Sudah lama sebenarnya ura-ura sistem SmartTag akan dimansuhkan.
Namun, berita perlaksanaannya masih belum diumumkan sehinggalah kelmarin
Selama ini, kita hanya melihat papan tanda RFID / SmartTag yang tergantung di plaza tol seluruh negara. Namun sekarang, penggunaan RFID bakal bermula tak lama lagi – dan mungkin secepat bulan September ini.
Pihak Touch ‘n Go berkata mereka akan menghentikan penjualan peranti SmartTag untuk menambah baik teknologi kutipan tol baru iaitu melalui pembayaran RFID.
BACA: RFID Dijangka Kurangkan Kesesakan Di Plaza Tol
Kami pernah mengulas mengenai RFID sejak Oktober tahun lepas. Ia adalah sistem yang lebih cekap dan canggih daripada yang sedia ada.
Penggula hanya perlu memasang sticker pelekat yang mempunyai cip frekuensi radio khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu memperlahankan kereta. Lagi hebat daripada SmartTag lah ni.
RFID bertindak seperti pengimbas barcode jarak sejauh 27 meter dengan menggunakan scanner pada pintu plaza tol. Jarak respon imbasan pun lebih pantas iaitu sekitar 10 milisaat.
Fuh, tak sabarnya nak cuba!
Buat masa ini, korang masih boleh menggunakan SmartTag sepeeti biasa kerana RFID hanya akan melalui fasa percubaan dulu bermula 3 September ini. Bagi yang dah tak sabar-sabar nak cuba tu, korang boleh memohon dari laman Touch ‘n Go.
Agak-agak, kesesakan di plaza tol seluruh negara boleh dielakkan tak dengan penggunaan RFID?