Macam-macam cara ucapan Aidilfitri disampaikan oleh segenap pelusuk dunia dan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa tidak terkecuali mengucapkan salam hari raya dengan pertunjukan LED di bangunan yang tersergam indah itu.
Pihak berkuasa tempatan Dubai menggunakan pelbagai cara inovatif untuk merayakan dan memperingati Aidilfitri tahun ini di kala kebimbangan ancaman wabak COVID-19.
Menurut Gulf Today, pihak kerajaan Dubai mengawasi semua hotel di sana selama cuti Aidilfitri ini bagi memastikan rakyat mematuhi langkah-langkah keselamatan dan keamanan masyarakat dalam menangani pandemik COVID-19.
Awal bulan ini, Burj Khalifa bergabung dengan mercu tanda global lain dalam memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan yang bergelut memerangi penularan jangkitan koronavirus.
So guys, korang janganlah bersedih kalau tak dapat pulang ke kampung. Bukan kita sahaja yang terpaksa berkorban pada raya tahun ini, malah seluruh masyarakat dunia turut berjaga-jaga dalam memastikan wabak ini tidak berleluasa.
Semoga kita boleh berjumpa lagi pada Aidilfitri tahun hadapan dan dapat menyambutnya dengan lebih terbuka dan meriah.
InsyaAllah.