Pernah tak terlintas dalam pemikiran korang, mengapa sesetengah daripada orang yang kita kenali selama ini tidak pernah berkira ketika mengulurkan bantuan?
Tanpa ganjaran mahupun pujian, mereka tetap ringan tulang untuk berbakti kepada orang lain tidak kiralah mereka mengenali insan tersebut ataupun tidak.
Antara yang terdetik di minda apabila bercakap mengenai wira-wira harian ialah insan seperti para malim di gunung-gunung sekitar Malaysia yang memastikan keselamatan pendaki, penyelam profesional dasar laut yang membawa keluar pukat hanyut daripada terumbu karang demi menjaga ekosistem hidupan di dasar laut serta sukarelawan banjir yang ikhlas memberi bantuan setiap kali negara dilanda pada setiap tahun.
Tanpa kita sedari, bukan mudah sebenarnya untuk seseorang mengikhlaskan diri dan berbuat sedemikian. Begitulah berbudinya masyarakat di Malaysia yang membuatkan kita turut merasa bangga apabila menjadi rakyat negara ini.
Kehadiran hero-hero ini dalam kehidupan kita sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada kita semua untuk melakukan yang lebih baik pada keesokan hari. Sekiranya mereka boleh bergelar hero di mata kita, tidak mustahil kita juga mampu bergelar seorang hero (atau heroin) di mata orang lain.
Jika anda ada wira wira harian dalam kehidupan anda yang layak digelar sebagai wira sejati yang sering membantu orang di sekeliling mereka, apa kata korang calonkan sahaja kisah mereka untuk mengejar gelaran
WIRA WONDA KITA.Sejak penyertaan dibuka pada 16 September lalu, banyak sudah kisah-kisah penuh inspirasi yang telah pun disampaikan oleh rakyat Malaysia.
Begitupun, REMAJA percaya masih banyak kisah hero lain yang masih belum dikongsikan dan inilah masanya untuk anda kongsi yang boleh dijadikan contoh dalam kalangan kita semua yang membuat kita bangga menjadi rakyat Malaysia.
Jadi, REMAJA ingin mengajak korang semua untuk mencalonkan wira wira harian ini berserta kisah mereka di www.wirawondakita.com bermula sekarang hingga 30 September ini.
Seramai lima hero terpilih akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan pemenang akan diraikan di rancangan MeleTOP pada 1 Oktober di Astro Ria (saluran 104).
Diinspirasikan oleh Wonda Kopi Kluang baharu, rasai kopi rasa tempatan dengan tongkat ali. Cita rasa kita, Wira Kita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.