Program realiti, The Masked Singer Malaysia musim ke-4 akhirnya melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan Bunga Matahari ataupun penyanyi di sebalik kostum tersebut, Stacy sebagai juara dengan markah keseluruhan sebanyak 80.91%.
Di sebalik keghairahan penonton untuk menantikan siapakah identiti Bunga Matahari selama ini, ramai juga teruja menantikan kemunculan istimewa tiga bekas juara The Masked Singer Malaysia terdahulu iaitu Aina Abdul (musim pertama), Shila Amzah (musim kedua) dan Ayda Jebat (musim ketiga).
Menariknya, Aina dan Shila muncul sebagai duo di atas pentas semalam dengan memakai busana tribute kepada kostum masing-masing ketika bertanding satu ketika dahulu.
Aina umpamanya memilih busana rekaan Hasz Hishaam yang mempunyai siluet menyerupai Bunga Raya menyala manakala Shila yang kini berbadan dua juga memilih rona merah sebagai tribute kepada kostum buah Rambutan yang pernah digayakan dahulu.
Haszhishaam ketika dihubungi REMAJA telah berkongsi beberapa fakta menarik di sebalik pembikinan busana Aina Abdul itu.
Kata pereka duo yang terdiri daripada Hasz Moza dan Hishaam Shamsul, busana ‘Bunga Raya’ tersebut hanya memakan masa tiga hari untuk disiapkan dengan kerjasama ketua penata gaya Aina, Abu Shaef Hamza.
Ads
“Abu mewakili pasukan Aina telah mengetengahkan idea busana berkonsepkan Bunga Raya memandangkan itu adalah karakter Aina ketika bertanding. Selebihnya, kami yang menentukan rekaan agar busana Bunga Raya kali ini tidak terarah kepada bentuk kostum tetapi lebih ke arah busana yang vogue.
“Kami sebenarnya telah ‘dirisik’ lebih awal. Cuuma memandangkan Hishaam tiada selama beberapa minggu, proses pembikinannya hanya bermula pada minggu lalu dan kami ambil masa tiga hari untuk siapkan,” ujar mereka.
“How big can we go? Itulah yang ditanya oleh penata gaya. Jadi kami pun membentuknya sebesar semalam..” – Hasz hishaam
Biarpun penonton melihat busana Aina semalam kelihatan dempak dan mungkin sukar untuk diangkut naik ke atas pentas, hakikatnya ia tidak seberat yang disangka.
“Reliving my alter ego, Bunga Raya” catat Aina Abdul.
Titip Hasz Hishaam, struktur kelopak Bunga Raya terbabit dirangka menggunakan dawai dan berat keseluruhan busana hanyalah kira-kira 15 kilogram sahaja. Ia dibantu dengan penggunaan jenis fabrik lightweight agar Aina selesa beraksi di atas pentas.
Bagi korang yang baru mengenali gerangan pereka duo ini, mereka terlebih dahulu melakukan pertunjukan debut bersempena acara KL Fashion Week pada tahun lalu bertemakan warna-warna alam: hijau, kuning dan jingga hangat. Ia juga menampilkan sejenis lagi bunga iaitu Bunga Matahari sebagai komponen utamanya.
Ditebak sama ada bunga bakal menjadi identiti Hasz Hishaam selepas ini, baik Hasz mahupun Hishaam tidak menolak perkara tersebut.
“Bagi kami, bunga juga adalah sebentuk straightforward statement, mudah difahami dan boleh diterima oleh pemerhati serta sang pemakai.
“Sekiranya ada yang merasakan elemen bunga sebagai ‘costume-y‘, kami tidak boleh menutup mulut mereka. Itu bergantung kepada preference masing-masing.
Ads
“Sama seperti pemakaian warna-warna terang dan neon yang tidak boleh diterima oleh semua orang, begitu jugalah busana bertemakan bunga-bungaan yang pernah kami siapkan. Tidak semua orang berani untuk memakainya.
