Fuh, peminat Normani nampaknya tidak berpuas hati dengan Camila… dan alasan yang diberikan oleh mereka boleh diguna pakai.
Sejak Fifth Harmony (well – it definitely is closer to Forth Harmony at this point) mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada mengeluarkan sebarang projek muzikal dan promosi untuk kumpulan mereka, satu-persatu ahlinya mula mengambil peluang ini untuk melebarkan sayap sebagai penyanyi solo.
Terbaru, Normani telah melakukan kemunculan semula dengan single berjudul Wild Side hasil kolaborasi bersama rapper Cardi B. Ini juga merupakan single terbaru Normani setelah Motivation
pada tahun 2019.Namun, pelancaran tersebut sedikit ‘tercemar’ apabila bekas ahli Fifth Harmony, Camila Cabello pula mengumumkan akan melancarkan single berjudul Don’t Go Yet menerusi ciapan di akaun Twitternya – hanya beberapa jam selepas comeback yang dilakukan oleh Normani.
Lantas, peminat Normani pantas menuduh Camila cuba untuk membayangi detik penting buat Normani pada Jumaat lalu. Mereka mengkritik kekasih Shawn Mendes itu yang seakan tidak menghormati ‘hari Normani’ dan menyoal mengapa tidak Camila mengumumkan sesuatu pada hari lain saja.
Here is a back story; sekiranya korang tidak begitu familiar dengan situasi tegang yang pernah tercetus di antara Camila dan Normani.
Pada tahun 2019, beberapa kenyataan lama berbaur perkauman yang pernah ditutur Camila kembali muncul di media sosial. Sejurus selepas ia menjadi tular, Camila mengeluarkan permohonan maaf kerana menggunakan perkataan rasis semasa muda.
Dia mengaku dirinya jahil dan ignorant pada waktu itu; dan kini malu dengan dirinya kerana baru sedar makna di sebalik bahasa rasis yang digunakannya.
Normani yang ditemu ramah oleh Rolling Stone beberapa bulan selepas kontroversi tersebut diminta untuk memberi komen mengenai pertuturan Camila itu.
Katanya, secara jujur dia kecewa apabila mengetahui hal sebegini berlaku daripada ‘seseorang’ yang dianggapnya sebagai selamat dan rapat dengannya. Jika sesiapa daripada kumpulan tersebut berdepan dengan isu perkauman, dia tahu dia akan mempertahankan mereka tanpa berfikir panjang.
Lalu, untuk Camila mengambil bertahun-tahun lamanya sebelum memohon maaf (setelah ‘terkantoi’ dengan isu lama, may we add) membuatkan Normani musykil sama ada permohonan maaf itu tulen ataupun tidak.
ANYWAY, kembali kepada konflik pengumuman single pada hari yang sama di antara pasukan Normani dan Camila.
Melihat kepada respon yang diterima Camila selepas mengumumkannya Jumaat lalu, mungkin kini dia menyesal dengan keputusan tersebut. Ini kerana ramai yang turut mempersoalkan jika Camila belum ‘move on’ daripada seterunya dari Fifth Harmony itu. Mereka juga menampal pautan video Wild Side di bahagian komen ciapan tersebut.
Ouch.
Oh, kami rindukan detik-detik kemunculan Fifth Harmony. No cat fights, no ugly intentions. Semua pada waktu itu hanyalah tentang impian muzik mereka dan perhubungan sisterhood yang terjalin.