
Dalam mana-mana pertandingan, tentunya kita ingin melakukan yang terbaik dari segala aspek. Terutamanya apabila kita membawa nama negara ke pentas antarabangsa.
Namun, Filipina telah melakar sejarah apabila menghantar seorang anggota komuniti LGBT sebagai wakil mereka di Miss Universe 2021 yang bakal diadakan di Israel pada Disember ini.
Beatrice Luigi Gomez telah dinobatkan sebagai Miss Universe Philipines 2021 dan akan mewakili negaranya. Tidak menghiraukan kritikan yang diterima, Beatrice telah berjaya memenangi beberapa anugerah khas sepanjang Miss Universe Philippines 2021 berlangsung.
Antara anugerah khas yang dimenanginya adalah Best In Swimsuit, Best In Evening Gown, Miss Creamsilk dan Immunplus Game Changer.
Timbulkan Kontroversi
Namun, Beatrice menimbulkan kontroversi apabila mendedahkan dia telah menjalinkan hubungan dengan seorang DJ wanita, Kate Jadgon. Hubungan mereka sudah terjalin selama 7 tahun.
Menerusi Instagramnya, Beatrice mendedahkan dia tidak meminta untuk mempunyai perasaan suka terhadap perempuan. Malah dia menyatakan sebelum dinobatkan sebagai Miss Universe Philipines 2021, dia telah pergi ke gereja.
“Saya minta Tuhan untuk tunjuk kepada saya siapakah diri saya sebenarnya. Malah saya mengkaji banyak topik sebagai persediaan untuk Q&A dan topik LGBTQ berada di bawah dalam senarai saya.
Saya terkejut bagaimana saya dapat berikan jawapan itu kerana saya mahu rahsiakan hal ini. Sekiranya Tuhan tidak bahagia dengan gay, kenapa Dia terus berkati dan beri kekuatan pada saya untuk atasi cabaran setiap hari? “
Walaupun dikecam kerana orientasi seksual yang berbeza, tetapi tahniah pada Beatrice kerana dinobatkan sebagai Miss Universe Philippines 2021!
Sebak! Bacaan Surah Al-Baqarah Bergema Ketika Solat Jumaat Kebanyakan Masjid

Hampir keseluruhan masjid serta surau di Malaysia sebentar tadi menyentuh mengenai insiden tembakan rambang yang berlaku di Christchurch New Zealand, minggu lalu.
Seiring dengan khutbah solat Jumaat yang disampaikan oleh para khatib, antara inti pati teks pada minggu ini menyentuh mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh 50 mangsa korban dalam serangan di dua masjid di Christchurch.
Tanpa menyentuh mengenai dendam terhadap si pelaku, para khatib mengajak kaum Muslimin sekalian untuk berfikir sejenak mengenai hikmah di sebalik insiden itu.

“50 mangsa mungkin sudah pulang kepadaNya, namun 500, 5000 dan lebih ramai penduduk dunia kini mendoakan kesejahteraan mereka dan kesejahteraan dunia seperti yang yang disampaikan oleh ajaran Islam.”
Khutbah kemudian diikuti oleh solat Jumaat yang rata-rata memperdengarkan bacaan surah al-Baqarah bermula daripada ayat 154 hingga 157. Maksud ayat suci berikut dilihat bersesuaian dengan insiden yang berlaku.
Ini merupakan terjemahan ayat yang dimaksudkan.
“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”
Surah Al-Baqarah, ayat 154
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
Surah Al-Baqarah, ayat 154
Selepas selesai menunaikan solat Jumaat, masjid dan surau di sekitar Lembah Klang pula telah menyahut seruan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan menunaikan solat jenazah ghaib untuk mangsa yang terkorban. Mengikut laporan, 84 buah masji dan 110 surau telah terlibat sama.
Untuk pengetahuan korang, sidang parlimen New Zealand pertama yang berlangsung pada hari Selasa lalu selepas insiden tersebut juga telah dimulakan dengan bacaan surah al-Baqarah oleh Imam Nizam Thanvi. Ia diikuti dengan terjemahan oleh Imam Tahur Nawaz.
Selepas The Weeknd Luah ‘Ada Korupsi’, Justin Bieber Pula Tak Puas Hati Dengan Grammy?!

Pencalonan Anugerah Grammy 2021 pada tengah minggu ini telah menerima banyak respon daripada peminat dan penyanyi.
The Weeknd umpamanya berterus terang dan mendakwa ada ‘korupsi’ dalam produksi Grammy setelah tidak albumnya, After Hours tidak menerima 1 pencalonan pun bagi Anugerah Grammy 2021.
The Grammys remain corrupt. You owe me, my fans and the industry transparency…
— The Weeknd (@theweeknd) November 25, 2020
Sama ada korang merupakan peminat muzik The Weeknd ataupun tidak, korang tidak boleh menidakkan penyanyi tersebut layak untuk mendapat pencalonan berdasarkan kepada kualiti album dan populariti trek utamanya, Blinding Lights pada tahun ini.
