Sebuah kedai kopi di China menarik perhatian orang ramai kerana mencampurkan cili goreng dan serbuk lada ke dalam minuman baharu mereka, lapor portal berita South China Morning Post.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ramen Godzilla’ Tarikan Buat Yang Inginkan Kaki Buaya Sebagai Bahan Masakan, Eww!
Jiangshi Coffee yang terletak di Gangzhou, wilayah Jiangxi melancarkan kopi berperisa latte pedas pada Disember tahun lalu.
Sebuah klip video memaparkan pekerja kedai itu meletakkan hirisan lada ke dalam secawan kopi latte sebelum menuang serbuk lada pedas dan menghidangkannya kepada pelanggan.
Kopi berharga kira-kira 20 yuan (RM13.40) itu dipanggil Jiangxi Spicy Latte.
“Saya pikir ia sangat pedas. Sebaliknya, rasanya sedap. Kopi ini tidaklah sepelik yang disangka orang,” kata seorang pekerja di kedai tersebut.
Sebelum ini, syarikat yang sama telah menghasilkan latte berperisa alkohol.
Tambahnya, kebanyakan pelanggan memberi maklum balas positif mengenai produk tersebut.
“Ia kreatif. Tetapi saya tidak berani mencubanya kerana bimbang ia boleh mengganggu perut saya,” kata seorang netizen.
Haaaa…kalian berani tak nak cuba minuman unik ini?
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Kosmo, Weibo