Burung Ini Diberi Penghormatan Bagaikan Permaisuri, Upacara Pengebumian Diadakan Secara Meriah.

Share

Setiap negara memiliki simbolnya yang tersendiri, jika Malaysia kita bangga dengan Harimau Belang yang menjadi simbol rasmi negara. Begitu juga dengan New Zealand, mereka begitu menyanjung tinggi Burung Kiwi yang merupakan simbol negara kepulauan itu. Sebagai haiwan asli New Zealand ia merupakan spesies yang dilindungi.

Terbaru kematian burung Kiwi berwarna putih bernama Manukura telah ditangisi oleh ramai pihak terutama sekali penjaga yang menjaga haiwan tersebut sejak sembilan tahun lalu. Manukura merupakan burung Kiwi berwarna putih pertama yang menetas di dalam kurungan di Pusat Haiwan Liar Kebangsaan Pukaha yang terletak di daerah Wairarapa.

Manukura dijaga rapi sepanjang hidup.

.

Mencapai status sebagai haiwan selebriti ketika lahir. Kisah Manukura sebagai kiwi berbulu putih telah menjadi inspirasi kepada banyak buku cerita kanak-kanak dan juga permainan. Menurut laporan pegawai kesihatan di pusat haiwan liar tersebut, kematian Manukura disebabkan oleh telur tidak subur yang tersekat di dalam badan haiwan tersebut.


.

Ketika upacara pengebumian dilakukan, abu Manukura telah diarak oleh pengawal kehormat melalui kawasan hutan menuju ke lokasi rehat yang abadi. Dalam temubual oleh portal Star News, menurut penjaga Manukura dan juga renjer Kiwi, Jess Flamy menahan sebak apabila berbicara tentang burung istimewa ini.

Patung Manukura yang popular.

.

“Sesetengah orang mesti tidak faham kenapa kami menangis dan melakukan upacara. Manukura bukan lah burung biasa, ia lebih dari seekor Kiwi. Ia memiliki personaliti yang unik bukan kerana bulu yang putih tetapi kerana karakternya yang bersahaja. Ia merupakan kawan dan sumber kegembiraan bagi saya.”

Sumber gambar: Facebook Manukura Little White Kiwi

Published by
Fiezreen