Busted Musim 2 – Kenapa Kwang Soo Tiada & Apa Komen Park Min Young Tentang Lee Seung Gi?

Share

 

 

Sekitar September tahun ini, ada ura-ura yang mengatakan pelakon Korea, Lee Kwang Soo (ya, ahli Running Man juga) akan meninggalkan rancangan Variety terbaru Netflix, Busted!

 

Khamis lalu, saya sempat duduk bersama dengan direktor Jang Hyuk Jae dan pelakon, Park Min Young sempena acara media – Netflix See What’s Next : Asia. Mereka akhirnya mengumumkan secara rasmi yang Kwang Soo tidak akan menyertai musim kedua.

Bagaimanapun, tempatnya itu akan diganti oleh seorang lagi pelakon lelaki, Lee Seung Gi!

Kongsi Hyuk Jae, “Buat masa ini, kami baru saja selesai dengan rakaman episod pertama Busted! musim kedua. Dan seperti yang saya jangkakan, Seung Gi ‘cepat masuk’ dengan member

sedia ada dan mudah menangkap konsep rancangan ini.

“Saya sudah menjangkakannya kerana Seungi Gi pernah terlibat dengan rancangan variety lain seperti X-Men sebelum ini,” kata pengarah itu.

Min Young sempat mengejek, “Mungkin Seung Gi mempunyai personaliti careless juga seperti Kwang Soo (senyum) tetapi dia adalah perfect untuk memenuhi tempat kosong itu. Dia banyak bercakap, interactive dan mempunyai fizikal yang bagus untuk lakukan misi yang diberi.

“Pada mulanya, saya cuba untuk meneka siapa member terbaru kami. Tetapi semua tekaan saya salah. Saya juga excited dengan kehadiran Seung Gi kerana jarak usia di antara kami tidak terlalu jauh, berbanding dengan member lain.”

Bagi korang yang tak tahu, Min Young yang telah menceburi bidang lakonan lebih sedekad lalu berusia 32 tahun, berbanding Seung Gi yang berusia 31 tahun.

*****

 

Saya bertanya pula, apa yang paling dirindui mereka selepas pemergian Kwang Soo..?

“Dia telah melakukan yang terbaik semasa musim pertama dan menjadikan barisan member rancangan ini dinamik. Dia merupakan antara selebriti yang boleh melakukan tugasan di dalam variety show dan pada masa yang sama, menjadi dirinya yang unik.

“Siapa tahu, mungkin dia akan kembali pada musim ketiga..,” kata Hyuk Jae.

Busted! musim pertama merupakan antara rancangan variety paling popular di kalangan penonton online di Malaysia. Walaupun baru, ia telah mencatatkan rating 8.1 / 10 di carta iMDb Malaysia!

Wow, that is good news! Mungkin kerana sebahagian kami berasal daripada produksi Running Man yang cukup popular di Asia Tenggara. Mereka mudah menerima Busted! kerana ia mempunyai sedikit kesamaan dengan Running Man,” kata Hyuk Jae lagi

“Saya juga rasakan kolaborasi kami bersama Netflix di 190 buah negara menjadikan ia mudah ditonton.”

Min Young turut menggambarkan rasa excited dengan rating tersebut dan berkata, “Penonton di Malaysia mempunyai taste yang bagus. (Ketawa) Kami akan cuba lakukan dengan baik lagi, sehingga rating 8.1 untuk meningkat ke angka 9.

*****

 

Antara kelainan yang cuba dibawa pada musim kedua ini adalah jalan cerita serta mission-nya yang lebih dekat dengan realiti sebenarnya. Member Busted! juga menurut mereka kini lebih cekap untuk menyelesaikan misi.

“Walaupun kami tak diberikan apa-apa info semasa tiba di lokasi, kami berjaya untuk survive. Saya sendiri telah banyak menonton rancangan variety Korea untuk melihat bagaimana selebriti menyelesaikan misi yang diberi. They are genius, I tell you,” komen Min Young.

Haihh, mereka ni buatkan saya tak sabar nak nantikan musim kedua Busted!

 

Published by
FZ