Alhamdulillah..
Hari yang cukup menggembirakan buat pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani apabila mereka mengesahkan bakal menimang zuriat ketiga, tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan, Yusry dan Lisa kini bahagia dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 5 dan Yusof Leonne, 3 dalam hidup mereka.
Semalam, REMAJA berkesempatan mengikuti forum Real Talk anjuran Facebook Malaysia yang bercakap mengenai cara didikan anak-anak secara digital.
“Facebook telah menjemput beberapa orang panel; di antaranya ialah Dato’ Aaron Aziz dan of course, Lisa Surihani . Mind you, semalam kami masih belum mengetahui tentang keadaan Lisa yang sedang berbadan dua.”
Pandai sorok! Hehe..
Anyway, menerusi forum tersebut, Lisa telah berkongsi pengalamannya dalam mendidik Yahaira dan Yusof. Sebagai seorang ibu digital, Lisa mengakui dia masih mempelajari cara terbaik untuk berkomunikasi dengan anak-anaknya.
“Mereka berdua belum mempunyai akaun media sosial. Namun, mereka terdedah kepada penggunaan gajet elektronik seperti aplikasi belajar, permainan dan platform penstriman atas talian.
“Saya cuba supervise mereka, tetapi saya juga ingin mereka berdikari pada usia ini. Saya masih dalam fasa mempelajari cara terbaik untuk berkomunikasi agar mereka memahami baik buruk dunia digital.
“Saya enggan membuatkan mereka merasa internet ini adalah ‘dunia jahat’ atau ‘dunia yang perlu dijauhi’. Kita tidak boleh mengelak daripada menggunakan internet sekarang.”
“Jadi sebaliknya, saya mengajar mereka untuk melihat aspek positif dunia internet.
“Contohnya apabila anak lelaki saya bertanyakan soalan berbentuk sains, saya akan menjawabnya secara am. Selepas itu, saya akan mengajaknya mencari jawapan di internet bersama-sama. Secara tidak langsung, mereka tahu betapa bergunanya internet.
*
“Cuma sebagai ibu digital, tentunya saya akan merasa cemas bila mereka mendekati internet. Where is the line, when can I let go of them to roam around the internet – terutamanya bila kita tahu banyak kes seperti pedophilia dan serangan seksual terhadap kanak-kanak di atas talian.
“Dalam hal ini, saya merasakan kita perlu berkomunikasi dengan mereka pada peringkat awal tentang perkara ini sebelum terlambat,” jelas Lisa.
Pengacara rancangan Tanya Doktor musim kelima ini juga tidak menghalang anak-anaknya daripada menggunakan gajet. Iyalah guys
, lagi kita halang lagilah mereka inginkannya. Jadi lebih baik berikan saja peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan gajet.Namun Lisa ada syaratnya.
Lisa membenarkan ‘screen time’ untuk melihat apps dan sebagainya, tetapi dia hadkan kepada tempoh masa tertentu pada setiap hari.
“Saya tegas kerana ingin mereka mempunyai masa-masa yang tidak melibatkan gajet. Ini penting agar mereka faham maksud interaksi secara harmoni dengan orang terdekat seperti ahli keluarga dan kawan.
“Saya ingin mereka lakukan aktiviti yang boleh membolehkan minda agar pengetahuan, emosi dan empati mereka berkembang; tanpa judgement.
“Hasil didikan ini, saya bersyukur apabila anak-anak saya mampu mengambil berat tentang saya walaupun mereka masih kecil.”
“Contoh sekiranya ada masa saya berdepan serangan anxiety. Pelukan daripada anak-anak saya akan amat membantu. Anak lelaki saya akan menepuk belakang badan saya dan ia mampu menenteramkan saya. He has no idea, but it truly does help.
“Saya bertuah kerana memiliki mereka berdua. Bukan saja saya yang mengambil berat tentang mereka, sebaliknya mereka juga mengambil berat tentang saya,” kongsinya lagi.
Seronok kan dengar cara Lisa mendidik anaknya.
Menjadi seorang ibu digital itu adalah a life-long learning process. Semakin kita menguasainya dengan pengalaman, semakin kita merasai yakin untuk menjadi seorang ibu muda yang baik.
Dan REMAJA pasti cahaya mata ketiga Lisa kelak juga akan mengikut jejak langkah kakak dan abangnya yang membesar dengan berjayanya.