Kes rogol di india bukan asing lagi dihalwa telinga kita… Betapa beratnya menjadi perempuan di India. Selain menjadi objek kekerasan seksual, malah kaum wanita juga didiskriminasi di negara tersebut.
“Harapkanpagar, pagarmakanpadi.” itulah perumpamaan yang boleh digambar dengan situasi di India ini.
Baru-baru ini, Ketua Hakim India, Sharad Arvind Bobde menerima banyak kecaman dari pelbagai pihak seluruh dunia selepas memberitahu pesalah kes rogol untuk mengahwini mangsanya yang juga merupakan pelajar sekolah. Jika perogol tidak mahu kehilangan kerja dan disumbat dalam penjara.
Bobde dilaporkan berkata kepada juruteknik kerajaan yang didakwa atas pertuduhan merogol mangsanya, pelajar sekolah:
Ads
“Kalau kamu berkahwin dengan dia (mangsa), kami boleh bantu. Kalau tidak, kamu akan kehilangan kerja dan masuk ke penjara”.
Ads
Menurut laporan The Guardian, rentetan daripada hal ini lebih dari 5,200 orang telah menandatangani petisyen yang mendesak Ketua Hakim berkenaan untuk meletak jawatan.
Difahamkan, tertuduh didakwa melakukan jenayah bersiri terhadap mangsanya termasuk mengintai, mengikat dan merogolnya berulang kali.
Ads
Tertuduh juga pernah mengancam mahu menyiram mangsa menggunakan petrol untuk dibakar hidup-hidup, selain mengugut untuk membunuh saudara mangsa.
Aktivis Hak Asasi Manusia juga telah menulis surat terbuka kepada Ketua Hakim yang mendesak dia untuk berundur dari jawatannya.
Untuk info, menurut data kerajaan yang dikeluarkan, secara purata seorang wanita diperkosa setiap 15 minit di India pada tahun 2018, menggariskan reputasi negara itu sebagai salah satu tempat paling buruk di dunia kepada kaum hawa.
Sumber: The Guardian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Craving nak makan aiskrim tapi malas nak keluar di tempat awam dimusim Covid-19 ni? Jangan risau, kini korang boleh mendapatkan aiskrim favourite korang dengan perkhidmatan atas talian Shopee.
Cuma pilih, bayar dan penghantaran terus ke rumah untuk korang menikmati kelazatan aiskrim tanpa perlu keluar rumah kerana masih patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini.
Confirm terliur kan? Bagaimana nak buat pesanan? Mudah saja, korang boleh terus ke aplikasi Shopee dan taip nama 7 kedai aiskrim pilihan.
Ha, mudah sahaja kan? Lepas ni korang boleh la wfh sambil makan aiskrim kegemaran. Tapi kalau penimbang berat bertambah angka jangan salahkan penulis tau. Hiks!
Negara ini memang kaya dengan sejarah, baik ia ditinggalkan oleh nenek moyang kita ataupun kesan perubahan dek penjajahan nyata yang menjadi ingatan buat generasi masa kini. Seperti yang kita tahu gagasan Malaysia terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju menyertai Tanah melayu untuk membentuk sebuah negara berdaulat pada 16 September 1963.
Namun pada 9 Ogos 1965, negeri Singapura mengundurkan diri untuk menjadi sebuah negara dengan pemerintahan sendiri.
9 Negeri di Malaysia dinaungi oleh Sultan dan Raja, 4 lagi negeri dinaungi oleh Yang Di Pertua Negeri manakala 3 lagi wilayah persekutuan dinaungi oleh kerajaan pusat. Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan masing-masing memiliki sejarah kesultanan yang panjang.
Era kesultanan Melaka pula tamat apabila Sultan Mahmud Shah mangkat. Namun apa pula cerita dengan Pulau Pinang? Negeri-negeri di semenanjung yang dahulunya dikenali dengan nama Tanah Melayu memiliki kisah panjang jika kita gali semula, kerana kerajaan beraja telah wujud ratusan tahun lamanya.
Untuk pengetahuan pembaca Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah Darul Aman pada asalnya. Namun kelicikan dan strategi penjajahan British menjadikan negeri tersebut terpisah dari Kedah sehingga kini. Sebelum kedatangan Inggeris, Pulau Pinang pada awalnya merupakan sebahagian daripada Kesultanan Melayu Kedah. Ketika itu Kedah diterajui oleh Sultan Abdullah Mukkaram Shah yang merupakan Sultan Kedah ke-20.
