Berita

Canggih Menara Merdeka 118! Dilancarkan YDP Agong Semalam Dengan Cahaya Laser

Share

Perasmian Menara Merdeka 118 di ibu kota semalam telahpun berlangsung dengan gilang-gemilang setelah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Pada ketinggian 678.9 meter, akhirnya, menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828) meter itu sudahpun bersedia untuk menerima kunjungan tetamu dan isi menara yang rata-rata terdiri daripada pegawai korporat.

ARTIKEL BERKAITAN: Merdeka 118 Mercu Tanda Baru Kebanggaan Malaysia, Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia – REMAJA

Titah baginda, pelancaran semalam merupakan satu titik bersejarah bagi negara Malaysia.

“Menara Merdeka 118, satu bangunan tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di dunia. Kita selaku rakyat Malaysia harus berasa bangga dan bersyukur kerana ini adalah acuan bentuk buatan ‘Made In Malaysia’.

“Malam ini juga istimewa apabila saya sekeluarga dapat memasyhurkan sebuah rumah Allah, ‘Masjid Al-Sultan Abdullah’ yang merupakan masjid utama di kompleks Menara Merdeka 118. Saya berharap dapat menunaikan sembahyang dalam masa terdekat di masjid berkenaan,” titahnya lagi.

Apa yang pasti, pelancaran semalam telah membuktikan kecanggihan yang ada pada Menara Merdeka 118.

Berlatarkan ruang angkasa Kuala Lumpur, majlis bertukar meriah dengan cahaya lampu berwarna-warni dan pancaran laser yang menghiasi bahagian menara yang direka khas oleh Fender Katsalidis dari Melbourne, Australia itu.

Untuk pengetahuan korang, Menara Merdeka 118 dimiliki PNB menerusi anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd.

Rekaannya merupakan satu bentuk memikri aksi laungan kemerdekaan oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Lokasinya juga simbolik apabila ia berdiri megah di hadapan stadium keramat, Stadium Merdeka yang menjadi saksi kepada detik kemerdekaan negara kita.

Terdahulu, Menara Merdeka 118 pernah diulit kontroversi setelah dua rakyat warganegara Rusia berjaya menyelinap masuk untuk mendaki ke puncak menara biarpun bangunan tersebut dilengkapi oleh ahli sekuriti yang cukup ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan RUSIA Tawan Puncak Menara Merdeka 118, Warganet Skeptikal Mana Pegawai Keselamatan? – REMAJA

BACA LAGI: Pasangan Panjat Merdeka 118 Buktikan Foto-Foto Tidak Palsu, Siap Puji Sekuriti Menara Bagus – REMAJA

BACA LAGI: “Apologies To Malaysia And…”, Teruk Dikecam Wanita Rusia Panjat Merdeka 118 Mohon Maaf – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