Apa yang jelas, The Weeknd enggan menerima pelawaan Grammy untuk menjayakan persembahan pada tahun hadapan.
Bak kata Abel, no nominations not invited.
Sebaliknya, Justin Bieber teruk dikecam di media sosial dan YouTube apabila berjaya menerima 4 pencalonan walaupun album yang dikeluarkan awal tahun ini, Changes menerima kritikan dari segi produksi dan ‘substance’.
Untuk pengetahuan Justin dicalonkan menerusi 4 kategori iaitu Persembahan Pop Solo Terbaik (Yummy), Vokal Album Pop Terbaik (Changes), Persembahan Duo Pop Terbaik (Intentions dan Persembahan Duo Country Terbaik.
Kita semua ingatkan Justin akan berpuas hati dengan pencalonan tersebut. BUT NO.
Semalam, Justin telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak Grammy kerana beranggapan dia lebih sesuai untuk menyertai kategori album R&B dan bukannya album pop. Dalam kategori tersebut, Justin akan bertanding dengan Lady Gaga (Chromatica), Dua Lipa (Future Nostalgia), Harry Styles (Fine Line) dan Taylor Swift (Folklore).
Katanya, “Jangan salah faham dan menganggap saya tidak bersyukur. Ini hanyalah pendapat saya. Terima kasih kepada mereka yang telah menyokong saya sehingga berjaya menerima pencalonan.
“Saya yang berpendapat pelik apabila Changes tidak dimasukkan dalam kategori album R&B. Ini kerana ia mempunyai chord, melodi, hip hop drum dan stail vokal yang lebih hampir dengan stail RnB.”
Hhm, ada yang bersetuju dengan Justin. Tetapi ada juga yang berpendapat Justin seharusnya merujuk kepada pasukannya yang menghantar penyertaan kepada Grammy.
“Mengapa mereka tidak meletakkannya dalam kategori R&B in the first place.?”
Cuba korang dengarkan semula single Justin, Yummy dan Intentions di bawah.
Dengar seperti pop ataupun R&B?
Kontroversi Debat Piala Tun Razak 2019, SMAP Kajang Tarik Diri Bila Homoseksual Jadi Tajuk

Sejak semalam, ramai cendiakawan menyuarakan bantahan dan kebimbangan mereka terhadap pihak penganjuran Debat Piala Tun Razak kali ke-8.
Antara yang dipersoalkan oleh mereka adalah apabila kebanyakan tajuk-tajuk yang diberi kepada peserta adalah berkaitan “penentangan secara halus” terhadap agama Islam.
Ini termasuklah tajuk ‘Islam Tidak Halang Homoseksual’ yang menyaksikan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang menarik diri apabila mendapat tahu bahawa topik itu dibangkitkan sebagai salah satu topik perdebatan pertandingan.
Ekoran itu, bekas juara pendebat tahun 2005, Faizal Rezuan yang juga seorang peguam berpendapat bahawa SMAP Kajang adalah juara sebenar kerana menarik diri dalam pertandingan tersebut.
Menurutnya di Twitter, the losing side dalam hal ini sebenarnya adalah pihak penganjur yang seakan mempunyai agenda menormalisasikan LGBT.
Seorang lagi cendikiawan iaitu Dr Novandri Hassan Basri turut menulis komen mengenai isu ini melalui satu entri di Facebook. Dr Novandri mempersoalkan tindakan pihak penganjur yang langsung tidak peka dengan tajuk-tajuk diperdebatkan.
Luahannya boleh dibaca di bawah ini.
Memalukan apabila Debat Piala Tun Razak dijadikan pentas dan cubaan untuk memperlekehkan ajaran agama Islam.
Apabila kita marah dan hentam penganjur Debat Piala Tun Razak, mereka tutup twitter @pialatunrazak. Di manakah Maszlee Malik, menteri pendidikan PH? Tidur?
Semua umat Islam akan bantah tajuk perdebatan yang sangat kontroversi berselindung di bawah makna hipotetikal :
1. Jika orang Islam boleh menulis kembali Al-Quran
2. Islam tidak menghalang aktiviti Homoseksual
Bukan itu sahaja. Penganjur juga terfikir tajuk seperti ‘Boikot Haji dan Umrah’ untuk didebatkan!
Crazy! Its mind blowing and shocking bila pihak penganjur boleh terfikir dan tidak rasa bersalah untuk menggunakan tajuk-tajuk itu!
Kita mahu tahu, siapakah nama-nama individu yang begitu bangang dan biadap mencadangkan tajuk-tajuk sedemikian?
Apakah mereka orang Islam atau bukan Islam kerana mustahil orang Islam yang mencadangkan topik yang tidak boleh terlintas sedikit pun untuk dibuat main-main? Tidak ada hipotetikal Al-Quran boleh ditulis semula.
