Unik Berkebaya, Busana Miss World Malaysia 2021 Raih Pujian

Share

 

Siapa lagi di antara korang yang bersetuju sekiranya REMAJA katakan seseorang wanita itu akan bertambah cantik apabila si dia menyarungkan pakaian tradisional?

ARTIKEL BERKAITAN : 10 Selebriti Indonesia Cantik Berkebaya Sempena Hari Pahlawan

Bersempena sesi penilaian tertutup bersama para juri di pertandingan Miss World 2021, wakil Malaysia iaitu Dr Lavanya Sivaji telah menyajikan gaya persalinan yang bukan sahaja unik malahan membanggakan nama negara.

Lavanya tergolong dalam kelompok 40 wakil negara terbaik dam bakal berentap di pentas akhir Miss World 2021 pada 17 Mac ini.

Semua tahu sesi temuramah ini adalah di antara sesi terpenting bagi wakil setiap negara. Lalu, Lavanya tampil bersedia dalam persalinan berkebaya dengan sedikit twist

kontemporasi hasil rekaan pereka fesyen duo berbakat, AMAZÉ.
Dr Lavanya kini berada di negara tuan rumah, Puerto Rico bagi bertanding di pentas akhir Miss World 2021, pada 17 Mac ini. Foto : Instagram AMAZÉ

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Amar dan Zeed yang merupakan tunjang belakang kepada rumah fesyen Malaysia itu, persalinan songket hitam-emas-perak buat Lavanya ini menggabungkan elemen tradisional namun tetap dengan suntikan kontemporari.

Ia bukan saja demi menjamin keselesaan wakil negara itu malahan menambat hati juri serta mewarnai lagi pakej Lavanya sebagai wakil Malaysia dari sudut pandang pemerhati fesyen sedunia yang sedang menonton.

Persalinan ini terdiri daripada bahagian Kebaya atas dengaan olahan siluet peplum berpusang di belakangnya. Ia dipadankan pula dengan seluar mengikut potongan kaki dan juga kasut tumit tinggi; juga dalam fabrik songket sama. Lavanya tidak memerlukan terlalu banyak penambahan aksesori selain kerongsang klasik sebagai pelengkap gaya.

Foto : Instagram AMAZÉ

Dalam hantaran di akaun Instagram, Lavanya mengirimkan ucapan terima kasih kepada AMAZÉ kerana menghasilkan busana cantik bagi hari yang amat penting dan bermakn untuknya selama menggalas tugas membawa nama Malaysia di platform pertandingan Miss World 2021.

“Selesai penilaian tertutup saya untuk Miss World hari ini. Dan ia sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan, bercakap dengan orang yang hebat,” antara yang dicatatkan olehnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Malaysia Sertai Top 40 Miss World 2021, ‘Terbang’ Semula Ke Puerto Rico Mac Ini – REMAJA

Acapkali dilihat dalam helaian gaun mewah, sekali sekali menyarung helaian klasik kontemporari apa salahnya bukan?

Untuk pengetahuan, sebelum ini AMAZÉ pernah menghasilkan persalinan khas buat wakil Malaysia ke Miss Universe 2018 iaitu Jane Teoh.

BACA LAGI : Walaupun Jadi Mangsa Siber Buli, Jane Teoh Tak Mudah ‘Lembik’ & Patah Semangat – REMAJA

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana