Sebut saja mengenai jenama LILIT., ramai yang mudah membayangkan koleksi pakaian dan aksesorinya kontemporari yang mudah untuk digayakan oleh fesyenista hijabi yang mementingkan gaya serta pemakaian sopan.
Masuk saja laman web dan butiknya, mata terus jadi rambang untuk memilih yang masa satu untuk dibawa ke rumah dan digayakan pada hari keesokan. Cuma bila sudah terlalu popular dan diminati ramai, kami ada mengalami sedikit kesukaran untuk mendapatkan pakaian atau aksesori yang menjadi rebutan ramai pembeli setia LILIT.
Jangan risau, kongsi team LILIT. mereka akan mempercepatkan penyediaan stok bagi koleksi tular yang mudah ‘sold-out’ dari semasa ke semasa agar korang tidaklah ‘terkilan’ untuk mendapatkannya. Pada waktu yang sama, kini mereka baru saja membuka butik LILIT. ketiga di Malaysia agar pembeli di tengah ibu negara lebih mudah untuk mendapatkan apa saja yang korang hajati daripada LILIT.
Ads
Butik yang bertempat di Bangsar Villang II ini berkeluasan 1,960 kaki persegi dan memperlihatkan barangan asas seperti pakaian dalam, pelbagai jenis pakaian, skaf hijab, aksesori dan juga koleksi kolaborasi khas LILIT. bersama personaliti mahupun jenama lain. Paling terbaru, mereka ada menyediakan koleksi LILIT. x Mira Filzah dan tidak lama lagi, koleksi LILIT. x Fizi Woo pula akan menyusul di butik ini.
Ads
Lebih menarik apabila LILIT. turut menyediakan sesuatu yang menarik bagi ibu mengandung dan hijabi yang sedang mencari pakaian athleisure dan pakaian renang yang ‘modest’ serta membuatkan pemakainya selesa bergiat aktif (dan terasa fashionable) biarpun menutup bahagian tubuh.
Oleh itu, bagi mereka yang tidak sempat untuk membeli menerusi laman web LILIT., korang kini mempunyai alternatif untuk ke butik mereka di Bangsar Village II ini.
Ads
Jangan lupa untuk mengambil foto OOTD #instaworthy di sekitar butik terutamanya di bahagian bilik persalinannya tau! Selain itu, team LILIT. turut berkongsi berita gembira apabila aplikasi khas LILIT. bakal dilancarkan tidak lama lagi!
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika korang perhatikan kepada stail yang digemari oleh lelaki muda zaman sekarang, ada satu perkara yang diidamkan semua lelaki.
MISAI dan JAMBANG.
Sama ada korang suka atau tidak, di Malaysia, trend berjambang ini sedikit sebanyak bertitik-tolak daripada ‘pelopor’ gaya tersebut iaitu influencer dan pelakon, Wak Doyok. Tetapi kalau difikirkan balik, Wak Doyok pun terpengaruh dengan gaya pelakon, A. Galak dari siri televisyen Gerak Khas. Hehe.
Tak kisahlah siapa yang berjambang terlebih dahulu, apa yang penting adalah sepanjang bulan November ini, lebih ramai selebriti dan lelaki secara amnya yang membela misai dan jambang. Berapa kali korang suruh lelaki cukur, mereka tak nak juga cukur! Kenapa eh?
Ini kerana November ada bulan istimewa untuk para lelaki seluruh dunia menyambut, or rather, memperingati kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka. Dan untuk menunjukkan tanda sokongan, lelaki membiarkan saja misai dan jambang tanpa bercukur.
============================
Untuk pengetahuan, seramai 12 orang lelaki mengambil tindakan untuk membunuh diri sendiri pada setiap hari di UK. Di Malaysia pula, 65 peratus daripada kes bunuh diri melibatkan lelaki berbanding perempuan. (sumber: Persatuan Psiakiatri Malaysia, MPA)
Oleh itu, apabila kita bercakap mengenai kesihatan lelaki, it is more than just your physical strength. Kesihatan juga melibatkan sudut mentaliti.
REMAJA ambil kesempatan untuk berbual dengan 5 lelaki secara random dan bertanyakan, apa yang mereka faham mengenai Movember dan kenapa ia penting untuk mereka.
Kesemua identiti lelaki ini, walau bagaimanapun terpaksa disembunyikan kerana mereka rasa diri masing-masing sudah cukup popular.
LOLS, nah. Mereka hanya tidak mahu gambar sendiri dipaparkan.
AMY, 21
“Baru-baru ini, saya terbaca tentang statistik kes bunuh diri dan golongan yang paling kerap terlibat adalah lelaki dari umur 20 sehingga 49 tahun. Of course, saya terkejut kerana ia melibatkan lelaki lain yang berumur sebaya dengan saya.
“Lelaki ni sifatnya selalunya memendamkan perasaan sedih kerana kami malu untuk mendapatkan bantuan. Sesetengah lelaki juga beranggapan doktor mahupun pakar psikiatri akan judge pesakit mereka, behind our backs.
“Sebab itulah saya rasa Movember ini penting kerana lelaki perlu berani untuk mengenepikan fikiran negatif dan mendapatkan bantuan sebelum terlambat.”
RIDHWAN, 20
“Setahu saya, Movember ini ada kena mengena tentang kanser prostat. Kan?”
(REMAJA jelaskan bahawa Movember melibatkan kesedaran fizikal dan mental lelaki).
“Oh, okay itu saya tak tahu. Saya ingatkan ia sama seperti bulan kesedaran kanser payudara Oktober lepas.
(Apa yang you tahu tentang kanser prostat?)
