Cabaran #GirlsLikeYou Pula Dilakukan Selebriti Malaysia Hingga Dapat Perhatian Maroon 5

Share

 

Bermacam-macam challenge sedang dilakukan oleh selebriti Malaysia, sampaikan kami pun lost track!

 

Salah satu cabaran yang mulai popular adalah #GirlsLikeYou Challenge yang diinspirasikan daripada lagi Girls Like You yang dinyanyikan oleh Maroon 5 dan Cardi B.

Untuk cabaran ini, korang perlu lip sync saja kepada lagu tersebut sambil melakukan gaya menarik, tak kalah seperti menonton klip video pula! Di Malaysia, 5 orang selebriti perempuan telahpun melakukan cabaran tersebut. Sudah memang sejak azalinya sudah cantik, bila mengerakkan bibir mengikut nyanyian Adam Levine lagilah kami cair.

 

 

5 orang selebriti tersebut ialah pelakon Sweet Qismina, gimnas Farah Ann Abd Hadi

, penerjung Angela Leong Mun Yee, Miss Universe Malaysia 2016 Kiran Jassal dan model & VJ Hannah Tan. Cer tengok video mereka yang dimuat naik oleh Universal Music Malaysia di bawah.

 

 

Comel kan!

Lebih mengharukan apabila akaun rasmi Maroon 5 juga memuat naik video lip sync tersebut di Facebook mereka/

Girls Like You menyampaikan mesej Female Empowerment yang meraikan diversiti pada kaum perempuan. Tak semua perempuan sama. Seharusnya, perempuan di seluruh Malaysia – malah di seluruh dunia – perlu berbangga dengan diri mereka dan menyokong rakan perempuan mereka yang lain.

#GirlPower

 

Published by
FZ