Bibir anggota badan yang paling penting. Korang setuju tak kalau penulis cakap bentuk, kondisi dan warna bibir akan memberi tanggapan kepada orang lain yang melihat kita?Kira macam first impression la.

‘Bye Bibir Kering’, IrisA Cosmetics Perkenal 5 Lips Matte Dengan Warna ‘Wow’ & Kelembapan 24 jam

Baru mengecapi usia setahun, jenama kecantikan tempatan IrisA Cosmetics melangkah setapak lagi dengan penghasilan produk ke-empat 5 pewarna bibir terkini, khusus buat si gadis muda dan wanita moden bergaya.

Di formulasi jauh dari Itali,  kandungan tekstur gincu bibir IrisA Cosmetics serasi dengan kulit bibir dan mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti cocoa butter dan minyak bungaan yang pasti memberikan kesan kelembapan dan matte di bibir si pemakai.

Kelembapan 24 Jam

Jenama diasaskan oleh dua beradik, Iman, 18 dan Irisa, 16, itu menawarkan lima pigmen rona yang mampu memberikan kelembapan selama 24 jam menerusi produk keempatnya.

‘Bye Bibir Kering’, IrisA Cosmetics Perkenal 5 Lips Matte Dengan Warna ‘Wow’ & Kelembapan 24 jam

Matte Lip Collection terdiri daripada pilihan dasar warna berani dan menyerlah iaitu merah cili, merah bandung serta koral.

Ads

“Variasi gincu bibir terbaharu ini diabadikan di dalam bekas pewarna bibir yang lebih praktikal dan glam chic.

‘Bye Bibir Kering’, IrisA Cosmetics Perkenal 5 Lips Matte Dengan Warna ‘Wow’ & Kelembapan 24 jam

Inspirasi Nama-nama Filem Hollywood

Lipstik ini juga turut hadir  menggunakan nama-nama filem Hollywood terkenal seperti Mean Girls, Bring It On, Legally Blonde, Hairspray dan Clueless. Wow hebatkan!

Ads

‘Bye Bibir Kering’, IrisA Cosmetics Perkenal 5 Lips Matte Dengan Warna ‘Wow’ & Kelembapan 24 jam

Kalau korang nak tahu sambutan ini juga dimeriahkan tutorial solekan menggunakan lima gincu rona terbaharu IrisA Cosmetics oleh jurusolek profesional, Nad Ismail atau lebih dikenali sebagai @NVDISM selain penampilan penyanyi Nourul Depp, pelawak terkenal, Viviana Abdullah dan bintang-bintang sosial media iaitu Myra Muzaffar, Erysha, Rafidah serta Nigeena.

Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia

Lima variasi pewarna bibir IrisA Cosmetics diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijamin halal.

Ads

Untuk info, Iman dan Irisa meneruskan legasi perniagaan milik ibu bapa mereka menerusi Serasi Global Sdn Bhd yang cukup dikenali dengan produk penjagaan kulit wajah daripada bahan semulajadi dan organik, Serasi Handmade.

 IrisA Cosmetics dilancarkan pada Oktober 2018 dan membawa misi untuk memperkembangkan formulasi produk kecantikan berasaskan bahan-bahan semulajadi dan daripada tumbuh tumbuhan, bebas paraben dan tidak diuji pada haiwan.

Kesemua produk IrisA Cosmetics boleh didapati pada harga mampu milik iaitu bermula dari RM33 sehingga RM188 di laman sesawang www.irisacosmetics.com dan Playup Advance Berjaya Times Square, Fahrenheit 88 serta Paradigm Mall, Johor Bahru.

So apa tunggu lagi jom oleskan matte lipstik ini dan rasai sendiri kelembapannya!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI