Butik Levi’s® KLCC Sedia Khidmat ‘Tailor Shop’ Untuk Customize Pakaian Ikut Kreativiti

Share

 

Dalam banyak-banyak cawangan butik jenama Levi’s® di Malaysia, REMAJA berpendapat cawangan yang terletak di aras 3, Suria KLCC merupakan antara yang paling ikonik dan diingati oleh peminat jenama yang sinonim dengan pakaian denim ini.

Terbaru, Levi’s® KLCC tampil lebih segar, original, ceria dan semestinya luas dengan konsep butik INDIGO yang direka khas demi pengunjung remajanya yang setia ke sini saban bulan. REMAJA baru-baru ini berpelung untuk menjejakkan kaki ke sini untuk merasai sendiri pengalaman di butik berkeluasan 203 meter persegi ini.

Kongsi wakil Levi’s® sewaktu kunjungan kami tempoh hari, konsep butik INDIGO ini adalah yang pertama seakannya di Malaysia dan direka agar ia konsisten dengan konsep cawangan global Levi’s® di negara lain. Satu perkara yang dapat penulis tangkap dengan pantas adalah pintu masuk terbarunya yang kini menampilkan skrin LED Gergasi sejak menaiki eskalator pusat membeli-belah ini.

Ruang dalamannya juga lebih terbuka dengan mendapatkan visual yang lebih luas dan menyenangkan pengunjung. Tiada rasa klaustrophobia langsung biarpun Levi’s® KLCC menawarkan pelbagai jenis pakaian serta aksesori di segenap ruang butik. Kalau korang perasan, tiada perbezaan di antara ruang untuk pakaian lelaki dan wanita di sini.

Hi Chubb-E!

Malah, ruang persalinan bajunya juga tidak menggunakan konsep perbezaan jantina. Ini kerana Levi’s® percaya akan konsep universal di mana baik lelaki mahupun perempuan boleh memilih mana-mana barangan yang mereka suka serta bersesuaian dengan diri sendiri.

Setiap sudut bagaimanapun dibahagikan mengikut kategori koleksi pakaian dari pilihan santai hinggalah pilihan premium seperti di sudut Koleksi Vintaj Levi’s® dan Koleksi Levi’s® Made & Crafted. Mudahlah untuk korang terus menuju ke sudut tertentu.

Bercakap mengenai ruang persalinan, ia memang luas dan tidak langsung sama seperti cawangan-cawangan Levi’s® lain di Malaysia. Ini berikutan pemandangan taman KLCC yang dihidangkan kepada pengunjung sewaktu mereka melihat refleksi diri sendiri dalam persalinan Levi’s® di cermin.

(Dari Kiri) : Bay Doucet, Yonnyboii dan Zhen Ning yang sedang mencuba pakaian di kawasan persalinannya.

Sharifah Areeqa menunjukkan betapa luasnya bilik persalinannya. Jangan lupa OOTD banyak-banyak di dalam ini!

Lagipun, ia luas bagi korang yang selalu gian merakam video serta foto demi muat naik di TikTok dan Instagram. Korang nak catwalk di sini pun boleh, nobody will judge you!

 

Levi’s® Tailor Shop

Paling menarik pada pendapat REMAJA tentulah terletak pada Levi’s® Tailor Shop yang terletak di tengah-tengah butik.

Tailor Shop ini menyediakan perkhidmatan sepenuhnya kepada pengunjung Levi’s® yang ingin mengubah suai pakaian berjenama Levi’s® mereka. Bawa sajalah pakaian Levi’s® korang sama ada jaket, seluar denim, baju T, skirt atau lebih mudah lagi, beli sahaja yang baru di butik Levi’s® KLCC ini.

Kemudian, korang boleh mendapatkan servis menjahit, mengolah, meletakkan patch, pinned batch, butang berwarna, jenis-jenis sulaman dan bermacam lagi cara untuk menjadikan pakaian Levi’s® korang one of a kind!

Sean LJE pun tak lepaskan peluang customize jaket baharunya di sudut Tailor Shop ini.
Jenis patch yang boleh meletakkan nama sendiri, seperti yang dipilih oleh Seri Mizani ini.

Turut disediakan di ruang Levi’s® Tailor Shop ini adalah bar cetakan digital pertama di Malaysia. Di sini, korang boleh memilih rekaan grafik eksklusif Levi’s® untuk dicetak pada baju T berona hitam, putih dan kelabu yang ada disediakan di sini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