“Tapi apa yang pasti, mereka yang berani memakainya adalah insan yang paling secure dengan identiti dirinya sendiri,” simpul pereka muda itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila menjelang Syawal, masing-masing sibuk mencari baju raya untuk mereka gayakan di pagi lebaran nanti. Tidak dinafikan, kita kini berada di musim pandemik Covid-19. Namun, raya tetap raya kan. Ada puluhan design baru baju raya pada setiap tahun, namun ia masih tidak mampu untuk mengalahkan rekaan tradisional turun-menurun dari nenek moyang kita dulu iaitu baju melayu lengkap samping buat lelaki.
Malah tidak dinafikan kebanyakkan gadis memang suka lihat lelaki berbaju melayu dan bersamping. Tapi, penulis pasti mesti ramai yang tak reti mengikat samping ni kan. Yelah bukan hari-hari kita nak pakai samping ni. Memang kekok dibuatnya.
Dengan video tutorial pakai sampin 15 saat ini, mungkin masalah pagi raya korang dapat diselesaikan. Video yang diunggah oleh akaun TikTok @shnllhrn ini mendapat 356.5 ribu tontonan dan lebih 14 ribu sukaan setakat ini.
Untuk mengetahui cara pakai sampin 15 saat tanpa bantuan orang lain, mari kita ikuti video di bawah.
Malah pereka fesyen, Shanell Harun turut berkongsi sejarah tentang samping ini.
Untuk info, gaya samping ini diikat juga mempunyai makna dan berlainan mengikut daerah. Samping atau kain dagang ialah sejenis kain sarung yang dipakai selepas dipakai seluar (pada pakaian Melayu) dan biasanya dari pinggang hingga ke paras lutut sahaja. Ia biasanya dibuat daripada fabrik songket.
Bagi peminat setia drama Korea, pastinya korang tertunggu-tunggu drama terbaru yang bakal bersiaran nanti.
Seperti yang dikongsikan oleh Kakimuvee, untuk tayangan April terdapat beberapa drama Korea yang korang boleh tonton sepanjang bulan ini.
1. My Fellow Citizens (KBS2)
Tarikh tayangan: 1 April
Yang Jung-Kook (Choi Si-Won) adalah seorang penipu yang hebat dan tidak pernah ditangkap oleh polis. Pada suatu hari, teman wanitanya tiba-tiba lari dengan wang yang akan digunakan untuk perkahwinan mereka. Yang Jung-Kook sangat kecewa dan ketika dia keluar untuk minum dia bertemu Kim Mi-Young (Lee Yoo-Young).
Kim Mi-Young sebenarnya seorang detektif. Yang Jung-Kook memberitahu Kim Mi-Young bahawa dia menjalankan perniagaan dan Kim Mi-Young memberitahu bahawa dia bekerja untuk sebuah syarikat kecil.
Mereka mencari keselesaan antara satu sama lain dan menjalinkan hubungan. Namun, di hari perkahwinan mereka, Kim Mi-Young mendedahkan kepada Yang Jung-Kook bahawa dia sebenarnya seorang detektif.
2. Beautiful World (JTBC)
Tarikh tayangan: 5 April
Park Moo-Jin (Park Hee-Soon) dan Kang In-Ha (Choo Ja-Hyun) adalah pasangan suami isteri. Park Moo-Jin bekerja sebagai guru sekolah menengah dan Kang In-Ha menguruskan kedai roti. Kehidupan mereka sekeluarga bertukar menjadi buruk apabila anak mereka, yang berada di kelas tiga sekolah menengah, cedera parah akibat dibuli. Park Moo-Jin dan Kang In-Ha cuba untuk mendedahkan kebenaran.
