Canggih! Tiada Lagi ‘Drama’ ‘Double-Parking’ Di China, Guna Robot Alih Kereta

Share

Isu parkir berganda atau ‘double park’ sering terjadi kerana tempat letak kereta yang disediakan begitu terhad dan juga kerana sikap mementingkan diri sesetengah pemandu.

ARTIKEL BERKAITAN : Tiada Istilah Cop Parking Di Mana-Mana Premis, Denda RM2000 & Penjara 6 Bulan

Foto Via Says.

Sebenarnya, situasi double parking ni secara faktanya adalah antara perkara biasa yang orang Malaysia akan hadapi saban hari. Malah, bukan hanya di Malaysia, di luar negara juga begitu terutamanya di negara China.

Kebanyakan kita hanya akan mengadu, bising dan komplen pasal masalah ni. Jarang kita dengar ada orang ambil satu langkah ke depan untuk selesaikan isu ni.

Memandang serius hal ini, robot dicipta oleh sebuah syarikat teknologi Shenzhen Shanyi Technologies, yang fokus pada menyelesaikan masalah tempat letak kereta dengan mengabungkan solusi pemanduan AI bersepadu dengan robot mereka.

 

Hal ini juga tular di media sosial apabila rakaman video menunjukkan sebuah robot digunakan untuk mengalih kereta yang diletakkan secara double-parking. Dalam video itu kelihatan satu robot meluncur ke bawah kenderaan-kenderaan itu dan mengalihnya tempat lain, sambil dikawal oleh seorang penguatkuasa yang berada di lokasi berhampiran.

Tambah syarikat itu lagi, solusi itu sesuai digunakan secara meluas di kawasan trafik statik yang kekurangan tempat letak kereta, seperti kawasan pejabat komersial, lapangan terbang, stesen kereta api berkelajuan tinggi, hospital dan kawasan kediaman.

Solusi tersebut boleh mengurangkan pelepasan karbon kereta di tempat letak kereta dengan berkesan dan mengurangkan masa menunggu untuk kereta double parking dialihkan — sekiranya ada kenderaan lain menghalang kereta anda, robot ini dapat mengalihkannya dengan cekap dan efisen dalam masa 20 saat sahaja

.

Agaknya bila robot ini akan digunakan di Malaysia? Pasti tiada lagi ”drama” pergaduhan dan khianat disebabkan isu double-parking ini.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana