Calon LGBT Ini Wakili Filipina Ke Miss Universe 2021? Tapi Memang Cantik Pun

Share

Dalam mana-mana pertandingan, tentunya kita ingin melakukan yang terbaik dari segala aspek. Terutamanya apabila kita membawa nama negara ke pentas antarabangsa.

Namun, Filipina telah melakar sejarah apabila menghantar seorang anggota komuniti LGBT sebagai wakil mereka di  Miss Universe 2021 yang bakal diadakan di Israel pada Disember ini.

Beatrice Luigi Gomez telah dinobatkan sebagai Miss Universe Philipines 2021 dan akan mewakili negaranya. Tidak menghiraukan kritikan yang diterima, Beatrice telah berjaya memenangi beberapa anugerah khas sepanjang Miss Universe Philippines 2021 berlangsung.

Antara anugerah khas yang dimenanginya adalah Best In Swimsuit, Best In Evening Gown, Miss Creamsilk dan Immunplus Game Changer.

Timbulkan Kontroversi 

Namun, Beatrice menimbulkan kontroversi apabila mendedahkan dia telah menjalinkan hubungan dengan seorang DJ wanita, Kate Jadgon. Hubungan mereka sudah terjalin selama 7 tahun.

 

Menerusi Instagramnya, Beatrice mendedahkan dia tidak meminta untuk mempunyai perasaan suka terhadap perempuan. Malah dia menyatakan sebelum dinobatkan sebagai Miss Universe Philipines 2021, dia telah pergi ke gereja.

“Saya minta Tuhan untuk tunjuk kepada saya siapakah diri saya sebenarnya. Malah saya mengkaji banyak topik sebagai persediaan untuk Q&A dan topik LGBTQ berada di bawah dalam senarai saya.

Saya terkejut bagaimana saya dapat berikan jawapan itu kerana saya mahu rahsiakan hal ini. Sekiranya Tuhan tidak bahagia dengan gay, kenapa Dia terus berkati dan beri kekuatan pada saya untuk atasi cabaran setiap hari? “

 

Walaupun dikecam kerana orientasi seksual yang berbeza, tetapi tahniah pada Beatrice kerana dinobatkan sebagai Miss Universe Philippines 2021!

Published by
Nana