Lebih shocking lagi bila penganjur Debat Piala Tun Razak keluarkan kenyataan yang masih mahu tegakkan benang yang basah dan pertahankan pemilihan tajuk-tajuk. Minta maaf pun tidak ikhlas dan seperti masih tidak sedar diri!
CRAZY!
Kita desak pihak penganjur yang terlibat tidak boleh terlepas begitu saja. Mereka mesti dipecat dan tidak terlibat lagi dengan mana-mana program Debat Piala Tun Razak dan kementerian pendidikan.
*
Khabarnya twitter @pialatunrazak ditutup selepas menerima kecaman ramai pihak..
Saya sertakan juga 3 komentar twitterian yang komen twitter @pialatunrazak sebelum ianya ditutup.
1. Dalam situasi ini, seorang pelajar SMAP Kajang telah dipaksa untuk menyokong tajuk tersebut. Seorang pelajar yang beragama Islam terpaksa mendokong tajuk homoseksual. Ini adalah satu bentuk penindasan dalam kebebasan beragama. Sebarkan jika tuan-tuan kisah.
2. Kedua-dua tajuk ini telah didebatkan oleh beberapa pelajar yang beragama islam. Dalam situasi perdebatan tersebut, pelajar-pelajar tersebut yang berusia dibawah 17 tahun terpaksa mengunakan beberapa ayat Al-Quran yang telah ditafsirkan dengan salah dan tidak betul.
3. Mereka juga terpaksa memberikan bukti-bukti yang salah dan bertentang dengan fahaman keagamaan mereka. Pelajar dan guru tersebut telah memberikan protes kepada pihak penganjur, namun mereka telah mengabaikan protes mereka.
Dan bila pihak twitter Piala Tun Razak tutup twitter mereka, nampak sangat mereka bersalah! Siapakah Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal?
Itu katanya dalam entri di Facebook.
*
Carian REMAJA juga mendapati Bernama dalam satu laporan berita memaklumkan bahawa dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dipilih menjadi ketua juri dan panel tanpa pengetahuan institusi itu.
Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata, pihak penganjur telah menghubungi dua pelajar berkenaan secara terus untuk menjadi ‘adjudicator’ (ketua juri) bagi pertandingan berkenaan.
“Oleh yang demikian, penyertaan kedua-dua individu dalam pertandingan debat itu berlaku tanpa pengetahuan pihak universiti.
“UiTM amat memandang serius sensitiviti agama dan budaya masyarakat di Malaysia, serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana warga (UiTM) yang cuba menganggu atau memperlekehkan perkara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Mohd Azraai menjelaskan, ketua juri pertandingan itu, Mohammad Aidil Ali merupakan bekas pelajar UiTM berstatus gugur taraf manakala panel pemilih usul, Iyad Zakiy Amal pula adalah pelajar luar kampus (PLK) universiti berkenaan namun sedang dalam status cuti khas.
Justeru kata Mohd Azraai, UiTM akan menjalankan siasatan dalaman secara adil dan menyeluruh bagi melihat sekiranya pelajar itu didapati melakukan kesalahan yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang UiTM, dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
Isu berkaitan pertandingan debat itu dalam kalangan pelajar sekolah baru-baru ini menjadi tular di laman sosial apabila antara tajuk yang diutarakan melibatkan topik-topik kontroversi berkaitan asas Islam.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya pada Selasa memberitahu, hasil siasatan mendapati Mohammad Aidil dan Iyad Zakiy tidak membuat sebarang perbincangan atau mendapatkan pandangan awal dari Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan di mana debat itu berlangsung. BERNAMA.
Ketua Pengadil Minta Maaf
Dalam laporan Sinar Harian sebentar tadi, penganjur pertandingan telah memohon maaf berikutan kritikan terhadap tajuk debat sehingga mencetuskan rasa tidak selesa kepada pihak terlibat.
Dalam kenyataan bersama, Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal pula berkata, usul debat berkenaan hanya bersifat hipotetikal dan bukannya cubaan untuk membawa ‘agenda liberal.’
“Usul ini dibuat bukan dengan niat untuk indoktrinasi kepada pendebat muda atau satu bentuk agenda liberal daripada sesiapa.
“Debat adalah kegiatan di mana peserta perlu berfikir di luar kotak dan tidak menghadkan pandangan alam dan pada masa sama tidak mengorbankan kepercayaan mereka selain sedia untuk berfikir secara kritikal.
“Jika ada pihak yang mendapati perkara ini tidak sensitif dan menyinggung, kami dan jawatankuasa penganjur sepenuh hati memohon maaf atas rasa tidak senang yang dicetuskan,” kata mereka.
Mohammad Aidil dan Iyad Zakiy berkata demikian susulan kenyataan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar yang mendakwa tajuk debat itu tidak sensitif terhadap agama Islam dan mendesak Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan.
*