Pada tahun 1785, Francis Light telah gagal untuk meyakinkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company) untuk menduduki Ujung Salang yang terletak di Phuket. Kemudian pada tahun 1786 Francis Light telah mengalihkan pandangannya untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat perdagangan Inggeris pertama di Timur Jauh.
Untuk pengetahuan pembaca ketika itu Siam dan Burma cuba meluaskan kekuasaan mereka, dan Siam ketika itu telah berjaya menawan kerajaan Melayu Pattani yang mana sehingga sekarang kawasan tersebut telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Jadi bagi mengelakkan dari menerima nasib yang sama seperti Pattani, perjanjian di antara Sultan Abdullah dan Francis Light telah berlaku.
Francis Light telah memujuk Sultan Kedah untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan jaminan perlindungan ketenteraan bagi menanangani pasukan Siam dan Burma yang mengancam Kedah.
Namun begitu Francis Light tidak menepati janji yang telah dibuat. Pada tahun 1970, apabila Sultan Abdullah mengetahui bahawa British tidak akan memberi perlindungan, baginda membentuk pasukan tentera untuk menyingkirkan British. Baginda mengumpulkan tentera di Prai untuk merebut kembali Pulau Pinang namun telah dikalahkan apabila Francis Light terlebih dahulu melakukan serangan yang memaksa baginda untuk berundur.
Akhirnya pada 1791, Sultan Abdullah menandatangani perjanjian dengan menyerahkan Pulau Pinang dan seterusnya Prai kepada pihak British. Kapten Francis Light akan membayar pajakan kepada Sultan sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setiap tahun. Ekoran perjanjian ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih membayar RM18,800.00 kepada Sultan Kedah setiap tahun.
Kalau anda suka melancong ke negeri yang terkenal dengan jolokan pulau Mutiara ini, pasti anda akan perasan akan sebuah Istana yang terlatak di sana. Istana yang dinamakan Istana Kedah ini merupakan kediaman Sultan Kedah di Pulau Pinang.
Susur galur kesultanan Kedah merupakan antara yang tertua di Malaysia. Dalam lipatan sejarah, Sultan Kedah yang pertama telah mula memerintah pada tahun 1136 lagi. Kini, Sultan Salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah merupakan Sultan Kedah ke-29.
Satu pengumuman penting yang perlu si kaki travel ambil perhatian adalah AirAsia Malaysia bakal mengenakan semula surcaj bahan api mulai esok (8 Mac 2022) bagi semua penerbangan domestik dan antarabangsa.
Pengenalan semua surcaj bahan api adalah untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api yang telah melepasi AS$120 setong. Surcaj bahan api ini dikenakan untuk semua tempahan penerbangan baharu yang dibuat pada dan selepas 8 Mac 2022 dan tempahan yang dibuat sebelum 8 Mac tidak akan terjejas.
Menurut AirAsia, kadar surcaj bahan api bagi semua laluan domestik dalam Malaysia adalah RM10, manakala bagi laluan antarabangsa bertempoh satu hingga dua jam pula sebanyak RM25.
Kadar untuk laluan antarabangsa dengan masa dua hingga tiga jam; tiga hingga empat jam dan lebih daripada empat jam masing-masing pada RM35, RM50 dan RM60.
“Sejak kali terakhir kami memansuhkan surcaj bahan api pada 2015 berikutan harga bahan api global serendah AS$48 setong waktu itu, kami telah mengalami beberapa lonjakan harga bahan api yang menyebabkan syarikat penerbangan lain mula mengenakan surcaj ini.
“Bagaimanapun, AirAsia telah menyerap kenaikan harga bahan api yang lepas untuk terus memberikan nilai terbaik kepada pelanggan kami. Malangnya, keadaan semasa, dengan harga bahan api telah melonjak lebih 160 peratus daripada angka pada 2015, telah menjadikan situasi ini tidak lagi mampan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.
Namun begitu, AirAsia berharap langkah ini hanya sementara dan akan terus memantau keadaan semasa, di samping memanfaatkan inovasi teknologi dan digital sebagai cara untuk mengawal kos dan menjadikan perjalanan udara mampu milik untuk semua.
Nampaknya selepas ini kos travel secara tidak langsung turut meningkat tambahan pula di waktu pandemik seperti ini ramai yang terjejas pendapatannya. Mungkin ada juga yang tidak lagi memilih untuk menaiki pesawat, sebaliknya hanya travel menggunakan pengangkutan darat.
Apa-apa pun buatlah pilihan dengan bijak dan ikut kemampuan masing-masing.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...