Manusia pasti tidak akan terlepas dengan dugaan dan ujian kehidupan di dunia sementara ini.
Dugaan setiap orang berbeza-beza seperti yang berlaku kepada seorang remaja dan pelajar lelaki yang dikenali sebagai Nazrin sedang mengulang kaji pelajaran tular di laman TikTok (@whrenaz55).
ARTIKEL BERKAITAN : Asyraf Wajdi Bantu Pelajar Tular Tak Dapat Hadiri Ujian Kelayakan MRSM – “Ilmu Saja Boleh Ubah Hidup Kita”
Kebiasaannya, murid akan belajar di sekolah, rumah atau bersama-sama dengan rakan sekelas yang lain. Namun lain pula buat Nazrin apabila dia dilihat sedang belajar di wad sambil menemani ibunya yang terlantar di hospital.
@whrenaz552024❤️
Menurut Nazrin, si ibu kini sedang menghidap penyakit buah pinggang tahap ke-4. Ibunya juga dikatakan sering mengalami sawan sehingga menyebabkan dia perlu dikejarkan ke hospital.
Tambah pelajar tersebut, ibunya baru sahaja sedarkan diri selepas 3 minggu berada di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).
Walaupun perlu menggalas tanggungjawab untuk belajar bersungguh-sungguh sebagai calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, tetapi dia juga tidak lupa amanah bagi menjaga ‘syurganya’ ketika dalam keadaan sakit.
Ramai Puji Nazrin Kerana Tak Culas Belajar Walau Jaga Ibu Sakit
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan Nazrin kerana tidak lupa tentang ibunya yang sakit walaupun masih belajar.
“Salute dengan kau. Kau dahulukan syurga tanpa abaikan pelajaran. Percayalah dengan reda orang tua kau akan berjaya dan kegagalan pun ‘takut’ datang dengan kau bro,” kata seorang lelaki.
Malah, ramai juga telah berkongsi kisah mereka yang turut menjaga ibu bapa sakit sebelum ini.
BACA : Tunku Azizah Cuma Amal Dua Rutin Kecantikan, ‘Simple’ Betul!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.