggal dunia ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu pagi tadi.
Mangsa adalah anak pelakon popular, A R Badul.
Demonstrasi yang dipersembahkan beliau bermula 8.30 pagi dan kumpulan demonstrasi itu adalah persembahan ketiga yang dilakukan.
Dalam pada itu, Mohamed Arshad mahu siasatan dilakukan dengan terperinci kerana hairan bagaimana peluru itu boleh menembusi baju kalis peluru yang dipakai mangsa.
“Siasatan mesti dijalankan, macam mana ‘vest’ kalis perlu boleh tembus dan bocor. Semua mesti disiasat termasuk semua baju kalis peluru yang ada dalam tentera. Saya rasa sesuatu tak kena sebab tembak di badan sepatutnya tak bocor,” katanya.
AR Badul redha
“SAYA reda dan terima ujian Allah ini,” kata pelawak dan pelakon veteran, AR Badul, 70, bapa kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, yang meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie ketika dihubungi berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu sekitar jam 11 pagi hari ini.
“Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi. Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan,” katanya.
Badul berkata, dia faham dengan tugas anggota komando yang berdepan risiko nyawa tetapi insiden kematian Mohd Zahir terjadi ketika dia sedang menjalani latihan.
Badul memiliki enam anak dan Mohd Zahir adalah anak sulung daripada dua beradik hasil perkahwinan dengan isteri ketiganya yang berasal dari Sabah.
Mohd Zahir meninggalkan seorang balu dan seorang anak termasuk dua anak daripada perkahwinan terdahulunya. Sumber : HARIAN METRO
Chatime Tawar Potongan Harga 50% Untuk Perempuan Bermula Hari Ini
Jika minggu lalu ramai yang menyerbu restoran makanan segera KFC untuk mendapatkan ‘harga runtuh’ snack plate, kali ini giliran Chatime pula menawarkan harga berbaloi, tetapi khusus buat golongan wanita sahaja.
Bermula hari ini (24 Februari) sehingga 26 Februari 2020, pelanggan wanita mendapat keistimewaan membeli minuman Chatime dengan potongan harga sebanyak 50 peratus.
Tapi ia hanya sah bermula jam 3 hingga 5 petang sahaja. Promosi ini tidak termasuk pembelian kopi dan smootea, serta topping akan dikenakan caj berasingan.
Hm, okay la tu kan. Sekurang-kurangnya jimat juga kalau dapat beli dengan harga selepas potongan 50 peratus.
So, apa lagi guys jom minum petang di Chatime. Hiks!
Sumber: Chatime Malaysia