Calon SPM Dapat Ujian Berganda Dengan Pemergian Ayah Tercinta

Share

 

Tatkala pelajar Tingkatan Lima di seluruh negara sedang berusaha memberikan 100 peratus konsentrasi terhadap kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mereka duduki sejak Isnin lalu, seorang calon peperiksaan berdepan dengan ujian berganda apabila ayahnya menemui ajal pada hari ini.

Muhammad Haikal Iskandar, 18 menerima perkhabaran menyedihkan itu semasa berada di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Chemor Perak.

Sumber Foto: Facebook Badariah Mohd Mohaidin

Sumber Foto: Facebook Badariah Mohd Mohaidin

Dalam satu muat naik di akaun Facebook Badariah Mohd Mohaidin, van jenazah singgah sebentar ke kawasan sekolah sekitar jam 10 pagi tadi untuk memberi peluang kepada Haikal bertemu arwah ayahnya itu buat kali terakhir dan memberikan penghormatan kepada arwah.

Suasana pilu jelas kelihatan menerusi foto-foto yang dikongsikan olehnya. Tambahan pula apabila Haikal perlu kekal berada di sekolah bagi menjawab subjek Sejarah kertas 2 yang dijadualkan pada hari ini.

Sumber Foto: Facebook Badariah Mohd Mohaidin

Sumber Foto: Facebook Badariah Mohd Mohaidin

“Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Muhammad Haikal untuk menjawab SPM..”

Video berdurasi 57 saat itu cukup menyayat hati apabila Haikal melihat wajah ayahnya itu di dalam van jenazah.

Dalam pada itu, warganet turut mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan salam takziah dan menyedekahkan surah Al-Fatihah buat bapanya.

Mereka turut berharap agar pelajar tersebut dapat melalui baki kertas peperiksaan sepanjang tempoh sebulan ini dengan tenang.

Malah ada yang teringat akan peristiwa mirip ini yang pernah menimpa mereka satu ketika dahulu semasa bergelar pelajar.Salam takziah REMAJA ucapkan kepada Muhammad Haikal.

Sumber: Facebook

Published by
FZ