Berlainan pula dengan keluarga Oh Jin-Pyo (Oh Man Seok) dan Seo Eun-Joo (Cho Yeo-Jeong) yang berasal daripada keluarga kaya. Oh Jin-Pyo adalah pengerusi yayasan sekolah swasta yang diwarisi dari keluarganya dan hidup mereka tidak pernah mempunyai apa-apa kekurangan. Mereka mempunyai anak yang membuat masalah, namun selalu menutupi kelakuan anaknya yang salah.
3. Special Labour Inspector Jo (MBC)
Tarikh tayangan: 8 April
Jo Jin Gap, seorang lelaki yang pernah menjadi ahli pasukan judo kebangsaan, dan impiannya menjadi seorang guru pendidikan jasmani terkubur apabila dia dibuang kerana panas barannya. Jin Gap kemudian menjadi penjawat awam yang mengutamakan keselamatan, dan bekerja sebagai inspektor buruh untuk Kementerian Pekerjaan dan Buruh.
4. I Hate Going To Work (KBS2)
Tarikh tayangan: 9 April
Drama yang berkisahkan tentang orang-orang yang tidak mahu pergi bekerja. Kang Baek-Ho (Kim Dong-Wan) dinaikkan pangkat dengan cepat kerana dia seorang saja yang workaholic, manakala Kang Baek-Ho dipindahkan ke department marketing dan menjadi ketua projek untuk menentukan nasib jabatan tersebut.
5. Her Private Life
Tarikh tayangan: 10 April
Drama ini mengisahkan tentang Sung Deok Mi (Park Min Young) yang merupakan die hard fans seorang ahli kumpulan idol dan secara rahsia telah mengelolakan website artis kesayangannya itu. Ryan (Kim Jae Wook) merupakan pengarah galeri seni dimana tempat Sung Deok Mi bekerja dan dia juga pernah menjadi seorang pelukis terkenal tetapi telah memutuskan untuk tidak meneruskan kerjaya itu.
Ryan menaruh hati pada Sung Deok Mi dan suatu hari, Ryan sudah mengetahui bahawa Sung Deok Mi merupakan peminat setia Shi An dan mengelola website artis tersebut. Secara tak langsung membuatkan Ryan tak sengaja untuk memasuki dunia penggemar idol Kpop.
6. My First First Love (Netflix)
Tarikh tayangan: 18 April
Drama ini mengisahkan tentang lima orang anak muda yang dalam satu pertemuan dengan konsep first love. Disebabkan pelbagai sebab peribadi, sekumpulan rakan Yoon Tae-oh berpindah ke rumahnya, di mana mereka mendapat pengalaman bercinta, persahabatan, dan segala-galanya di antara mereka.
7. Mung Bean Flower (SBS)
Tarikh tayangan: 26 April
Berlatarkan zaman Revolusi Petani Donghak sekitar tahun 1894-1895, dua adik beradik berlainan ibu berjuang melawan pihak bertentangan dengan pemberontakan ini
Baek Yi Kang (Jo Jung Sook) adalah anak pertama dari keluarga berpengaruh. Ayahnya kaya dan terkenal sebagai pegawai kerajaan tempatan. Tetapi, ibu Yi Kang dari kelas bawahan. Kerana kelas sosial ibunya yang rendah, orang memandang rendah terhadap Baek Yi Kang.
Apa lagi guys, yang mana peminat setia K-Drama tu mesti dah tazabarrr nak tengok.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anugerah MeleTOP ERA 2020 sedang hangat berlangsung as . we . speak!
Selain daripada persembahan menarik dan perasaan berdebar menantikan siapakah yang akan membawa pulang kategori utama Top Top MeleTOP pada malam ini, seperti biasa REMAJA tertarik melihat gaya yang pelbagai daripada para selebriti yang hadir di karpet merah AME 2020.
Ini merupakan 10 gaya yang pada hemat kami merupakan antara yang paling mencuri tumpuan dan tentunya epik, selari dengan tema AME 2020 kali ini.
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tampil dengan imej berhijab.
Menerusi...