Subhanallah, besar sungguh kebesaran Allah SWT…

Membesar sebagai orang yang sempuna pun sudah banyak cabaran yang perlu dilalui inikan pula jika dilahirkan sebagai individu yang memiliki kekurangan dari segi keupayaan. Namun adakah kekurangan ini menjadi alasan untuk tidak berjaya?

Perkara ini  tidak menjadi halangan buat gadis cantik berusia 17 tahun yang cantik berhijab ini. Putri Ariani atau nama sebenarnya Ariani Nisma Putri membesar sebagai gadis yang memiliki kecacatan penglihatan.

Cacat Penglihatan Tak Halang Putri Ariani Berjaya Dalam Dunia Seni, Klip Videonya Ditonton Jutaan Peminat

Dilahirkan pada 31 Disember 2005, Putri Ariani yang merupakan anak sulung dari tiga beradik ini merupakan juara Indonesia Got Talent musim pertama ketika berusia hanya 8 tahun. Bersaing dengan peserta lain yang jauh lebih dewasa, ternyata rakyat Indonesia memilih dia sebagai juara.

Kemerduan suara dan juga teknik vokal yang dimiliki cukup membuai rasa dan menyentuh perasaan. Usai pertandingan tersebut Putri Arini yang masih lagi kecil menjadi tumpuan ramai dengan  melakukan pelbagai jenis persembahan di khalayak umum.

Ads
@arianinismaputri #sial #putriariani @Mahalini Raharja #fyp ♬ suara asli – putriariani

BACA JUGA:  “Menu Terakhir Untuk Anakku Hari Ini,” – Ozlynn Penuhi Hasrat Ariq Sebelum ‘Terbang’ Menyambung Pengajian

Cacat Penglihatan Tak Halang Putri Ariani Berjaya Dalam Dunia Seni, Klip Videonya Ditonton Jutaan Peminat
Bersama penyanyi-penyanyi kumpulan Boys II Men

Pada tahun 2018, anak jadi kelahiran Riau, Indonesia ini terpilih sebagai penyanyi lagu rasmi Asian Para Games 2018 dan dia turut membuat persembahan menyanyikan lagu tersebut ketika pembukaan acara sukan berprestij itu. Kemudiannya pada 2022, dia menyumbang suara emasnya pada Asian Para Games dengan menyanyikan lagu Indonesia Raya.

Ads

“Cari apa yang anda suka dan terus jika kita sudah jumpa apa yang kita suka pasti kita akan enjoy apa yang dilakukan. Do what you like and what you love, kemudiannya ubah rasa insecure agar jadi orang yang bersyukur.

Yang terakhir, kurangkan overthingking dan perbanyakkan positive thinking. Kerana akar kepada insecure adalah sikap overthinking. Kalau kita amalkan perkara ini pasti kita mampu menjalani hidup yang gembira,” kongsi gadis manis berhijab ini tentang nilai positif dalam hidup saat ditemu bual dalam sebuah rancangan bual biacara di Trans TV.

Cacat Penglihatan Tak Halang Putri Ariani Berjaya Dalam Dunia Seni, Klip Videonya Ditonton Jutaan Peminat

Ads

 

Putri Ariani yang juga pernah bergelar finalis The Voice Kids Indonesia kini telah menghasilkan lagu-lagu single yang cukup menarik untuk menjadi hawa telinga peminatnya. Seperti yang disangka, video klip single terbarunya yang berjudul Tak Mampu Lupa ditonton hampir 6 juta kali di laman YouTube.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI