Sudah menjadi satu kemestian untuk masyarakat di Malaysia ‘menjatuhkan hukuman haram’ ke atas semua bentuk hiburan bagi remaja walaupun tak semua orang terlibat dengannya.
Contoh terdekat adalah sukan berbasikal yang kini dicemari oleh stigma ‘basikal lajak’. Ramai ibu bapa terus mengharapkan agar remaja tidak lagi terlibat dengan sukan tersebut kerana khuatir anak mereka akan menyertai geng basikal lajak.
Uh hello, tak semua orang berfikiran pendek. Hanya segelintir yang menyertai aktiviti tak selamat itu dan kebanyakan remaja lain yang berbasikal hanyalah kerana mereka meminatinya.
Terbaru, cadangan untuk mengharamkan saluran atas talian, Netflix pula muncul dari kenyataan rasmi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Alasan mereka adalah kerana sesetengah siri drama dan filem di Netflix memaparkan adegan ganas, sosial dan seksual yang tak sesuai untuk ditonton oleh remaja berusia bawah 18 tahun.
Dalam satu laporan oleh akhbar Netflix, Ketua Pegawai Finas dan pengarah, Ahmad Idham berpendapat ibu bapa kini risau mengenai kandungan tersebut akan mengakibat bertambahnya gelajar negatif di kalangan remaja di Malaysia dan berharap agar kerajaan ‘mengharamkannya.’
Untuk pengetahuan, Netflix sebenarnya ada mempunyai cara bagi menyekat kandungan negatif yang diperkatakan oleh Finas.
Ia mempunyai fungsi parental control di mana ibu bapa (atau sesiapa yang melanggan Netflix pada setiap bulan) boleh menetapkan jenis kandungan yang boleh ditonton oleh kanak-kanak dan remaja, seperti yang dipaparkan oleh seorang pengguna akaun Twitter bernama Fahmi Redza.
Netizen lain rata-rata tak bersetuju dengan cadangan Finas itu. Ini memandangkan mereka sendiri boleh menyekat kandungan yang tak ingin ditonton semudah menekan butang lock pada fungsi Parental Control.
Sekali lagi, mengapa perlu mengharamkan satu bentuk hiburan sekaligus sekiranya ada cara untuk menyelesaikannya?