“Saya pernah terbaca tentang kempen memberi kesedaran tentang kanser prostat sempena Movember.
“Artikel itu menjelaskan bahawa kanser prostat adalah kanser paling common di kalangan lelaki. Apabila melihat graf statistik, saya rasakan saya perlu join movement seperti Movember dengan membela misai saya. Tak adalah lebat mana pun (ketawa) tapi saya post-kan gambar selfie di Instagram dengan caption kesedaran kanser prostat.”
KHAIRI, 19
“Saya masih terkesan dengan pemergian jiran saya yang meninggal dunia pada tahun lepas walaupun arwah setahun lebih muda daripada saya. Pada waktu itu, dia baru selesai mengambil peperiksaan SPM dan siapa sangka, dia mengambil keputusan untuk ‘mencabut nyawa sendiri’ walaupun saya lihat dia okay je di sekolah.
“Selepas kes disiasat, barulah saya tahu sepanjang berada di dalam rumah, dia tidak gembira dengan hidupnya akibat penderaan mental berkala. Saya masih lagi terkesan dengan kes ini.”
DANIAL, 25
“Movember sepatutnya berlaku pada setiap bulan dan bukan hanya sepanjang November saja kerana lelaki mudah lupa. Atau buat-buat lupa (ketawa).
“Anyway, beberapa tahun kebelakangan ini, ramai selebriti lelaki yang membunuh diri. Chester Bennington, Robin Williams, Alexander McQueen (pereka fesyen) dan ramai lagi. Itu baru selebriti, bagaimana pula dengan kes orang biasa seperti kita yang tidak dihebahkan?
“Itu menunjukkan masalah depression di kalangan lelaki adalah serius dan saya menyokong Movember atas sebab itu.”
JULES, 22
“Saya hampir kehilangan seorang uncle kerana dia sengaja melambat-lambatkan proses rawatan. Kami sendiri pun tidak sedar dia telah didiagnos dengan simptom paru-paru berair. Alasannya, dia tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya dengan masalah yang dihadapi.
“We have to put a stop on this, guys. Walaupun dia memberi alasan masalah kewangan dan tak nak susahkan anak tunggalnya, saya merasakan uncle saya enggan memberitahu kerana ego sebagai seorang lelaki. Movember memberi peluang untuk lelaki-lelaki ‘dengan ego tinggi’ ini untuk melihat, bukan mereka saja yang menghadapi masalah kesihatan. Lelaki lain pun ada masalah kesihatan juga. Bezanya, they seek for medical help.”
============================
So, sekarang korang tahu bahawa Movember bukan semata-mata bulan untuk membela misai dan jambang. Seperti hubung kait kempen kesedaran payudara dan riben merah jambu, membela misai serta jambang hanyalah budaya simbolik untuk menyokong kempen kesedaran untuk lelaki ini.
Jika korang menghadapi sebarang masalah atau mengenali sesiapa yang mempunyai masalah fizikal mahupun mental, usah sesekali menunggu bantuan untuk tiba. Bangun dan minta bantuan keluarga serta kenalan rapat untuk ke hospital dan pusat kaunseling. Lawati laman web Malaysian Mental Health Association untuk makluman direktori lanjut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemenangan R’Bonney Gabriel sebagai Miss Universe 2022 pada 14 Januari 2023 yang lalu mencipta fenomena apabila dia menjadi wakil kesembilan Amerika Syarikat yang berjaya memegang gelaran berprestij tersebut.
Pemilihannya juga dilihat tepat dengan visi baharu organisasi Miss Universe yang mahukan seorang pemenang yang memiliki persona sebagai seorang transformational leaders. Sebagai seorang pereka fesyen, wanita berusia 28 tahun itu telah melakukan inisiatif dalam dunia fesyen agar menjadi lebih mapan dan memberi impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar menerusi jenama fesyennya sendiri.
Kini setelah hampir dua minggu bergelar Miss Universe, R’Bonney telah melepaskan jawatannya sebagai Miss USA yang dimenangi pada Oktober tahun lalu. Perkara ini bukanlah satu perkara asing, ia sudah menjadi tradisi di organisasi Miss USA sejak dahulu lagi.
Jika pemenang yang mewakili Amerika Syarikat di pertandingan Miss Universe berjaya bergelar pemenang, takhta Miss USA akan diberikan kepada naib juara. Ini bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang oleh organisasi Miss USA tetap dapat dijalankan setelah pemenang sebelumnya bakal sibuk dengan organisasi Miss Universe dan akan mengembara serata dunia.
Gadis bertuah kini bergelar Miss USA 2022 yang baharu ialah Morgan Romano. Gadis berusia 24 tahun yang merupakan seorang jurutera kimia ini dimahkotakan oleh R’Bonney ketika pertandingan pusingan awal Miss Alabama USA dan Miss Teen Alabama USA 2023.
Cantik menggayakan gaun merah menyala, Morgan dilihat terseyum riang dengan mahkota yang baharu sahaja diterimanya. Bukan calang-calang, sebagai seorang jurutera kimia, dia menjalankan aktiviti memperkasakan nilai cinta kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan kanak-kanak.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Morgan menulis, “Hati ini penuh kesyukuran. Saya milik anda, USA.” Hantaran tersebut mendapat reaksi positif daripada pencinta ratu cantik dan masing-masing meninggalkan mesej mengucapkan tahniah kepadanya.
Sedikit latar belakang mengenai Miss USA 2022 yang baharu ini, Morgan ialah alumni University of South Carolina yang mana dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Kimia pada tahun 2020. Selain bergelar Miss USA, dia juga memiliki kerjaya sebagai Jututera Aplikasi di di R.E. Mason di Charlotte, North Carolina.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...